RSS

Biarlah Yang Berlalu Terus Berlalu…

12 Feb
Terlalu banyak yang ingin saya kongsikan bersama. Tetapi masa yang ada membataskan saya untuk meneruskan hajat tersebut. Rasulullah ada berpesan supaya menghargai masa lapang sebelum datangnya kesibukan. Hakikatnya kita selalu menagguh-nangguhkan kerja kita. Sehingga bila sampai satu ketika kita akan tertekan dengan kerja yang bertimbun-timbun yang terpaksa kita siapkan.

Pengurusan masa sangat penting. Jangan tangguhkan kerja kerana malam itu datang bertimpa-timpa. Maksudnya di sini, kegelapan malam akan datang pada kita sedikit demi sedikit. Semakin lama kegelapannya semakin pekat sehingga jika kita tidak dibantu oleh cahaya lampu kita tidak dapat melakukan sebarang kerja.

Begitulah juga dengan kerja yang kita lakukan dengan bertangguh-tangguh. Siapkan kerja secepat mungkin. Tetapi kerja yang kita lakukan itu seharusnya yang terbaik dan berkualiti kerana Rasulullah S.A.W bersabda “Sesungguhnya Allah menyukai seseorang itu, apabila dia melakukan sesuatu kerja dia lakukannya dengan bersungguh-sungguh”.

Lecturer saya selalu berpesan, supaya kami membuat assignment dengan bersungguh-sungguh dengan melekakkan target supaya assignment tersebut boleh dipublishkan sama ada di dalam jurnal, majalah atau boleh dijadikan kertas kerja untuk dibaca di conference-conference. Adalah rugi sama sekali jika kita tidak mengambil peluang menyiapkan assignment dengan hanya menulis dan bertujuan untuk mendapat markah tertinggi sedangkan assignment tersebut boleh dikongsi dengan masyarakat umum.

Selama tiga tahun berada di undergrad saya adapat merasakan bahawa masa saya banyak terbuang dengan menghasilkan assignment terbaik dengan bertujuan untuk mendapat markah tertinggi. Walaupun dalam masa yang sama saya dapat banyak maklumat dan ilmu tentang sesuatu perkara, tetapi malangnya ilmu tersebut tidak dapat saya kongsikan dengan masyarakat umum. Saya mampu berkongsi dengan pensyarah yang membaca assignment saya, ahli usrah dan rakan-rakan yang bernasib baik. Bagi saya ia adalah satu kerugian yang sangat besar dalam hidup saya.

Biarlah yang berlalu terus berlalu…saya tidak mahu lagi menjadi orang yang rugi seperti di masa lalu. Saya insan biasa. Banyak kelemahan…malah selalu juga lalai walaupun telah diperingatkan selalu. Akhirul kalam…buatlah yang terbaik. Jangan jadi macam saya.

Advertisements
 
 

2 responses to “Biarlah Yang Berlalu Terus Berlalu…

  1. khairul onggon

    February 12, 2009 at 4:08 pm

    A’aah assgment jgn bertangguh, kena wat sungguh2 🙂 bertangguh tu amalan sape? hehehe..

     
  2. Radieah Binti Mohd Nor

    February 12, 2009 at 11:58 pm

    Entahlah saya pun tak tahu. Tapi yang buruk-buruk tu semua amalan syaitan. Syaitan tugasnya menyesatkan kita. Persoalannya betul ke dia akan menangguh-nagguhkan tugasnya menyesatkan kita? Bagi saya tidak. Jadi kita lebih teruk daripada syaitan lah kalau macam tu. Nauzubillah…

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: