RSS

Suratku Di Bawah Rak Kasut

16 Sep

“Bukan senang untuk saya capai tahap saya sekarang…banyak ujian..dugaan..hatta dah jadi pensyarah sekarang pun saya masih tak tahu masa depan saya lagi bagaimana..”

“Selepas tamat matrikulasi USM, saya ditawarkan untuk sambung belajar di bahagian kedoktoran di Australia. Saya terima tawaran tu. Sebab itulah cita-cita saya dari kecil. Tapi sekejap je. Saya tak mampu, akhirnya saya minta nak balik Malaysia. Dapat tetapi USM tak benarkan saya untuk ambil bidang yang sama. Jadi saya buat keputusan untuk ambil bidang perakaunan”

“Saya tukar bidang pun ada sebab. Waktu belajar di Australia…pelajar perubatan terpaksa pegang anak khinzir untuk buat kajian…kat Malaysia..tikus tapi kat sana anak khinzir..setiap minggu dua kali saya samak badan, pen, cermin mata saya…waktu tu rasalah betapa kita ni dijadikan dari tanah…kat sana pelajar Malaysia lelaki perempuan sewa satu rumah perkara biasa…kes murtad dan lain-lain…kami kat sana kena baling dengan batu..air tu perkara biasa…sebab waktu tu Dr Mahathair bergaduh dengan pemimpin Australia..so kami lah jadi mangsa..banyak lagilah perkara lain yang membuatkan saya minta balik Malaysia”

“Cuba bayangkan…saya daripada bidang sains tulen pindah ke bidang sastera…memang susah..sebab tu CGPA saya waktu undergrad tak berapa baik”

“Saya minta jadi pensyarah di UUM…Saya sedih juga bila kawan-kawan semua dapat jadi pensyarah di UUM…pointer mereka lebih kurang sama je dengan saya”
“Akhirnya saya buat keputusan untuk sambung master di USM”
“Apabila dapat tawaran sambung master, kemudian saya terus sambung pHD…walaupun tak dapat biaya sebab USM stay nak tengok CGPA waktu undergrad sedangkan CGPA master saya baik…tapi Alhamdulillah..Allah aturkan segalanya…saya jadi pensyarah sambilan di PJJ dan jadi RA ”

“Akhirnya Allah tentukan ini yang saya dapat walaupun dulu waktu kecik-kecik sampai lah saya hampir capai cita-cita saya nak jadi doctor perubatan tapi Allah bagi saya jadi doctor falsafah, tidak di UUM tapi di USM”

“Sebenarnya waktu pindah rumah selepas dapat tawaran sambung master…. Saya kemas rumah nak pindah rumah jumpa surat di bawah rak kasut…Surat tu sebenarnya tawaran untuk saya jadi pensyarah di UUM… saya tak tahulah macam mana postmen campak surat saya sampai tercampak di bawah rak kasut…Allah dah aturkan segalanya”

Hanya kerana sekeping surat…kisah yang saya ceritakan serba ringkas sebentar tadi sebenarnya kisah Dr Fadzilah Azni Ahmad. Dr. pesan kepada kami “kita kena faham tugas Allah dan jangan lupa laksanakan tugas kita. Setiap perkara yang Allah tak bagi ia berlaku walaupun yang itu kita mahu… tapi bila Allah tak bagi ada hikmahnya…macam saya….Allah aturkan segalanya buat saya”
Kita atur hidup kita tapi pengaturan yang Allah buat Maha Hebat berbanding kita

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on September 16, 2008 in Ragam Kehidupan

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: