RSS

Pensyarah Bukan Kerja yang Mudah

13006731_10209800307070670_838287694295399829_n

Masa saya kecil dulu, bila cikgu bertanya dalam kelas bila besar nak jadi apa? Saya jawab saya ingin menjadi cikgu. Saya tidak tahu apakah perkerjaan lain selain cikgu. Sekeliling saya semuanya cikgu. Ayah cikgu, mak cikgu, ke sekolah pun jumpa cikgu. Cuma saya bertuah, saya dibesarkan dalam kalangan peneroka FELDA. Saya banyak bergaul dengan mereka. Ada yang kaya, ada yang miskin dan ramai dalam kalangan mereka hidupnya sederhana sahaja. Saya banyak belajar daripada kepayahan mereka. Bagi saya, kepayahan merekalah mencorak banyak perkara dalam cara fikir dan cara tindak saya. Ia jugalah yang mematangkan saya.

Walau bagaimanapun, dalam kalangan kawan-kawan saya tersebut, ada seorang yang bercita-cita ingin menjadi pensyarah. Tetapi pada ketika itu, saya langsung tidak tahu, apa itu pensyarah. Perkataan tersebut tersangat asing bagi saya. Tetapi saya diamkan sahaja. Tidak langsung perasaan ingin bertanya. “Ah.. malulah.. pensyarah pun tak tahu”. Tetapi takdir Allah, kira-kira 20 tahun kemudian, perkataan pensyaah itulah menjadi darah daging saya sekarang. Aturan Allah, siapa tahu.

As a lecturer saya diwajibkan untuk mengikuti Kursus Pengajaran dan Pembelajaran. Menurut mereka yang pernah mengikutinya, ia kursus yang membosankan. Saya sedaya upaya cuba mempositifkan pemikiran saya, supaya dua minggu saya saya perlu lalui, tidak membosankan untuk saya. Alhamdulillah, saya berjaya laluinya dengan penuh keterujaan. Terutama sekali apabila sesi perkongsiaan pengalaman Prof Liong Min Tze. Prof Liong menceritakan pengalamannya sebagai seorang pensyarah.. laluan, kepayahan, cabaran, dan pengorbanan menjadi seorang pensyarah sehingga beliau bergelar Prof dalam tempoh masa yang singkat. For me, Prof Liong is a humble person. Mengenalinya buat kali pertama semasa kursus tersebut membuatkan saya teruja untuk mengenalinya dengan lebih mendalam.

Tanggungjawab seorang pensyarah bukan semudah yang disangkaan. Sebagaimana yang dikatakan oleh Prof Liong, seorang pensyarah juga memiliki saat kemurungan sehingga kalau mati mereput dalam bilik dia (office) pun, tidak ada sesiapa yang tahu. Pensyarah memiliki tanggungjawab yang besar tetapi kudratnya tidak sebesar tanggungjawab yang sedang dia dipikul. Walau bagimanapun, kebijaksanaan seorang pensyarahlah membuatkan semuanya nampak cantik, tersusun elok dan menyeronokkan bahkan mereka yang di luar sana melihatnya dengan penuh keterujaan. Jadi tidak menghairankan sekiranya persepsi masyarakat melihat kerja pensyarah ini mudah. We are smart to hide painful okey ! 😉

Bila Prof Liong bertanyakan kepada kami as a new lecture, what a great enrichment you got in your life? Saya mula terfikir, apa yang membanggakan diri saya sebenarnya? Entahlah… sungguh saya tidak tahu. Perkara yang saya tahu, buatlah setiap perkara sehabis baik. Tetapi bila Prof Liong mengutarakan soalan tersebut, ia mula mengetuk fikiran saya, supaya membina falsafah yang lebih kukuh dalam kerjaya saya kini.

Jauh disanubari saya.. saya peroleh PhD semasa usia saya 29 tahun pada 1 April 2014. I joined USM in September at the same year. Ramai yang mengatakan, saya terlalu muda untuk memperoleh PhD dan gelaran ‘Dr.’ Ijazah Doktor Falsafah yang saya peroleh bukanlah untuk gelaran ‘Dr.’ Bukan juga untuk masyarakat lihat. Jauh sekali untuk masyarakat sanjung. Tetapi dengan Ijazah inilah memberi peluang yang luas untuk saya berkhidmat kepada agama dan masyarakat dunia.

Mendidik dan mencari solusi kepada permasalahan masyarakat merupakan keutamaan saya. Ia juga merupakan keistimewaan saya apabila berada dalam dunia akademik. Ia membuka peluang untuk saya berhubung dengan masyarakat dunia. Amanah ini dipikul dengan kejujuran tanpa mengira agama, bangsa ataupun kewarganegaraan. Memberi nilai tambah dalam kehidupan mereka. I enjoy to help them.

Saya berpegang teguh kepada firman Allah S.W.T,

11_88

Maksdunya “…aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) perbaikan selama aku masih sanggup. Dan petunjuk yang aku ikut hanya dari Allah. Hanya kepadaNya aku bertawakal dan hanya kepadaNya aku kembali.”

Ayat ini menjadi sumpah setia dan juga maruah diri saya terletak padanya.

 

Belajar

Konvo

UPSR: Tahniah kepada yang dapat banyak A. Yang tak dapat banyak A pun tak apa. Jangan pernah kecewa. Hidup ini bukan berlandaskan kepada banyaknya A yang anda dapat. Tapi bagaimana ilmu yang ada dapat itu anda gunakan. Ia menentukan bahawa anda belajar untuk menjadi manusia yang matang.

SEJARAH HIDUP SAYA: Saya bukan pelajar yang hebat. Kelas pun duduk di kelas terbelakang. Tapi walaupun kelas terbelakang, saya belajar menjadi manusia yang berdisiplin. Waktu cikgu tak masuk kelas, saya mengadap kitab cuba menghafal patah-patah bahasa Arab yang amat sukar untuk otak saya menyerap masuk perkataan tersebut. Tapi tetap juga gagal. Dalam 20 perkataan, otak saya mampu menyerap 5 perkataan. Selebihnya lupa… Entahlah, susah betul nak ingat. Kegagalan ini membuatkan saya selalu gagal dalam peperiksaan. Kegagalan ini juga membuatkan saya berada di kelas terbelakang.

DENDA – sinonim dalam kehidupan saya selaku pelajar terutama di sekolah menengah. Kegagalan saya dalam menghafal jugalah yang membuatkan saya sering didenda. Saya juga pernah didenda berdiri di hadapan perhimpunan sekolah. Puncanya saya gagal memenuhi tahap minimum yang sekolah tetapkan. Malulah. Memang memalukan. Tapi nak buat macam mana. Saya dah berusaha, tetapi tetap juga gagal.

TIBA-TIBA MASUK UNIVERSITI – Kegagalan demi kegagalan saya lalui. Tiba-tiba macam mana boleh masuk universiti?
UPSR – 2A,2B, 1C.
PMR – 4A,2B, 1C, 1D
SPM – 3A, 4B, 1C, 1D

DOA. Itu sahaja.. saya cuma berdoa supaya Allah tempatkan saya di tempat yang terbaik. Tempat yang boleh dekat dengan DIA. Saya cakap pada Allah, saya tak pandai. Saya minta Allah pandaikan saya. Maka, DIA yang atur saya ke USM.

STPM – 3.22 Keajaiban dari Allah… Saya diterima masuk USM dengan keputusan tersebut. Bukan itu sahaja. Dengan keputusan itu, saya juga telah menerima anugerah STPM terbaik daripada Cik Puan Muda Pahang Datuk Seri Julita Aishah. Bermula daripada situ saya mula menerima pelbagai anugerah sama ada pada peringkat nasional mahupun universiti.

SEBAB APA YA: Saya pun tak tahu. Cuma, saya tidak pernah benci guru saya. Walaupun selalu salah tanggap berlaku keatas diri saya. Contoh, cikgu saya tersalah mengira markah peperiksaan saya. Kesalahan tersebut membuatkan saya terpaksa berdiri di hadapan perhimpunan sebagaimana yang saya ceritakan sebelum ini. Tapi saya tak marah… Sungguh saya tak marah. Saya tak simpan sebarang dendam walaupun pada ketika saya berdiri hampir selama dua jam di perhimpunan tersebut. Cuma saya rasa malu (Tapi kalau tanya hari ini, saya seronok je cerita pengalaman saya berdiri depan perhimpunan 😉 . Di universiti pun sama. Banyak perkara yang berlaku disebabkan salah anggap pensyarah terhadap saya. Tapi saya tetap akur. Saya biarkan diri saya ditegur dan dimarahi.

DI UNIVERSITI – Allah bagi macam-macam kejayaan pada saya. Terima kasih Allah. Sehingga hari ini saya masih di sini walaupun telah peroleh PhD. Kerja di universiti ini merupakan kerja yang memenatkan. Akibat selalu mengadu kepenatan, anak saya mula memahami keadaan saya. “Hari ini ummi penat?”.
“Penat. Kerja sampaikan ilmu ini susah”. Jawab saya.
“Tapi Aiman nak jadi macam ummi. Nanti dia panggil, Dr. Radieah Mohd Nor” Sambil meniru suara pengumunan nama saya sewaktu majlis convocation yang lepas.
“Eh.. mana ada dia panggil ‘Dr’. Pandai-pandai je Aiman ni”. Aiman ketawa.
“Belajar tu bukan untuk nama kita kena panggil, bukan juga untuk dapat hadiah sayang Ummi”. Kata-kata saya hanya terhenti setakat itu.

“Aiman, tak seronok pun jadi macam ummi. Belajar ni bukan untuk dibanggakan. Ummi dah lalui tiga convocation. Convocation pertama (Sarjana Muda), ummi agak teruja. Convocation kedua (Sarjana), ummi dah mula boring. Convocation terakhir (PhD) ummi dah penat, dah letih. Ummi hadir ke convocation bukan kerana majlis tersebut. Tetapi untuk meraikan orang yang hendak meraikan kita. Sekadar meraikan orang lain. Itu sahaja… Tidak ada makna pun disebalik topi bulat yang ummi junjung pada hari tu. Cuma bila dah junjung topi bulat tu nanti, jangan berhenti belajar. Antara sebab kenapa ummi masih di sini. Bekerja di tempat yang masih perlu belajar. Bila kita semakin tinggi sijil pendidikan yang kita peroleh, akan ada juga orang yang mengatakan kita belajar untuk kebanggan, untuk kemegahan. Pesanan ummi, biarkan sahaja mereka berkata macam tu. Sebab Allah telah katakan bahawa Allah akan tinggikan manusia yang berilmu itu beberapa darjat. Allah yang berkuasa meletakkan darjat kita di sisi-Nya dan di sisi manusia, bukan orang tersebut. Orang yang berilmu akan menganggap darjat itu sebagai anugerah dari Allah dan pasti ia diiringi amanah. Dan sudah pasti ia bukan untuk bermegah”. Ummi hanya cakap dalam hati, sebab Aiman masih belum boleh memahami tugas berat yang ummi pikul kini.

Bila fikir balik, sedih sebenarnya…

 
4 Comments

Posted by on November 27, 2014 in Dunia Penyelidikan

 

Tags:

Keberkatan dalam Kerjaya

KAMERA 054

Mengenali kawan yang jujur dan amanah perlukan masa. Antara rakan yang saya rasakan memiliki sifat itu.

Sebelum saya mula bekerja di tempat sekarang, dua kali telah saya tolak tawaran kerja. Bila difikirkan semula, aneh. Aneh kerana mereka berusaha mahu saya bekerja dengan mereka.

Kali pertama saya menolak kerja sebagai akauntan di sebuah syarikat yang mengilagkan barangan muslim. Pada mulanya memang saya menghadiri temuduga syarikat tersebut. Tetapi lain jawatan yang saya ditemuduga lain pula jawatan yang diberikan. Yang paling aneh apabila pengarah syarikat itu sendiri datang berjumpa saya di USM bertanya mengapa saya tidak mahu menerima tawaran tersebut. Saya katakan saya tidak ada kemahiran dalam bab kira-kira. Pengarah tersebut katakan, ia mudah sahaja untuk belajar tetapi yang penting pengarah itu cakap saya jujur dan amanah. ‘Jujuh dan amanah’ yang tu perkataan paling pelik sebab dia kenal saya hanya beberapa jam sahaja. Macam mana dia boleh tahu saya ni jujur dan amanah. Tetapi saya tetap tolak tawaran tersebut keraja saya ingin menyambung pelajaran saya.

Belum sempat saya habis pengajian saya telah ditawarkan untuk mengajar di Brunei. Gajinya melebihi RM20 000 sebulan. Tapi tawaran tersebut saya tolak kerana memikirkan tentang keluarga. Kemudian selepas tamat pengajian saya hantar CV saya kepada empat tempat. Tiga daripadanya saya terima jawapan. Mereka ingin temuduga saya. Walau bagaimanapun, saya telah menghadiri temuduga pertama dan telah mengesahkan yang saya bakal bekerja di sana. Gajinya sederhana berbanding satu lagi tempat yang lain. Bezanya RM2000. Banyak… Tetapi saya tetap mahu bekerja di tempat gaji yang saya bekerja sekarang. Sebabnya hanya kerana ilmu. Bagaimana saya mahu di tempat yang saya patut ajar perkara yang bukan daripada ilmu saya. Saya perlu jujur dengan ilmu yang saya ada. Kalau gajinya beribu sekalipun tetapi saya tidak jujur dan amanah dalam menyampaikan ilmu tersebut, bagaimana keberkatan itu akan hadir dalam gaji saya. Bagaimana pula sekiranya saya gunakan untuk membelanjakan gaji tersebut untuk membesarkan anak-anak saya. Cukuplah.. saya hanya mahukan sebuah keberkatan..

Ada juga yang marah pada saya sebab menolak tawaran yang lebih besar. Macam-macam perkara yang dilemparkan pada saya. Antaranya mengatakan saya menolak sebab mahu tempat yang high class… banyak menang award jadi sebab itu saya menolak tempat tersebut… Apapun terima kasih. Saya inginkan sebuah keberkatan, amanah dan kejujuran dalam kerjaya saya. Itu sahaja..  😉

Ada banyak lagi kalau nak cerita tentang tawaran kerja yang pernah ditawarkan kepada saya. Tapi cukuplah itu sahaja..

 
Leave a comment

Posted by on September 11, 2014 in Uncategorized

 

Lunch Time

Makanlah apapun asalkan halal

Lunch time!!!

Kalau ye pun, tok sahlah tunjuk tengah lunch ape
.
Bukan ye apa. Kita mungkin makan sedap atau masak sedap. Lepas tu post kat FB bagi orang tengok.

Tapi kita pernah fikir tak, mungkin ada yang sedang baca status kita ni, mereka yang tidak berkemampuan untuk makan sebagaimana menu yang kita makan.

Atau mungkin ada si suami/apah/anak dan lain-lain (ape-ape jelah) yang tengok, kemudian membandingkan dengan masakan isterinya/emaknya/neneknya/kakaknya/kawannya (dan lain-lain).

Akhirnya mungkin akan jadi begini;

“Yelah, dia ada duit, bolehlah dia makan sedap-sedap. PTPTN pun dah kering. Maggi pun belum tentu dapat makan”

atau..

“Yelah isteri dia pandai masak. Isteri aku.. emmm”

atau..

“Anak orang kaya bolehlah makan sedap-sedap. Aku anak orang miskin. Nak makan ayam pun belum tentu dapat. Ayam bila besar je jual. Bukan setakan ayam, telur ayam pun tak merasa. Semuanya dijual… Tambah pendapatan…”

atau..

“Tak nak bagi aku sikit rasa. Kat mana nak cari. Tanyalah kat comment FB”.

atau..

Rekalah ayat sendiri..
Apapun, pernahkah anda berfikir.

Rasa syukur tu perlu.
Tapi adakalanya perlu disembunyikan.
“Betul. Tak tipu”.

Emm..
Bukan ke kalau bau yang kita masak tu, bila orang lain bau, kita kena bagi masakan tu… entah tak tahu. Serious tak tahu!!

 
Leave a comment

Posted by on May 28, 2014 in Uncategorized

 

Kaya vs Miskin

Harga Sekeping Ijazah Adalah Pengalaman

Satu ketika dulu semasa bergelar student.. Saya pinjam PTPTN just RM9000 je. Ada orang tanya “Cukup ke?” Saya tak jawap pun. Diam je.

Ada juga orang kata, “Mak ayah dia cikgu, pinjam RM9000 pun tak apa. Mak ayah boleh tanggung?” Saya diam juga.

Tapi hari ni saya nak jawap. “Duit pinjaman tu saya tak boros. Kalau time makan, saya ambil sayur dengan kuah je. Kalau teringin nak makan ayam masak kurma. Saya ambil kuah ayam amasak kurma tu je. Kalau teringin nak makan ayam, Saya ambil sup kaki ayam atau makan hati ayam”.

“Walaupun mak ayah saya cikgu, tapi mereka banyak tanggungan. Adik beradik saya ramai. Semua masih sekolah. Universiti pun ada. Mana cukup duit”.

“Ayah saya lepas balik sekolah, sebelah petang pergi menoreh getah pula. Bukan senang”.

Tapi saya bersyukur.

Sebab saya tak pernah makan magie walaupun tak ada duit. Kawan saya hanya makan biskut je. Patut pun setiap kali saya ajak makan, dia kata dah makan. Bila saya selidik, dia just makan biskut kering. Empat keping sarapan, empat keping untuk tengah hari dan empat keping untuk malam. Air? Air paip yang dimasak menggunakan kettle saya.

Walaupun hidup saya sebagai student susah, ada orang lagi susah. Jadi saya tak rasa macam saya susah.

Saya dah biasa didik dalam keadaan susah. Saya dibesarkan di FELDA. Saya banyak kawan-kawan susah waktu saya sekolah rendah dulu. Saya seronok kawan dengan orang susah. Saya tengok mak ayah mereka bagi belanja 10 sen sehari sedangkan saya 50 sen. Kalau fikirkan dengan logik akal, nak makan apa dengan duit sebanyak tu. Tapi saya tengok kawan sepermainan saya dulu tak pernah merungut dengan wang sebanyak 10 sen tu.

Alhamdulillah, sekarang saya dah terdidik dan biasa jadi susah. Bila biasa hidup dalam keadaan susah, kita tak berapa kisah dengan kemewahan yang melimpah. Tapi bila orang yang dah biasa mewah, pasti akan rasa susah apabila terpaksa hidup dalam keadaan serba payah. Jadi tak hairanlah kalau ada orang uang boleh berlagak kaya sedangkan pada hakikatnya dia papa. Bagi saya, orang akan lebih menghormati kita kalau kita kaya tetapi menyembunyikan kekayaan kita berbanding orang yang miskin tetapi berpura-pura kaya.

 

Tags: , , , ,

Glamour

 Red carpet hanya untuk orang glamour. Pastikan akhirat nanti jalan atas red carpet.

Red carpet hanya untuk orang glamour. Pastikan akhirat nanti jalan atas red carpet.

GLAMOUR: Kalau nak menumpang glamour, saya lah manusia yang paling glamour.

Di layar television:

Saya ada Dai’e Nor Adibah Rozain, juara program Da’i Pendakwah Milenia, TV3.

–          Jiran betul-betul sebelah rumah saya waktu di Jengka.

–          Ayahnya guru bahasa Inggeris waktu saya di sekolah rendah.

–          Ibunya tukang jahit baju saya semasa masih menetap di Jengka.

–          Bersekolah dari sekolah rendah dan menengah di sekolah yang sama dengan saya.

Saya ada Ainun Mardhiah Ismail, petang ni jam 1.00 di program al-Hidayah TV3.

–          Duduk sekampung waktu di Jengka.

–          Bersekolah dari sekolah rendah dan menengah juga di sekolah yang sama dengan saya.

Saya juga ada Ustaz Taha Omar dalam slot program Assalamu’alikum di TV al-Hijrah.

–           Rakan PhD saya di ISDEV sekarang.

Saya juga ada Wardina Safiyyah.

–          Dulu waktu di Australia, saya berusrah dengan ibunya.

Yang tu di layar television, saya belum cerita lagi dalam bidang akademik, penerbitan buku dll. Rangking dan status university saya sekarang, supervisor dan co-supervisor, rakan-rakan yang ramai menerbitkan buku. Kalau nak senarai panjang senarainya.

Apapun itu berlaku kalau saya ingin GLAMOUR. Tapi untuk apa saya menumpang glamour mereka? Sebab akhirat nanti kita tidak boleh menumpang glamour mereka. Tak ada nilai di sisi Allah SWT.

Bagi saya mereka semua GLAMOUR di sisi Allah SWT. Jadi Allah SWT juga anugerahkan GLAMOUR yang berada di sisi-Nya untuk masyarakat pandang dan nilai.

Berkat di bulan Ramadhan ini, carilah jalan untuk jadi GLAMOUR dan istiqamahlah dengannya. Apapun, GLAMOUR di sisi Allah SWT itu lebih bermakna berbanding GLAMOUR di sisi manusia.

 

Tags: ,

Jerebu tu Allah Buat

Jerebu

Jerebu

Malaysia, Indonesia dan Singapura. Ketiga-tiga negara ini dilanda jerebu sekarang. Macam-macam cara penyelesaian cuba dilakukan oleh ketiga-tiga negara. Ada yang cuba membuat pembenihan hujan, ada yang buat solat istisqa (minta hujan), ada yang menawarkan bantuan kewangan kepada Indonesia untuk menyelesaikan masalah tersebut, ada yang memberi topeng percuma kepada penduduk, pengistiharan darurat, penutupan sekolah dan pusat pentadbiran kerajaan dan banyak lagi perkara lain dilakukan kerana jerebu.

“Jerebu tu apa ummi?”

“Jerebu tu macam asap. Ada racun. Bahaya duduk kat luar sekarang. Mari masuk”. Bila Aiman yang usianya dua tahun bertanya tentang jerebu, bukan mudah memberi jawapan.

“Siapa buat jerebu ummi?” Tanyanya lagi.

“Orang buat. Bila kita bakar sampah, bakar hutan.. jadi asap. Asap tu bila banyak sangat bahaya untuk kita”.

“Allah buatkan Ummi. Sebab orang tak sembahyang. Allah marah”.

Saya hanya tersenyum dengan jawapannya. “Ya, betul Aiman. Allah marah orang tak sembahyang”.

Aiman akan selalu tanya siapa buat setiap perkara yang berlaku. Siapa buat kemalangan? Siapa buat hujan? Siapa buat banjir? Siapa buat ribut? Siapa buat tsunami? Siapa buat itu? Siapa buat ini?

Selalunya jawapan saya Allah buat. Tapi bila kali ini saya berikan jawapan secara saintifik, Aiman tidak boleh menerima jawapan yang saya berikan. Alhamdulillah.. Dia dah mula faham.

Letakkanlah Allah itu di hadapan setiap perkara.

Allah buat untung ingatkan kita.

 
Leave a comment

Posted by on June 25, 2013 in Ragam Kehidupan

 

Tags: ,