RSS

Menyusuli Langkah Ulama

18 Jan
Alhamdulillah, pada penghujung tahun lepas saya berkesempatan untuk mengikuti satu symposium di Universiti Malaya anjuran Akademi Pengajian Islam di sana. Simposium ini adalah berkenaan dengan tamadun Islam di Nusantara. Rata-rata pembentang kertas kerja tentang sumbangan ulama terhadap perkembangan Islam di Malaysia.
Tuan Tabal menjadi ulama yang diberi penekanan dalam symposium tersebut. Karya yang dihasilkan oleh ulama tersebut dikatakan hampir menyamai karya agong ulama terdahulu seperti Imam al-Ghazali, Ibn Khaldun, Ibn Katsir dan sebagainya.

Namun begitu, saya teringat akan kata-kata yang dikatakan oleh Prof Dr Yusuf al-Qardhawi yang dimuatkan di dalam kitabnya yang berjudul ‘al-Waktu fi Haya al-Muslim’ (Waktu di Dalam Kehidupan Muslim). Beliau menyatakan bahawa umat Islam kini seringkali berbangga dengan masa lalu. Berbangga dengan kegemilangan Islam yang berlaku. Berbangga dengan ulama-ulama terdahulu. Tetapi sayang, tidak ada perkara yang dapat kita banggakan untuk masa sekarang. Tidak ada perkara yang kita lakukan untuk dibanggakan. Kita tidak sedar yang kita dilalaikan dengan perasaan kita sendiri. Kebanggaan tersebut telah membuatkan kita terus ketinggalan di belakang berbanding penganut bukan Islam.

Secara kebetulan malam tadi di dalam ‘Halaqah’ telah membincangkan tajuk ‘Muhammad bin Idris’. Panel jemputannya ialah Ust Badlishah Alaudin dan Ust Zahazan Mohamed. Kedua-dua panel jemputan ini telah mengupas dengan cukup baik berkenaan dengan kehidupan Muhammad bin Idris atau lebih dikenali sebagai Imam as-Syafie.

Perkara yang saya ingin kongsikan di sini, seorang daie, seorang ulama, seorang murabbi harus mempunyai banyak kemahiran. Dakwah tidak seharusnya hanya bergerak melalui percakapan ataupun perbuatan. Tetapi jika kita teliti dari ulama zaman silam mereka turut menulis kitab-kitab yang tidak sahaja berguna untuk zaman tersebut sebaliknya ia telah melampaui sempadan generasi.


Selain itu seorang daie juga harus memiliki kemahiran berbahasa. Jika diteliti setiap daie harus menguasai perkara yang dikuasai massa. Nabi Musa a.s misalnya hidup pada zaman di mana sihir menjadi mainan masyarakat pada ketika itu. Oleh itu, Allah s.w.t mengurniakan mukjizat kepada Nabi Musa a.s untuk mengatasi sihir di zaman tersebut. Begitu juga dengan Nabi Muhammad s.a.w yang hidup di zaman masyarakat menganugerahkan syair-syair. Oleh itu, Allah s.w.t menganugerahkan al-Quran untuk mematahkan syair-syair dan juga panduan untuk kita apabila baginda tiada.

Bahasa memainkan peranan penting untuk berhubung. Bermain dengan bahasa sama ada sewaktu menulis, bercakap dan sebagainya adalah sangat penting. Bagi saya, umat Islam bukan bukan sahaja harus menguasai kemahiran berbahasa tetapi harus menguasai banyak perkara yang dikuasai oleh kuasa besar dunia. Kemahiran dalam perniagaan, menguasai ekonomi dunia, teknologi, perundangan, perubatan dan sebagainya. Tetapi malangnya umat Islam ketinggalan dalam semua bidang tersebut.

Ulama terdahulu telah berusaha untuk mengislamisasikan perkara yang cuba merosakkan aqidah umat Islam di zaman tersebut. Misalnya pada zaman Imam al-Ghazali, Ibn Taimiyyah, al-Kindi dan ramai lagi, mereka telah cuba mengislamisasikan bidang falsafah atau mantiq yang telah dipelopori olah Aristotle, Plato dan sebagainya. Pada zaman tersebut ilmu falsafah telah menguasai pemikiran umat Islam sehingga ayat al-quran turut ditafsirkan mengikut akal fikiran manusia terutama mengenail ayat mutasyabihat. Mereka telah berjaya mengislamisasikannya.

Bagaimana pula dengan sains dan teknologi kini yang telah menguasai dunia. Harapan saya kepada sesiapa yang telah berada di dalam bidang tersebut, jangan tinggalkannya hanya kerana kita tidak mampu menghubungkannya dengan Yang Maha Pencipta. Takut-takut nanti ia terus hanyut kerana kita tinggalkannya. Berusahalah kerana Allah tidak tanya hasilnya… yang Dia tanya usaha kita. Wallahu’alam…

Sama-samalah kita susuli langkah ulama terdahulu… berdakwah, menulis dan mengislamisasikan pelbagai bidang untuk kepentingan ummah. Ameen ya Rabbal a’lamin..

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on January 18, 2010 in Luahan Hati

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: