RSS

Muhasabah Itu Indah

28 Oct
Solat semakin tidak khusyuk…solat yang selalunya di awal waktu semakin lama semakin jarang diperolehi…solat jemaah di masjid pula jarang-jarang sekali. Sepatutnya semakin banyak nikmat Allah yang diperolehi sepatutnya semakin dekat kita denganNya tetapi sebaliknya yang terjadi.

Bila solat…ingatan kita pada assignment yang bertimbun masih belum disiapkan… kita resah memikirkan assignment yang dirasakan tidak sempurna…tetapi kita tidak resah kepada solat kita…ibadah kita yang kita tidak buat bersungguh-sungguh seperti mana assignment yang kita siapkan.

Kita sibuk merancang itu dan ini… meeting yang terpaksa kita hadiri kadang kala bertindinh-tindih…usrah yang kita gerakkan bukan satu malahan tiga, empat usrah dalam seminggu kita terpaksa hadiri dan yang kita handle…tetapi perancangan yang kita atur untuk diri kita tidak sesempurna perancangan yang kita atur di dalam meeting dan sebagainya…

Hati ini terdetik adakah kesibukan ini…, nikmat نقمة ) ( ataupun ni’mat ( نعمة )?. Kalau ni’mat alhamdulillah…tapi kalau nikmat, nauzubillah…Ni’mat itu ialah kurniaan Allah S.W.T kepada hambaNya yang menjadikan hambaNya semakin dekat denganNya. Tetapi nikmat pula ialah kurniaan Allah S.W.T kepada hambaNya sebaliknya untuk menjauhkan diri daripadaNya.

Sepatutnya kita ikut resmi padi…semakin berisi semakin tunduk…tetapi kebanyakan daripada kita, semakin tinggi jawatan, tinggi taraf pendidikan, semakin kaya, hidup bahagia bersama keluarga…makin kita lupa pada pemberiNya.

Muhasabah itu indah…andai kita sentiasa melakukannya dan supaya kita tidak lupa kepadaNya…

Advertisements
 

3 responses to “Muhasabah Itu Indah

  1. Za's

    October 28, 2008 at 5:15 am

    erm…penuh dengan makna tersirat dan tersurat…sekarang ni ana susah sangat nak dapat solat berjemaah..uhu..

     
  2. Za's

    October 28, 2008 at 5:19 am

    erm…kak long amik kat mane gambo2 ni??cantik la kak long…adik nak satu buleh???heheh

     
  3. Radieah Binti Mohd Nor

    October 29, 2008 at 3:22 am

    Gambar yang cantik boleh ambik di http://www.flickr.com

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: