RSS

"Dr, macam mana saya nak nasihat ayah saya…"

19 Jun
“Kak, kita selalu nasihat orang lain…tarbiyyah orang lain. Tapi Alhamdulillah tak ada masalah. Malah sering kali kita dijadikan rujukan oleh orang lain. Tapi kak, macam mana kita nak nasihat keluarga kita sendiri?…”.

Satu ketika dahulu soalan ini saya pernah ajukan kepada seorang kakak yang cukup saya hormati pandangan dan nasihatnya.

Bahkan soal yang sama juga turut diajukan kepada saya berulang kali. Kali ini soalan yang sama ditanyakan oleh chosemate saya kepada Dr Tajul Arifin Masron yang mengajar kami dalam kursus Pengurusan Dana dan Aset Islam.

“Dr, tadi Dr ada cakap yang ASB tu tak berapa nak halal walaupun ada yang kata halal. Bagaimana saya nak nasihat ayah saya yang melabur di dalam ASB dalam akaun saya sejak daripada saya kecil supaya tidak lagi melabur”. Lebih kurang begitulah soal yang ditanyanya kepada Dr Tajul.

“Saya akui apa yang awak katakan. Saya pun bukan lahir daripada keluarga yang baik-baik. Kadang-kadang saya terfikir juga lepas ke tidak mak ni nanti*. Tapi yang paling penting adalah tugas kita. Buatlah yang terbaik, jangan lupa solat malam. Saya dulu waktu belajar kat Jepun, tu jelah yang saya buat. Mana faham apa pun. Tapi alhamdulullah. Hidayah itu hak Allah. Tugas kita usaha je.. Saya ada satu amalan yang saya tak akan tinggal. Kalau saya tak buat, saya rasa seharian hidup jadi berterabur. Saya wajibkan diri saya baca Yassin setiap hari”.
Begitulah nasihat Dr Tajul buat kami semua.

Kita sekarang berada di sempadan antara adat dan syariat. Generasi terdahulu mementingkan adat tanpa menyedari mereka melanggar syariat. Tetapi bagi generasi kini yang mula memahami pertentangan adat dan syariat harus bijak dalam setiap keputusan dan tindakan yang diambil.

Perlahan-lahanlah memahamkan mereka. Insya Allah, suatu hari nanti mereka akan menerimanya dengan hati yang terbuka.

Advertisements
 

2 responses to “"Dr, macam mana saya nak nasihat ayah saya…"

  1. wanneeza

    June 19, 2009 at 2:58 pm

    assalamualaikum kak radieah

    btol3
    sebagai anak, kalau tak kena cara blh jd derhaka..lagi Allah murka
    teringat cerita prof tentang kawan dia…warak tapi tak berseni dengan mak dia..dia tegur mak dia tgk filem hindustan dgn cara yg kasar

    bg sy sendiri, kalau teguran tu buat mak ayah kita terluka, bukannya kita berdakwah tapi kita mungkin memburukkan nama Islam yg kita bawak…

    maklum, orang Islam tak terlepas daripada prejudis terhadap Islam

     
  2. Radieah Binti Mohd Nor

    June 28, 2009 at 12:41 am

    Waalaikumsalam…

    Kak Radieah setuju. Dakwah bil hal (perbuatan) itu sebenarnya yang lebih berkesan.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: