RSS

"..Janggut Sotong Atas Langit.."

20 Oct
“Ni duit raya banyak-banyak ni nak buat apa?” Tanya saya kepada Abang Ngah.. anak sepupu saya.. yang saya dah anggap macam anak sedara sendiri.. Maklum jelah ibunya yang merupakan sepupu saya. Ibunya adalah anak tunggal.. dah macam kakak kandung saya sendiri.
“Abang Ngah nak beli barang Abang Ngah dengan barang-barang ummi”. Jawab Abang Ngah sepontan.
Jawapan yang diberikan oleh Abang Ngah tadi amat mengejutkan saya.
“Nak beli barang ummi?” Tanya saya inginkan kepastian… tidak percaya dengan kenyataannya tadi.
“Emm.. nak beli barang ummi” Diulangi jawapannya semula dengan bersungguh-sungguh.
“Dulu, Abang Ngah ni cakap kat Kak Jita ‘nak beli barang-barang dapur untuk ummi’… adoi sedih je rasa. Dalam banyak-banyak barang, barang dapur juga yang dipilih?.. emm…” Luah Kak Jita, ummi kepada Abang Ngah. Saya yakin dia terhibur dan gembira dengan celoteh anaknya yang berusia kira-kira tiga ke empat tahun.
Saya memang biasa bertanya dengan ramai kanak-kanak kecil seusia Abang Ngah ini bila memperoleh duit raya… soalan ‘nak beli apa dengan duit banyak-banyak ni?’ adalah satu soalan yang biasa diutarakan oleh saya. Tetapi jawapan yang saya terima biasanya adalah untuk memberi barang mainan… Ultraman, Batman, playstation dan lain-lain… tetapi jawapan kali ini lain daripada kebiasaan membuatkan saya teringin untuk berkongsi kisah mengenainya.
“Emm dia ni.. bila besar nanti nak jaga ummi dia je… walid dia tak nak pun jaga”. Abang Tan, ayah kepada Abang Ngan ini pun tidak ketinggalan berkongsi cerita.
“Laa.. Abang Ngah, kenapa tak nak jaga walid bila besar nanti? Takkan jaga ummi je kot?” Sengaja saya bertanya.
“Yelah… nanti Abang Ngah jagalah walid juga.. dengan ummi juga”. Jawab Abang Ngah.
Kepetahan menyusun kata dan pelatnya yang semakin berkurang membuatkan saya tersenyum melihatnya.

Abang Ngah…

“Kak Jita peninglah fikir… bendalah Abang Ngah ni nak?… Satu hari tu Abang Ngah cakap kat Kak Jita ‘Ummi Abang Ngah dah lama nak cakap dengan ummi. Abang Ngah nak beli sesuatu.. Abang Ngah nak beli janggut sotong atas langit’… Kak Jita puaslah fikir, benda apa yang janggut sotong atas langit?.. Ha.. cuba teka apa dia?” Soalan teka-teki Abang Ngah ditujukan pula kepada kami sewaktu berkunjung ke rumahnya pada hari raya yang lepas.
Puas kami memikirkannya.. tetapi tidak temui jawapan.

“Dapat tak?… Jawapannya layang-layang. Baru je dia tahu yang janggut sotong atas langit tu layang-layang”.
Ketawa besar kami dibuatnya..

Saya tidak bercerita tentang Kak Longnya… kerana Kak Longnya telah meninggal sewaktu tujuh bulan dalam kandungan. Adiknya Abang Teh pula tidak banyak bercakap. Usianya setahun lebih kini… tetapi Abang Teh sangat berani berbanding Abang Ngah… jangan biarkan pintu rumah terbuka.. kalau terbuka, pasti Abang Teh hilang dari pandangnan.. meng’explore’ dunia yang sangat menguji rasa ingin tahunya.

Entry kali ini saya tidak akan banyak membuat kesimpulan atau rumusan.. saya biarkan anda semua memikirkannya. Hanya beberapa perkara yang saya ingin berkongsi.. yang saya yakin ia telah membentuk pemikiran Abang Ngah dan Abang Teh tadi.. pertama, pemakanannya.. Kak Jita sangat menjaga pemakanan anaknya..makanan ringan menjadi makanan larangan yang utama… Juga persekitaran Abang Ngah dan Abang Teh.. kanak-kanak ini dikelilingi oleh individu yang amat membantu perkembangan pemikirannya … selain daripada taraf pendidikan ayah dan ibu.. mereka mempunyai nenek yang turut tinggal bersama mereka… yang boleh saya katakan agak ‘sastera’ orangnya… Gaya bahasa yang sangat baik dan sekali gus membantu cucu-cucunya bertutur dan menggunakan bahasa dengan baik. Mengaji? … yang ini tidak perlu diperjelaskan kerana sekarang Abang Ngah telah menghafal Surah al-Fatihah.

Saya pernah ditanya oleh seorang kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan lima tahun. “Kak Radieah takut hantu tak?”… mengeluh saya dibuatnya.. saya tidak marah. Cuma bimbang dengan kanak-kanak ini. Lalu soalan ini saya ajukan kembali.“Hantu tu apa?”

Rasa ingin tahu menjadi satu lumrah dalam kehidupan manusia. Begitu juga dengan kanak-kanak.. tetapi antara kita kenalkan dia dengan hantu… kenapa tidak dengan Allah s.w.t yang menciptanya… kenapa hantu perlu menjadi topik perkenalan yang kita bual-bualkan dengan mereka? Boleh berbicara tentangnya tetapi jangan terlalu memberi perhatian terhadap topik tersebut.

Hati-hatilah bila berhadapan dengan kanak-kanak.. yang dunia mereka.. dunia yang serba ingin tahu. Memang seronok berbual-bual dengan mereka tetapi hati-hati kerana tugas kita adalah untuk mentarbiyyah dan memperkukuhkan aqidah mereka.

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on October 20, 2009 in Ragam Kehidupan

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: