RSS

”Tak Semua Orang Mampu Fikir Macam Kita”

22 Jul
Kedatangan hujung minggu membuatkan saya sekali lagi berpelung berjumpa dengan seorang kakak yang amat saya hormati pandangan, nasihat dan kata-kata yang bernas sebagai satu perangsang kepada saya terus melangkah laju, ketika langkah saya semakin lemah dalam mengharungi mehnah dan tribulasi perjuangan.

“Kita tak boleh mengharapkan orang lain berfikir sepertimana kita berfikir. Situasi dan waqi’ (suasana) yang berbeza menyebabkan seseorang tu tak mampu untuk berfikir macam kita”
“Kalau kita lihat pada masalah, memang kita banyak masalah. Tapi macam Ustazah Rahmah tadi cakap, masalah itu bukan masalah. Yang jadi masalah adalah diri kita. Cuba check balik apa sebenarnya punca masalah. Bagi akak kalau aqidah kita longgar, yang tulah punca masalah” Panjang sungguh pendapat dan juga pandangan daripadanya
“Apa yang akak cakap tadi memang betul. Sebab saya perhatikan takarub (pergantungan) dengan Allah dah tak macam dulu. Sembahyang lewat, qiam tak bangun, solat jemaah tak ramai” Saya turut bersetuju dengan pendapatnya.
“Haa, sampai macam tu ke? Akak rasa awak kena duduk dengan mereka semula”
“Emm, tak nak lah. Nanti mereka latih saya jadi pembebel”
“Tak pe. Dulu Kak Yam pun selalu marah-marah. Mula-mula akak rasa benda tu tak perlu pun marah-marah. Suruh tutup suiz lampu..kipas, jangan tidur di bilik study, kemas tempat sendiri, benda yang simple. Tapi bila dah lama, baru akak rasa benda yang kecil tu penting. Sebab ia akan mempengaruhi benda yang besar”
Perbincangan dan pandangan daripadanya walaupun hanya seketika memberikan banyak manfaat. Itulah selalu yang dia ingatkan. Soal aqidah kita.Kalau kita jauh dengan Allah, Allah tidak akan dekat dengan kita. Kalau kita tidak ingat pada Allah, Allah tidak akan ingat pada kita. Mudah sahaja. Tetapi itulah yang kita lupa. Itulah yang kita tidak lakukan. Sememangnya itulah punca segala masalah yang ada.
Advertisements
 
1 Comment

Posted by on July 22, 2008 in Tazkirah

 

One response to “”Tak Semua Orang Mampu Fikir Macam Kita”

  1. za

    July 22, 2008 at 3:47 am

    salam, radiah,..ana cadangkan tak yah la mention nama2 tempat…website ni sapa2 boleh access..uuhu..

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: