RSS

Titik Perubahan

06 Aug
“Cuba tengok gambar Ina ni. Kening dia dah lebat dah. Hari tu waktu putus dengan Mawi, dia cukur kening. Lepas kahwin dengan Suhaimi dah berubah dah dia. Kening dah tak cukur, pakai stokin lengan” Kawan saya cuba menerangan perubahan Ina yang satu ketika dahulu pernah dilanda kontroversi selepas ikatan pertunangannya dengan Mawi terputus.

“Ye ke? Em… Berubah kerana lelaki” Lancang mulut saya melemparkan tuduhan.

“Ya, memang dia berubah kerana lelaki. Tapi sekurang-kurangnya dia mampu untuk berubah. Tak boleh kita lemparkan tuduhan macam tu. Yelah…sikap dan hati manusia siapa tahu” Penjelasan yang ringkat tetapi padat membuatkan saya terdiam mendengarnya.

Memang salah saya. Sungguh tidak patut untuk melemparkan kata-kata yang sedemikian rupa kepada individu yang mahu berubah. Kita hanyalah hambaNya. Diuji untuk Allah menilai kekuatan iman kita. Dugaan yang dilalui oleh Ina telah berjaya diharunginya tetapi siapa tahu dugaan yang sama suatu hari nanti bakal menimpa kita.

Kepada kaum Adam, nasihat saya bimbinglah kaum Hawa yang berada di bawah tanggungjawab anda. Sama ada tanggungjawab anda sebagai seorang suami, ayah, anak, adik, abang, bapa saudara dan lain-lain ikatan. Sekuat mana pun mereka, mereka perlukan anda untuk membimbing mereka menuju keredhaanNya. Seperti mana hadis daripada Rasulullah S.A.W yang bermaksud “Hawa dijadikan dari rusuk kiri Adam bukan dari kepala untuk dijunjungi, bukan dari kakinya untuk dijadikan pengalas, melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidup, dekat pada lengannya untuk dilindungi dan dekat dihatinya untuk dicintai”*

* Hadis tersebut adalah marjuh kerana mengandungi unsur-unsur Israiliyyat dan tidak pula disokong dari Al-quran. Oleh itu, hadis ini tidak boleh dijadikan hujah atau mengambilnya sebagai sumber hukum tetapi untuk pengiktibaran ia dibolehkan.

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on August 6, 2008 in Tazkirah

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: