RSS

Meluruskan Tulang Yang Bengkok

27 Aug
“Kak Radieah macam mana sekarang bergelar isteri?”
“Isss dia ni. Tak ada soalan lain dah ke?”
“Alah akak ni kongsilah dengan saya. Saya pun nak tahu juga”.
“Tak ada yang luar biasa. Semuanya biasa-biasa”.
“Kak Radieah kalau saya tanya tentang hal peribadi, susah sungguh nak bercerita”. Mukanya mula masam mencuka.
“Okeylah saya tukar soalan. Apa pandangan Kak Radieah tentang suami soleh dan isteri solehah… Macam mana nak jadi macam tu?”. Tak berputus asa nampaknya junior saya yang sorang ni.

“Mudah je. Just ikut je apa yang Rasulullah pesan dan apa yang Allah cakap”. Balasku bersahaja.
“Yang tu saya tahu”. Balasnya.
“Abis nak yang macam mana. Apa lagi yang tak cukup?”. Soalku sengaja.

“Saya tahu, Kak Radieah ada pendapat dan pandangan sendiri. Macam Ust Hasrizal, ada pandangan sendiri”.
“Kalau dah baca blog dengan buku Ust Hasrizal, apa lagi yang perlu Kak Radieah cakap. Semuanya telah dijelaskan”.

“Alah kak…” keluhnya. Melihatnya yang begitu bersungguh-sungguh, akhirnya saya bersuara.
“Suami ni tempat pergantungan sepenuhnya seorang Isteri. Lebih berat lagi, keimanan seorang isteri turut terletak pada suaminya. Macam Ust Hasrizal kata perkahwinan adalah tempat untuk memberi sebanyak-banyaknya. So seorang isteri harus beri sebanyak-banyaknya kepada suaminya. Tetapi seorang suami yang baik tidak menyusahkan isterinya dengan pelbagai perkara semata-mata dengan alasan supaya si isteri boleh kutip sebanyak-banyak pahala darinya”.

“Saya tak faham”. Berkerut dahinya cuba memahami perkara yang saya katakan tadi.

“Suami yang baik akan memudahkan perjalanan isterinya untuk ke syurga. Bukan memaksa, meminta dan pelbagai perkara lain supaya dilakukan oleh isterinya sedangkan sebelum bergelar suami, perkara tersebut merupakan rutin hariannya. Maklum sajalah, apa sahaja yang suami minta, si isteri wajib tunaikan… seolah-olah macam nak mengambil kesempatan atas hukum yang Allah tetapkan ke atas para isteri. Bukan maksud Kak Radieah tak boleh minta bantuan langsung. Tetapi bantulah si isteri tu sama. Sekarang isteri tidak lagi suri sepenuh masa. Dialah yang keluar bekerja… Dialah yang keluar berdakwah… Dialah yang melakukan tugas jemaah… Dialah yang menguruskan anak… Dialah yang menguruskan rumah tangga. Dia isteri, pendakwah, ibu, anak, majikan, pekerja, macam-macam lagilah. Tugas yang dulunya dipikul oleh kaum lelaki kini dipikul oleh seorang isteri. Agak-agak awak, tak penat ke isteri dalam keadaan di luar dia bekerjaya, di rumah menguruskan rumah tangga?”

“Penat. Kadang-kadang saya rasa, tempat isteri tu yang terbaik di rumah bukan di luar rumah”. Balasnya perlahan.

“Ya betul. Sebaiknya tempat yang baik untuk wanita solehah adalah di rumah. Tetapi tuntutan di masa ini membuatkan kita tidak boleh lagi berada di rumah sahaja. Di luar sana sangat ramai yang memerlukan kita sama ada di dalam kerjaya, dakwah dan sebagainya. Bagi Kak Radieah, isteri yang berada di luar rumah sekarang tidak lagi sekadar membantu suami mencari nafkah tetapi berperanan menutup lompang-lompang yang tidak boleh dilakukan oleh kaum lelaki. Misalnya keperluan kepada doktor perempuan untuk merawat pesakit perempuan dan melakukan dakwah yang akhir zaman ini, golongan perempuan lebih ramai dari lelaki”.

“Kalau dapat suami yang baik, ahlamdulillah. Tapi kalau dapat yang jahat?… emmm…” Ada nada keluhan di hujungnya.

“Kalau yang jahat, maknanya Allah nak bagi perempuan tu tempat yang tinggi di sisiNya dengan kesabaran yang dilalui olehnya sepanjang berada di alam rumah tangga. Macam Aisyah, isteri Firaun. Kawan Kak Radieah pernah cerita macam mana sengsaranya mak dia sewaktu hidup dengan ayahnya. Tapi dia cakap mak dia sangat tabah. Dia rasa tak ada orang setabah mak dia. Ayah dia dah ceraikan pun mak dia sekarang”.

Junior ku tadi hanya memandangku tanpa sepatah perkataan pun keluar dari mulutnya.
“Perempuan ni, Allah ciptakan dari tulang rusuk yang bengkok. Peranan seorang suami adalah meluruskannya*. Jadi nak luruskannya bukan mudah. Tak boleh terlalu kasar atau cepat-cepat.. takut nanti patah. Masalahnya biasanya kita terlalu nak cepat… tak sabar. Sehingga terlupa kalau dah tulang dah tentu tak akan lurus. Tulang hanya akan lurus dengan izin Allah.. Ikhtiar manusia? tak sampai 5% pun menyumbang kepada lurusnya tulang tadi. Kak Radieah tak ingat baca tentang ni kat mana”.

“Eh, Kak Radieah kena cepat ni. Ada hal. Nanti kalau dah jadi isteri banyakkan bersabar dengan karenah suami dan tak lupa…karenah anak-anak. Tu je…mudah je…dan jangan lupa memberi sebanyak-banyaknya. Jangan persoalkan hak yang harus kita dapat dari suami tetapi persoalkan apa yang telah dan harus kita beri kepada suami dan anak-anak awak nanti. Kak Radieah dah lewat ni… pergi dulu. Assalamu’alaikum”.

“Wa’alaikumsalam”. Balasnya perlahan.

*Rasulullah s.a.w bersabda “Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu biarkan sahaja dia akan terus bengkok selama-lamanya. Justeru, berpesan-pesanlah tentang wanita (dengan kebaikan).” Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Keterangan lanjut berkenaan tulang rusuk yang bengkok sila rujuk Danial Zainal Abidin (2007). Quran Saintifik: Meneroka Kecemerlangan Quran daripada Teropong Sains. Selangor: PTS Publications.
Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on August 27, 2009 in Ragam Kehidupan

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: