RSS

Warkah Seorang Teman

04 Aug
Assalamu’alikum.w.b.t…
Salam rindu ana ucapkan kepada semua sahabat seperjuangan. Moga-moga rahmat Allah selalu memayungi kita semua. Doa ana semoga kesihatan tubuh badan turut diberikan oleh Allah S.W.T supaya setiap langkah kalian dalam medan perjuangan tiada cacat celanya dek masalah kesihatan yang juga mehnah dalam perjuangan hidup kita semua.
Perjuangan memang memenatkan tetapi dalam kepenatan Allah telah menjanjikan kemanisan. Jadi janganlah putus asa walaupun penat kerana ada bayaran yang Allah akan bayar atas setiap kepenantan. Rindu ana membuatkan ana terpanggil untuk menulis warkah ini untuk antum semua. Moga-moga dengan adanya warkah ini ia mampu mengubat rindu ana dan antum semua pada kenangan-kenangan yang telah kita cipta bersama.
Kita mula melangkah ke medan perjuangan yang lebih luas. Mehnah dan tribulasinya juga berbeza. Kalau dulu kita mampu menangis dan bersama-sama tetapi tidak lagi kini. Namun jangan dibuang kenangan itu kerana ia pengubat rindu, jangan dicampak memori itu kerana ia pemaut kasih, kerana di antara kita yang terpisah ikatannya hanyalah kenangan.

Realiti dalam perjuangan akan timbul pelbagai percanggahan. Cara kita berbeza, penerimaan kita berbeza tetapi janganlah cari yang berbeza sebab dalam perbezaan sebenarnya ada persamaan. Memang selalu berlaku dalam ikatan ukhuwwah yang tersimpul wujud ketidak serasian pendapat, “cara ana berbeza, cara enti berbeza” tapi janganlah sedih dengan perbezaan… carilah titik persamaan dalam perbezaan. Indahnya ikatan yang terbina antara kita kerana wujudnya perbezaan yang cuba kita ukir supaya ia menjadi satu persetujuan.

Cukuplah sampai di sini dahlulu nukilan ana untuk kali ini. Maafkan ana andai kata di sepanjang usia perkenalan kita, wujud perkara yang menguriskan hati antum. Terima kasih kerana sudi membawa warkah ini. Jika diizinkan Allah, Insya Allah kita bersua lagi…kalau tidak di sini di syurga nanti.

Sekian, terima kasih. Wassalam

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on August 4, 2008 in Luahan Hati

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: