RSS

Bersangka Baik Dengan Pemimpin

01 Jul


Assalamaualaikum w.b.t

Dalam kesempatan usia yang Allah S.W.T masih berikan kepada kita, moga-moga yang masa tersebut dapat kita gunakan dengan sebaik mungkin. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluraga setara sahabat baginda. Semoga kita akan memperoleh syafaatnya di hari yang tiada perlindungan kelak.

Allah S.W.T telah menggurniakan kepada kita perasaan kasih dan sayang kepada seluruh maklukNya. Sudah tentu perasaan kasih dan sayang tersebut perlu kita hadirkan sewaktu kita bergerak kerja. Tiada dapat dinafikan kadang-kala akan wujud perasaan tidak puas hati sama ada pimpinan dengan pimpinan, ahli dengan ahli, pimpinan dengan ahli ataupun ahli dengan pimpinan itu sendiri.Cuma, didiklah jiwa kita untuk menjadi seorang yang berjiwa mutmainnah (orang yang berjiwa tenang). Orang yang sentiasa tenang dalam menghadapi perkara-perkara yang tidak diingininya…perkara yang tidak didugainya bahkan perkara yang amat menyedihkannya. Insya Allah, orang yang berjiwa mutmainnah ini akan sentiasa berlapang dada dengan karenah manusia di sekelilingnya… bahkan saya percaya dia mampu menjadi orang yang akan mendahulukan keperluan sahabatnya berbanding dirinya.


Memberi yang terbaik adalah satu perkara yang menjadi kemestian dalam kita bergerak kerja. Bahkan dalam hadith Rasulullah S.A.W pernah bersabda “Sesungguhnya Allah menyukai seseorang itu apabila dia melakukan sesuatu perkerjaan dengan bersungguh-sungguh”. Tetapi untuk menerima yang baik, perkara tersebut harus kita fikirkan… maksud saya adakah kita hidup untuk menerima balasan daripada makhlukNya? Seharusnya pemberian yang terbaik itu kita harus mengharapkan daripada Allah S.W.T…memag susah tetapi itulah yang sebaiknya. Doa saya semoga semua memperoleh sebaik-baik pemberian daripadaNya.

Pergerakan dalam sesebuah organisasi bukan hanya terletak kepada pimpinan tetapi bagaimana ahli mentafsirkan arahan-arahan daripada pimpinan. Pemahaman dalam gerak kerja sangat penting. Jadilah individu yang proaktif bukan yang pasif. Saya ingin berkongsi satu kisah yang berlaku di zaman pemerintahan Saidina Ali K.W.H, kisahnya lebih kurang begini. Satu ketika Saidina Ali didatangi oleh seorang lelaki dan dia meluahkan perasaan betapa dia kecewa dengan pererintahan Saidina Ali yang pada zaman tersebut yang berlaku pepecahan orang muslimin dan timbulnya huru-hara disebabkan kematian Saidina Uthman Al-Affan. Lelaki tersebut membuat perbandingan keadaan yang berlaku di zaman pemerintahan Saidina Ali dengan pemerintahan pada zaman Rasulullah. Namun dengan tenang Saidina Ali menjawab “Pada zaman Rasulullah S.A.W yang menjadi penggikut baginda adalah pengikut seperti aku. Sedangkan di zaman pemerintahan Ali orang yang menjadi pengikutnya adalah seperti kamu” Bagi saya walaupun kisah ini berlaku dalam masa yang singkat tetapi banyak pengajarannya terutama kepada kita selaku para amilin. Seharusnya kita perlu bermuhasabah… adakah keanggotaan kita ini, kita jadikan diri kita seperti Saidina Ali ataupun lelaki yang meluahkan perasaannya kepada Saidina Ali tadi.

Hakikatnya kita semua adalah pimpinan yang berada di salah satu daripada sudut-sudut Islam. Kita akan dipersoalkan atas setiap amanah yang telah ataupun sedang kita pikul. Oleh itu pertahankanlah dan tinggikanlah Islam itu dari sudut kita sendiri. Kalau kita ditaklifkan sebagai pimpinan, pertahankannya seperti mana kita adalah pimpinan dan kalau kita seorang ahli, pertahankannya seperti mana kita seorang ahli. Adalah janggal sama sekali kalau kita pemimpin kita gunakan kuasa kita hanya seperti kita seorang ahli dan lebih janggal kalau kita ahli tetapi kita bergerak kerja seolah-oleh kita pemimpin.

Akhirul kalam, semoga Allah S.W.T merahmati kita semua. Maafkan segala kesalahan sepanjang gerak kerja dan perkenalan kita. Doa ana semoga perkenalan ini tidak berakhir hanya setelah tamatnya pengajian kita di sini. Andai diizinkan olehNya kita akan berjumpa lagi. Kalau tidak di sini, Insya Allah di syurga Allah S.W.T nanti.

Wassalam.
Advertisements
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: