RSS

Daily Archives: October 14, 2009

Catur Putih Kehilangan ‘Permaisuri’

Bagi individu yang menguasai peraturan permainan catur.. sudah semestinya dia tahu bahawa buah catur ‘Queen’ adalah buah catur yang amat bermakna sama ada bagi pihak lawan ataupun sebaliknya. Ia berlaku kerana ‘Queen’ mampu bergerak dengan dua cara berbanding buah catur lain yang hanya mampu menggunakan satu cara sahaja.

Begitu juga dalam kehidupan kita… sekiranya anda mampu menguasai banyak perkara terutama berkenaan dengan softskill, kelebihannya akan berpihak kepada anda.

Zaman serba moden ini, teknologi memainkan peranan penting di dalam kehidupan individu, organisasi dan sebagainya. Masa juga menjadi amat bermakna untuk setiap individu. Bahkan kita tidak pelik sekiranya ada di antara kita yang membeli masa. Contohnya terdapat individu yang menggunakan kapal terbang sebagai pengangkutan utama mereka untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain… alasannya ‘pengangkutan yang lain lambat… buang masa’. Terdapat juga individu yang mengupah sekumpulan pekerja untuk mengutip data bagi kajian yang dilakukan olehnya… semuanya kerana untuk menyingkatkan waktu kajian yang dilakukan olehnya… wang… duit tidak lagi menjadi masalah utama tetapi masalah utama kini beralih kepada masa … waktu.

Kembali semula kepad softskill… seharusnya setiap individu Muslim harus menguasai pelbagai bentuk softskill untuk memudahkan usaha dakwah yang semakin lama semakin mencabar. Sebagai seorang dai’e penguasaan multimedia dan teknologi amatlah penting kerana generasi muda kini menjadikan multimedia dan teknologi sebagai gaya hidup yang tidak dapat dikesampingkan.

Oleh itu, cara berdakwah juga harus bergerak seiring dengan perkembangan semasa. Jika dahulu mungkin dakwah mungkin dilakukan dalam bentuk ceramah, kuliah, forum dan turun ke lapangan masyarakat seperti yang dilakukan oleh parti gerakan Islam PAS, ABIM, Arqam, JIM dan sebagainya… tetapi cara berdakwah kini harus berubah mengikut perkembangan semasa.

http://www.youtube.com/get_player

Jika perkara mungkar.. maksiat boleh melakukan perubahan demi perubahan untuk lebih menarik minat masyarakat untuk terpengaruh dengnnya… mengapa tidak cara dakwah kita turut diubah untuk lebih menarik minat generasi muda mendekati Islam…

Seharusnya seorang dai’e perlu pandai mengambil peluang yang ada… jangan terlalu jumud dalam sesuatu perkara.. Islam ini terdiri daripada konsep thabat wa murunah iaitu tetap dan fleksibal. Dakwah itu adalah satu perkara yang wajib untuk kita lakukan. Hukumya adalah thabat (tetap) tetapi cara berdakwah adalah murunah (fleksibal).. terpulang kepada kita bagaimana caranya selagi tidak bertentangan dengan syarak.

Oleh itu, melahirkan individu Muslim yang menguasai banyak soft skill adalah penting. Jika tidak gerakan dakwah akan menjadi lemah, terbantut dan sebagainya kerana jumlah individu yang multi softskill sedikit.

Jangan tunggu sehingga individu tersebut hilang dik ketentuan Ilahi… kerana ia amat sukar untuk dilalui seumpama buah catur kehilangan ‘Queen’ di medan tempur.

 

Global Leader VS Global Player

Seharusnya kita umat Islam perlu menjadi global leader bukan global player. Maksud global leader ialah individu yang memimpin sesuatu perkara di peringkat antarabangsa. Global player pula bermaksud individu yang menjadi penggerak di dalam sesuatu perkara, juga di peringkat antarabangsa.

Dunia hari ini memerlukan umat Islam berada di barisan hadapan. Tidak sekadar menjadi penggerak di dalam sesebuah organisasi tetapi turut menjadi pemimpin di dalam organisasi tersebut. Kita memuji pemimpin-pemimpin di dalam sesebuah organisasi yang dipimpin olah non-muslim sehingga kita lupa penggerak di belakang tabirnya adalah saudara Muslim kita… yang dikerah tenaga dan akal fikiran mereka untuk menghasilkan perkara yang diingini…

Saintis-saintis, doktor perubatan dan sebagainya yang kebanyakannya terdiri daripada negara India, Pakistan dan pelbagai negara Islam yang lain termasuk Malaysia mempunyai kepakarannya yang tersendiri. Malangnya individu Muslim jarang-jarang memiliki syarikat besar yang mampu menjadi tapak kepada individu Muslim tersebut menyumbang kepakaran mereka.
Walaupun umat Islam kini telah menyumbang kemahiran mereka di peringkat dunia tetapi mereka masih lagi menjadi ‘player’nya bukan menjadi ‘leader’nya. Akhirnya kita kelihatan sering berada di belakang sedangkan kita yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan institusi tersebut.

Bagi mengelakkan situasi ini terus berlaku… kita perlu melahirkan individu yang boleh menjadi global leader seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari yang merupakan salah seorang jutawan Malaysia dan ramai lagi global leader yang lain…

Kita harus menyatukan kepakaran kita yang terdiri daripada global leader dan global player di bawah satu organisasi bagi membentuk sebuah organisasi Muslim yang bertaraf antarabangsa setanding dengan kepakaran syarikat atau institusi yang lain seperti Nestle, NASA, Kiki Lala dan Old Town’s.