RSS

Saya Bukan Rasulullah…

04 Aug
“Dahlah Kak Laa, jangan buat macam tu. Saya bukan Rasulullah, tak ada musuh pun yang akan membunuh saya. Tak ada manfaat pun musuh nak bunuh saya”. Begitulah lebih kurang dialog saya dengan sahabat saya, Ajlaa atau panggilan mesranya Kak Laa, salah seorang sahabat seperjuangan di SMKA TAHAP dulu, sama-sama menuntut ilmu.

Sahabat saya yang asyik mengelilinggi saya sebentar tadi tidak lagi mengelilingi saya sepertimana tadi. Bukan saya tidak senang dengan gurauannya cuma takut terjatuh daripada tangga yang sedang kami turuni.

Sewaktu sahabat saya mengelilingi saya sewaktu sedang menuruni tangga, sebenarnya saya teringat kepada peristiwa hijrah Rasulullah S.A.W. Kebimbangan Saidina Abu Bakar As-Siddiq telah membuatkan beliau mengelilingi baginda sewaktu berjalan di tengah padang pasir.

Ada kalanya Saidina Abu Bakar berada di hadapan Rasulullah, ada kalanya beliau berada di belakang dan ada kalanya berada di kanan ataupun kiri Rasulullah. Keadaan yang berterusan ini membuatkan Rasulullah bertanya kepada Saidina Abu Bakar akan hal tersebut. Jawab Saidina Abu Bakar “Saya berbuat demikian kerana saya bimbang akan kedatangan musuh yang akan membuatkan tuan cedera ataupun terbunuh. Saya berada di hadapan kerana saya merasakan musuh sedang mara dari hadapan tuan, saya berada di belakang tuan kerana saya merasakan musuh sedang mara di belakang tuan. Begitu jugalah halnya di kiri dan kanan tuan, saya akan berada sama ada di kiri ataupun kanan tuan andai kata saya merasakan musuh sedang mara daripada arah tersebut. Sekiranya musuh ingin membunuh atau mencederakan tuan, yang akan tercedera atau terbunuh bukan tuan tetapi saya”

Hari ini kita melihat pelbagai propa ganda daripada pihak musuh. Melukis gambar Rasulullah dengan sehina-hina lukisan, memfilemkan kisah yang seolah-oleh hinanya Islam yang Rasulullah bawa, pertikaian yang berlaku di mahkamah-mahkamah atas alasan bahawa berlaku ketidakadilan dalam syariat yang Rasulullah bawa, nama Allah dan Rasulullah menjadi hiasan di kasut-kasut, bangunan yang sengaja didirikan menyerupai Kabah tetapi di dalamnya dipenuhi arak-arak yang pelbagai jenama dan kualiti serta banyak lagi kehinaan-kehinaan kepada Islam yang akhirnya kita tidak lagi mengendahkannya.

Harga diri kita semakin rendah. Semakin tiada. Bahkan tidak salah kalau saya katakan maruah diri kita sebagi orang Islam telah tergadai akibat sikap kita. Kalau Saidina Abu Bakar dan para sahabat yang lain mampu melindungi Rasulullah kerana kecintaan mereka kepada baginda, bagaimana pula dengan kita? Bagaimana kita melindungi baginda bagi membukitkan kecintaan kita kepada baginda kerana cinta kepada Rasulullah bererti cinta kepada Allah. Semoga persoalan saya tadi kepada kita semua tidak berakhir dengan perkataan ”entahlah…”

Advertisements
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: