RSS

"Kak Radieah, kenapa kumpulan kita tak dapat nombor satu…?"

19 Dec
Alhamdulillah…setelah merancang hampir berbulan-bulan Jambori Nisa’ Pulau Pinang telah berjaya diadakan. Banyak pengalaman yang kami timba, baik ahli jawatankuasa mahupun peserta. Antaranya, kami pelajari ilmu baru iaitu cara untuk menentukan masuknya waktu solat dengan melihat bayang-bayang matahari dan penentuan arah kiblat dengan melihat kulat yang tumbuh pada batang pokok. Subhanallah…Dia maha hebat…

Pengalaman solat dalam hutan

Banyak cerita dan pengalaman dikongsi bersama. Mereka mudah untuk dibentuk, mudah menerima pendapat dan banyak juga soalan diajukan kepada saya. Saya hanya berkongsi pengalaman cetik dan ilmu yang sedikit… moga-moga sedikit sebanyak dapat membantu mereka.

“Kak Radieah, kenapa kumpulan kami tak dapat nombor satu, tak jadi kumpulan terbaik?” Tanya seorang peserta kepada saya selaku fasilitator mereka.
“Kak Radieah bukan juri atau hakim dalam menentukan kumpulan yang terbaik. Kalau tak silap Kak Radieah, walaupun kumpulan awak pada keseluruhannya dapat menguasai banyak aktiviti berkumpulan tapi pemarkahan juga dinilai dari sudut individu. Pemarkahan individu dalam kumpulan lemah” jelas saya serba ringkas.
“Ooo..ye ke..” Nadanya agak kecewa. Saya hanya tersenyum melihatnya.

Kadang-kadang kita merasakan kita adalah individu yang terbaik tetapi yang berlaku adalah sebaliknya. Individu yang dipandang biasa, tiada keistimewaan rupanya lebih layak menerima award atau anugerah berbanding kita.

Umpama Uwais Al-Qarni, walaupun hidup pada zaman Nabi Muhammad S.A.W, dia tidak pernah berkesempatan melihat Rasulullah S.A.W kerana menjaga ibunya yang sakit. Pernah satu waktu dia berkesempatan berjumpa Rasulullah S.A.W tetapi apabila sampai di rumah Rasulullah S.A.W, Saidatina Aisyah r.a mengkhabarkan bahawa baginda diwaktu itu berada di medan perang. Uwais menjadi serba salah sama ada untuk menanti kepulangan Rasulullah atau terus kembali ke negerinya memandangkan ibunya yang sakit dan sudah tentu tidak boleh ditinggalkan terlalu lama. Akhirnya Uwais mengambil keputusan untuk kembali ke kampung halamannya.

Apabila Rasulullah S.A.W kembali dari medan perang, Saidatina Aisyah r.a menyampaikan salam Uwais kepada Rasulullah S.A.W dan diceritakan keadaan Uwais kepada baginda. Rasulullah bersabda kepada Saidina Umar Al-Khattab dan Saidina Ali yang pada ketika itu ada bersama baginda, supaya apabila bertemu Uwais mintalah dia berdoakan sesuatu, kerana doanya tidak ditolak oleh Allah.

Kisah tersebut saya ceritakan berdasarkan cerita di dalam sebuah buku. Cerita selanjutnya anda boleh baca di dalam blog ini. http://ustaznaim.blogspot.com/search?q=Kisah+Uwais+Al-Qarni . Ada persamaan dan perbezaan sedikit dengan buku yang saya baca. Tetapi bukan itu yang saya mahu anda perhatikan. Perkara yang harus kita selidik dan renung bersama adalah pengajarannya.

Kita terlalu pandang apa yang orang pandang. Cukup susah untuk menjadi Uwais Al-Qarni. Tetapi berusahalah…berusaha menjadi makhluk sanjungan penduduk langit bukan penduduk Bumi…biarlah kita tidak dikenali di oleh penduduk Bumi tetapi dikenali oleh penduduk langit.

Biarlah orang membenci kita tetapi Allah menyayangi kita kerana sesungguhnya kasih sayang Allah itu membatasi kasih sayang seluruh makhluk ciptaanNya.

Advertisements
 

2 responses to “"Kak Radieah, kenapa kumpulan kita tak dapat nombor satu…?"

  1. muhaimin

    January 9, 2014 at 7:05 am

    salam..

    boleh saya copy gambar solat berjemaah dalam hutan tu?
    nak simpan sebagai koleksi dan kalau ada rezeki akan dijadikan sebagai poster

    btw, menarik apa yang saudari sampaikan.
    teruskan istiqomah berkarya, walaupun tiada orangbagi kementar atau pujian yakinilah bahawa akan memberi manfaat pada org yang membaca dan menulis.

    terima kasih

     
    • Radieah Muhammad Nor

      January 10, 2014 at 4:46 am

      Wa’alaikumsalam.

      Silakan untuk copy gambar tersebut.
      Saya tak sempat nak menulis blog lagi sebagaimana dulu. Insya Allah, saya usahakan untuk menulis semula 2014 ini. Doakan saya.

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: