RSS

Di Sebalik Pintu Masuk Perkuburan Tsunami

16 Oct
Pintu masuk ke tanah perkuburan
Pintu masuk tanah perkuburan mangsa tsunami berhampiran Masjid Baiturrahman cuba saya tolak bersama Niza satu per satu. Ada tulisan yang menarik perhatian kami membuatkan kami teruja menolaknya. Pintunya sederhana berat berjaya kami tolak. Walaupun ahli rombongan yang lain sebahagian besarnya telah masuk ke tanah perkuburan tersebut mendahului kami, tetapi kawasan dalam tanah perkuburan tersebut tidak menarik perhatian kami untuk masuk berbanding pintunya yang berwarna hijau.

Saya cuba membaca patah perkataan yang terdapat pada daun-daun pintu tersebut tetapi tidak berjaya. Kelakuan kami rupa-rupanya diperhatikan oleh Pak Yasir yang masih berada di luar tanah perkuburan.

Tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan. Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.

“Sebenarnya ada maksud tersirat di sebalik pintu-pintu ini. Ia maksud ayat daripada surah al-Anbiya”. Terang Pak Yasir. Tetapi penerangan tersebut masih kabur bagi saya. Saya dapat merasakan bahawa Pak Yasir faham bahawa saya masih belum dapat mengerti apa yang diterangkannya tadi.

Akhirnya Pak Yasir menjelaskan satu persatu tulisan yang ada pada kelima-lima daun pintu tersebut. Luruh jantung saya setelah penjelasan Pak Yasir berikan saya fahami “Oooo… macam tu”. Ucap saya perlahan.

Pada daun-daun pintu tersebut sebenarnya menggabungkan maksud firman Allah s.w.t melalui Surah al-Anbiya, ayat 35 sebagai peringatan buat penggunjung yang menziarahi tanah perkuburan tersebut.

Ayat dan maksud firman Allah s.w.t yang saya maksudkan adalah sebagimana di bawah;

Tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan. Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.

Perkuburan yang tidak bernisan dan bernama. Hanya diletakkan tanda bagi menandakan tanah perkuburan mangsa tsunami kanak-kanak dan dewasa.

Setelah memahami erti tersirat di sebalik pintu-pintu tersebut saya dan rakan yang masih tertinggal di luar mula melangkah masuk ke kawasan tanah perkuburan tersebut. Sebagaimana tanah perkuburan pertama yang kami lawati, tanah perkuburan ini juga tidak mempunyai batu nisan, tidak tahu penghuninya. Cuma terdapat tanda yang memisahkan antara tanah perkuburan dewasa dan kanak-kanak.

Pak Suriya Darma dan Pak Yasir sedang menjelaskan peristiwa yang mereka alami semasa tsunami melanda kepada Prof Syukri, Dr. Fadzila Azni dan saya (sedang mengambil gambar).

Tanah perkuburan ini juga terdapat sebuah hospital yang hampir ranap yang sengaja ditinggalkan tidak diperbaiki sebagai maklumat kepada kita menenai tanda aras ketinggian air yang melimpahi kawasan tersebut semasa tsunami. Menurut Pak Yasir semua penghuninya pada ketika itu menjadi korban mangsa tsunami.

Pak Yasir menerangkan kedudukan aras air tsunami adalah setinggi tiga tingkat bangunan yang sengaja ditinggalkan sebagai bukti aras air tsunami yang melanda Acheh pada ketika itu.
Tanah perkuburan ini juga dipagari dengan pagar berwarna putih yang dihiasi 99 nama-nama Allah sebagai peringatan buat penziarah dan sesiapa sahaja yang melintasi di jalan raya berhampiran tanah perkuburan tersebut. Semoga syahid itu menjadi milik mereka dan kita juga yang bakal menyusuli mereka. Ameen…
Advertisements
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: