RSS

Perjuang Alam Maya

10 Mar

Bebola mata saya bergerak laju membaca barsi-barsi perkataan yang terdapat di dalam e-mail yang baru dihantar kepada saya. E-mail tersebut dihantar ke dalam Yahoo Group. Jadi sudah tentu ramai pembacanya. Hampir 400 orang tidak termasuk Yahoo Group lain* yang turut dihantar olehnya. Anggaran saya hampir 2000 orang akan membaca e-mail tersebut. Gambar-gambar yang tidak bermoral yang sudah pasti melanggar batas syariat turut dipaparkan sebagai bukti kebenaran e-mail tersebut.

Hati saya mengeluh…resah dengan reaksi penghantar e-mail tersebut. Gambar-gambar yang memaparkan aksi pelakon drama SpaQ dan beberapa pelakon yang amat menjelikkan mata yang memandang. Bila berlakon, dia seumpama malaikat…tetapi bila di luar set pengambaran.. nauzubillah…Allah sahaja yang tahu. Semoga Allah memberi hidayah kepadanya…membuka matanya…membuka pintu hatinya untuk melihat bertapa indahnya Islam itu…walaupun asing di mata semua.

Saya tidak mahu mengulas tentang gambar-gambar tersebut. Tetapi perkara yang saya mahu kongsikan bersama bait-bait e-mail yang dihantar kepada saya. ‘Mana pergi PAS yang bersungguh-sungguh membantah konset tersebut’. Begitulah antara bait e-mail yang dilakarkan pada e-mail tersebut.

Kita selalu mempersoalkan tanggungjawab orang lain sehingga kita lupa tanggungjawab kita sendiri…Di mana silapnya?

Penghantar e-mail tadi mungkin tidak tahu perkara yang seharusnya dilakukan olehnya. Sehingga dia mengharapkan orang lain untuk membantunya. Andai saya marah kepadanya takut-takut nanti perasaan marah saya mengatasi dosa yang dilakukan olehnya. Jadi saya yang lebih berdosa bukan dia. Mungkin juga perasaan marah saya tadi membuatkan Allah murka kepada saya melebihi murkaNya kepada penghantar e-mail tadi. Sebab dia tidak tahu.. sedangkan saya tahu.

Akhirnya e-mail ringkas saya hantar sebagai balasan kepada e-mail tersebut. Cuba memahami..cuba memberitahu. Siapa tahu akhir nanti Allah jadikannya seorang yang ‘amar makruf, nahi mungkar’ yang hebat di sisi Allah juga di sisi manusia.

Astaqfirllah hal a’zzim…

Tak sepatutnya orang Islam buat mcm tu kan?

Tapi kenapa PAS? Allah tak tanya pada orang PAS je..

Yang Allah tanya nanti pada semua..

Kerana kita orang Islam yang bertanggungjawab atas semua saudara kita.

“sesungguhnya orang Islam itu bersaudara” – Allah dah ingatkan pada kita semua.

Jangan tanya tugas, peranan, atau tanggungjawab orang lain… tapi tanya tugas, peranan atau tanggungjawab kita..

Siiru a’la barakatillah..

(Berjalanlah engkau dengan rahmat Allah)

Wallahu’alam…

Harapan saya hanya satu. Supaya mereka memahami akan tanggungjawab yang seharusnya kita dipikul bersama. Tetapi sekurang-kurangnya ada orang yang mula memahami apa itu perjuangan… memahami tugas sebagai khalifah..pemakmur Bumi Allah. Saya juga tahu sebentar lagi akan ada reaksi daripada mereka…mungkin marah, mungkin bersetuju, mungkin juga ada yang mahu bertanya. Biarlah saya telah biasa berjuang di alam maya… yang tidak sehebat mereka yang berjuang di alam nyata.

*Saya ingin menembusi e-mail daripada yahoo group lain. Tetapi bagaimana caranya?

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on March 10, 2009 in Tazkirah

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: