RSS

Jenayah Akademik

21 Oct

Sudah lama sebenarnya saya ingin menulis entry berkenaan tajuk ini.. tetapi apabila menghadap laptop sahaja, langsung saya lupa tentangnya.. Alhamdulillah setelah membaca blog yang memuatkan tentang artikel yang ditulis oleh Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak selaku Naib Canselor USM, saya mula teringat tentangnya. Maklumat berkenaan jenayah akademik ini saya peroleh sewaktu ucaptama INGRAW oleh Prof Dr. Muhammad Syukri Salleh.Jenayah akademik sebenarnya bukanlah suatu perkara yang asing berlaku dalam dunia akademik terutama di dalam institusi pengajian tinggi. Bahkan ia berlaku di seluruh dunia. Jadi adalah tidak menghairankan sekiranya ramai di antara kita tidak tahu langsung bahawa perkara tersebut adalah satu jenayah.

Jenayah akademik berlaku apabila seseorang pelajar melakukan penulisan tentang kajian yang dilakukan olehnya sama ada dalam jurnal, artikel, kertas kerja dan sebagainya, nama yang diletakkan di dalam kajian tersebut turut ditulis individu yang tidak terlibat untuk menulis berkenaan kajian tersebut. Biasanya para pelajar akan meletakkan nama penyelia (supervisor) mereka.

Memang benar supervisor terlibat dalam menyelia, menasihat dan memberi tujuk ajar kepada para pelajar untuk menyiapkan kajian dan penulisan para pelajar. Tetapi konsep tersebut tidak bermakna supervisor melakukan kajian serta nama mereka boleh diletakkan sebaris dengan nama pelajar yang melakukan kajian dan penulisan. Sebaliknya supervisor pada ketika itu adalah ‘pelayan pemikiran’ pelajar atau dalam istilah biasa yang diguna pakai, mereka adalah editor atau penyunting penulisan yang pelajar lakukan. Lebih malang lagi apabila terdapat kajian yang diletakkan nama supervisor di hadapan nama pelajar. Ia mengambarkan seolah-olah supervisor merupakan penulis utama kajian tersebut sedangkan yang berlaku adalah sebaliknya… dan adalah tidak salah untuk mengatakan nama supervisor pada ketika itu tidak perlu diletakkan di dalam kajian tersebut kerana mereka bukanlah author sebaliknya adalah editor.


Mungkin ada di antara kita yang mengatakan ‘alah, tak salah pun letak nama supervisor. Supervisor dah banyak tolong kita’. Memang tidak ada yang salah. Tetapi apabila ia berlaku di dalam dunia akademik ia akan menjadi satu kesalahan yang besar. Ini kerana di dalam dunia akademik, menulis adalah suatu perkara yang wajib dilakukan… semakin banyak bahan penulisan, buku-buku, jurnal-jurnal dan pelbagai lagi bahan akademik yang berjaya anda terbitkan, semakin berkembanglah ilmu anda juga semakin cepatlah pangkat anda dinaikkan… daripada gelaran Dr. kepada Prof Madya kemudian kepada Prof Dr… mungkin juga akhirnya akan memperoleh gelaran Prof Emeritus.

Cuba bayangkan anda memperoleh pangkat dan secara tidak langsung tangga gaji anda juga akan berubah seiring dengan pangkat yang anda peroleh… adakah rezeki yang kita peroleh adalah rezeki yang benar-benar daripada hasil titik peluh kita?

Saya pernah diceritakan oleh sahabat saya.. seorang penuntut di universiti lain..yang melakukan satu kajian. Beliau menulis kajian tersebut di dalam Bahasa Malaysia. Sahabat saya ini turut meletakkan nama supervisornya di dalam kajian tersebut. Kemudian supervisornya menggunakan kajian tersebut untuk dibentangkan di luar negara. Bezanya kajian sahabat saya dialih bahasa ke dalam Bahasa Inggeris. Akhirnya dengan kajian yang bersusah payah dilakukan olehnya.. supervisor tersebut memperoleh pangkat ‘Profesor’ daripada kajian tersebut….

Satu lagi kisah yang diceritakan oleh Prof Syukri sewaktu di INGRAW tersebut.. kisah ini berlaku di luar negara… melalui hasil kajian yang dilakukan oleh dua orang pelajar dengan dibantu oleh seorang supervisor.. dengan izin Allah kajian tersebut mendapat pengiktirafan dan ingin dianugerahkan pingat dan sejumlah wang. Juruhakim tidak mengiktiraf dua orang pelajar tersebut untuk menerima anugerah tersebut memandangkan mereka adalah pelajar. Jadi mereka menganugerahkannya kepada supervisor tersebut. Disebabkan hasil kajian yang dilakukan tersebut sebenarnya dilakukan oleh dua orang pelajar tadi, pelajar tersebut membuat keputusan untuk membawa kes tersebut ke mahkamah.. Tetapi dengan adanya perbincangan sesama mereka di antara pelajar dan supervisor tadi, kes tersebut dapat diselesaikan di luar mahkamah. Ini kerana sekiranya kes tersebut menjadi kes mahkamah, banyak perkara buruk lain akan timbul. Misalnya nama baik universiti dan supervisor selaku pensyarah akan tercemar. Keputusnnya, mereka bersetuju untuk membahagian sejumlah wang tersebut sama rata di antara mereka.

Jenayah akademik mungkin dianggap remeh oleh kita.. tetapi sebenarnya dengan adanya jenayah yang sebegini, para akademik kini tidak lagi sehebat dulu seperti Prof Ungku Aziz, Prof Syed Hussen Alatas, Prof Dr Yusuf al-Qardhawi dan pelbagai nama besar yang lain. Mereka menulis, mengkaji.. hasil daripada pemikiran mereka sendiri … mereka menerbitkan buku mereka sendiri melalui pandangan, pengalaman dan luahan hati mereka sendiri. Berbeza dengan para akademik kini yang integritinya dan atitudenya semakin hilang kerana pangkat dan gelaran menjadi keutamaan… kesannya universiti kita kini tidak lagi dipandang sehebat dulu.. begitu juga dengan mahasiswanya.. kerana yang mendidik mereka kebanyakannya tidak lagi seikhlas dan setulus kasih pendidik-pendidik terdahulu.

Sebuah hadith Rasulullah s.a.w yang berbunyai;
صنفان من أمتى اذا صلحوا صلح الناس واذا فسدوا فسد الناس الأمراء والفقهاء
Maksudnya “Dua golongan dari ummatku apabila baik mereka nescaya baiklah manusia keseluruhannya dan apabila rosak mereka nescaya rosaklah keseluruhannya. Iaitu para pemerintah dan para fuqaha (alim ulama)”.

Maksud fuqaha di dalam hadis tersebut juga merangkumi maksud yang lebih luas iaitu ahli akademik… Jadi seandainya mereka telah rosak maka sudah tentu mereka akan merosakkan yang lain pula iaitu para pelajarnya.. rosak lagi merosakkan. Seperti firman Allah s.w.t yang bermaksud ‘… sesat lagi menyesatkan’.

Saya pulangkan perbincangan ini kepada anda semua terutama yang bakal menjadi ahli akademik, telah menjadi ahli akademik, ingin menjadi ahli akademik dan pelbagai status yang lain… kerana ia suatu tugas yang amat berat. Entry kali ini lebih terarah kepada disiplin ilmu dalam aliran sastera… tetapi bagi saya bezanya tidak terlampau banyak bagi disiplin ilmu dalam aliran sains… namun ia hanya pandangan saya sahaja.

Saya tidak tahu kerana saya lebih menjurus dalam aliran sastera bukan dalam bidang sains. Jadi kepada individu yang terlibat di dalam bidang sains … ia terpulang kepada anda.. Adalah lebih elok sekiranya anda dapat berkongsi maklumat dan pandangan anda berkenaan topik ini terutama bagi individu yang berada di dalam bidang sains.. tinggalkanlah komen anda… semoga ia dapat memberi manfaat kepada semua.

Advertisements
 
2 Comments

Posted by on October 21, 2009 in Usrah ISDEV

 

Tags: , , ,

2 responses to “Jenayah Akademik

  1. Azhani Ramli

    October 18, 2012 at 12:00 pm

    Assalamualaikum, sama sahaja dalam bidang sains pun. Kami di bidang sains menggunakan banyak bahan kimia, radas dan lain-lain. Yang mana untuk peringkat kajian sarjana dan Phd, kesemuanya ini perlu di beli menggunakan wang geran. Pernah terlintas di fikiran, andai pelajar perlu memperolehi sekian2 ponter, untuk melanjutkan pelajaran, begitu juga para pensyarah/sepervisor. Bilangan pelajar yg diambil perlu la sepadan dengan jumlah wang geran yang mereka perolehi. Seperkara lagi, berkaitan bidang kajian yang bukan kepakaran pensyarah. Saya hairan mengapa orang sanggup mempamerkan kebodohan diri sendiri dengan melakukan kajian yang di luar bidang kepakaran mereka. Yang menjadi mangsa adalah pelajar. Ya, mungkin dek kerana pangkat dan kenaikan gaji, membutakan mata hati. Bagaimanalah nanti keadaannya di sana? Nauzubillah.. Pernah juga terlintas di fikiran saya begini, bilamana berhadapan dengan situasi yang begini. “Berurusan dengan “professional personnel” yang langsung tidak profesional, lebih bodoh daripada orang bodoh.” Maaf cakap. Sekian.

     
    • Radieah Muhammad Nor

      January 14, 2013 at 1:38 am

      Wa’alaikumsalam.Terima kasih atas pendapat tersebut. Semoga Allah berikan jalan keluar untuk mereka yang berusaha mencari yang halal di sisi-Nya.

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: