RSS

Antara Yang Terhangat Dan Yang Terasing

27 Jun
“….berikut merupakan kata-kata terakhir Allahyarham ….” Ulas pembaca Berita Utama TV3 pada 26 Jun 2009 (Jumaat).

“Allahyarham ke?… Tapi semuanya hak Allah..” Hatiku tertanya-tanya sendirian. Entahlah…biarlah. Islam atau tidak, itu semua hak Allah yang menentukan siapa Michael Jackson sebenarnya.

Pemergian Michael Jackson dihebohkan seluruh dunia. Berita Utama TV3 turut menyiarkan berita tersebut. Malah sejarah hidup, keluarga, perkahwinan, anak dan kejayannya turut diulas oleh pemberita pada ketika itu.

Sebelum kematian Michael Jackson, pada hari Subuh Sabtu, tanggal 13 Jun 2009, ulama yang cukup terkenal dengan kitab-kitab tarbiyyah, antara kitabnya ‘Apa Erti Saya Menganut Islam’ dan ‘Bahtera Penyelamat’ telah pergi ke rahmatullah. Ulama besar tersebut ialah Syekh Dr. Fathi Yakan.

“Islam itu datang dalam keadaan dagang (asing). Ia akan pergi dalam keadaan dagang (asing). Maka beruntunglah mereka yang dagang (asing)” sabda Rasulullah S.A.W
Kehilangan Raja Pop dunia, Michael Jackson mendapat liputan yang cukup meluas berbanding pemergian Syekh Dr. Fathi Yakan. Sehingga kita lupa suatu perkara yang telah dipesan oleh nabi kita,

“Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dengan merentapnya dari dada manusia. Tetapi Allah mencabut ilmu dengan mematikan Ulama. Apabila tiada lagi ilmuan, maka nantinya manusia akan mengambil pemimpin-pemimpin yang jahil, pemimpin itu ditanya lalu mereka berfatwa tanpa ilmu, maka sesatlah golongan yang bertanya, sebagaimana sesatnya juga golongan yang ditanya” [Hadith riwayat At-Tarmizi]

Dalam keadaan ulama yang kita rasakan masih ramai sekalipun telah banyak pemimpin yang berfatwa … pemimpin yang telah menyesatkan umat Islam. Sedangkan peranan utama pemimpin adalah menjaga agama rakyatnya tetapi kini sebaliknya yang berlaku.. Apatah lagi sekiranya ulama telah tiada…

“Ulama adalah pewaris para nabi” tetapi jika golongan artis yang lehih dipandang mulia… jualan majalah atau akhbar amat laris kerananya.. malanglah kita. Kadang-kadang saya terfikir.. di mana situasi kita sebenarnya? Sedang mengalami kehancuran atau dalam era kebangkitan? Wallahua’lam..
..yang pasti walaupun kita sering dihebohkan bahawa kita sedang mengalami dunia tanpa sempadan tetapi harus kita ingat bahawa dalam masa yang sama kita sedang berada di era dunia akhir zaman..
Advertisements
 
2 Comments

Posted by on June 27, 2009 in Tazkirah

 

2 responses to “Antara Yang Terhangat Dan Yang Terasing

  1. Za's

    June 29, 2009 at 9:08 am

    radieah, pembetulan sikit..
    ana rasa Allahyarham yg betul..bukan arwahyarham..
    Allahyarham=Allah merahmatinya.. (kalau ana salah tolon betulkan yea..)

     
  2. Radieah Binti Mohd Nor

    June 30, 2009 at 2:19 am

    Syukran. Memang ana salah… ana pun rasa mcm pelik je.. Terima kasih atas pembetulan tu..

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: