RSS

Bajuku Ungu, Tudungku Biru

09 Jul

“Alamak dik, awat comel sangat hari ni?” Tegurku secara berseloloh. “Kenapa kak?”tanya adik tersebut kembali, tanda dia tidak mengerti perkara yang ingin saya sampaikan. “Cuba tengok baju tu..tudung warna biru, baju warna ungu. Mana padan. Tak sesuailah..Kalau dari jauh lagi nampak tak sesuai. Memanglah bunga baju warna biru…sepadan dengan tudung. Dari dekat ok tapi masalahnya daripada jauh k.o”

“Alamak…akak cakap macam tu, tak nak lah pi meeting?” “La..pi jelah. Tak berdosa pun” Perbualanku berakhir di tangga masjid. Kami berpisah untuk meneruskan agenda masing-masing.

********************************************************

“Ni lab coad ke ape ni? awat comot sangat?” Seperti biasa teguranku bernadar gurauan. “Ala..akak….” “Pi la basuh” “Ok..ok”jawapnya mengakhiri perbualan kami kerana masing-masing mempunyai urusan yang perlu diselesaikan.

*********************************************************

Kita sering mengatakan gurauan ataupun usikan yang kita lakukan akan menceriakan suasana buat seketika. Memang benar. Tetapi berhati-hatilah kerana seperti kata pepatah Arab mengatakan gurauan adalah bunga kepada pertelingkahan” Kebijaksanaan dalam bergurau juga penting supaya gurauan yang kita lakukan tidak menghiris hati mana-mana pihak dan yang paling penting kita tidak tersenyum di kala ada individu lain terluka denan perbutan kita.

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa bukan di sisi manusia tetapi di sisiNya. Cuba untuk menegur mana yang tidak kena, mana yang salah, mana yang silap dan mana yang harus dibaiki. Harapan saya hanya satu supaya setiap teguran saya membawa manfaat kepada semua kerana saya tahu kehidupan kita hanya sementara.

Tetapi kadang kala, dalam teguran bersulam usikan yang dirasakan mampu menceriakan suasana rupanya ia tidak semanis senyuman yang diukir di bibir mereka. Maaflah kerana saya insan biasa, yang mampu meluahkan kata-kata mengikut apa yang dirasai oleh saya. Bagi saya, gurauan saya hanya sekadar nasihat yang disulami gurauan tetapi sebaliknya yang terjadi telah berlaku.

Maafkanlah atas segala kesalahan, salah dan silap saya dalam mencorak warna-warna dalam kehidupan saya. Saya cuba jadikan perkara yang fantasi menjadi realiti. Perkara yang dicita menjadi kejayaan. Perkara yang dimimpikan menjadi kenyataan. Agar seni yang saya aturkan dalam kehidupan saya menjadi lukisan yang indah untuk tatapan di hari akhirat kelak. Maafkan saya sekali lagi. Saya cuba untuk melahirkan suasana yang bahagia di antara kita, tetapi disebabkan saya insan biasa kadang kala gurauan tersebut menjadi racun yang mampu membunuh kemesraan kita.
Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on July 9, 2008 in Luahan Hati

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: