RSS

Anugerah Tesis Terbaik 2010

22 Feb
SARJANA ISLAM PERLU KAJI MODEL POLITIK MALAYSIA 

Muhyiddin mengucapkan tahniah kepada Munif dan Radieah pada
Majlis Anugerah Tesis Terbaik Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kuala Lumpur, malam tadi.
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan golongan sarjana politik Islam mengemukakan model terbaik negara Islam yang bukan saja demokratik, tetapi stabil dan makmur.
Timbalan Perdana Menteri berkata, bagi mencapai matlamat itu, disiplin ilmu politik dan kenegaraan Islam yang dinamik dan fleksibel perlu dimantapkan.”Sudah sampai masanya sarjana Islam dalam pelbagai disiplin ilmu di universiti tempatan mengadakan usaha bersama untuk mengkaji secara mendalam model politik Malaysia sebagai negara Islam yang majmuk, makmur dan stabil. ”Melaluinya, formula bagi menjawab pelbagai persoalan yang timbul akan ditemui dan tentunya menjadi faktor kritikal segala pencapaian kita sebagai negara Islam yang majmuk dan demokratik dan formula inilah yang perlu kita pertahankan,” katanya pada majlis Anugerah Tesis Terbaik Tan Sri Muhyiddin Yassin 2010 di sini, malam tadi.Majlis berkenaan anjuran Yayasan Nurul Yaqeen dengan kerjasama Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) Universiti Sains Malaysia (USM).

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran adalah pengerusi yayasan itu. Turut hadir, isteri Muhyiddin, Puan Sri Norainee Abdul Rahman; Yang Dipertua Dewan Negara merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah yayasan, Tan Sri Abu Zahar Ujang; Pengarah Yayasan Nurul Yaqeen, Nor Zanah Jamari; Pengarah ISDEV, Prof Dr Muhammad Syukri Salleh dan Pemangku Naib Canselor USM, Prof Ahmad Shukri Mustapha Kamal.

Majlis pengiktirafan dan penganugerahan tesis terbaik dalam bidang keilmuan Islam yang bersifat rentas disiplin ini bermula pada 2009 dan dibahagikan kepada dua kategori, iaitu Anugerah Tesis Doktor Falsafah Terbaik dan Anugerah Tesis Sarjana Terbaik. Penyertaannya membabitkan penuntut tempatan sama ada di institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara.

Anugerah Tesis Doktor Falsafah Terbaik tahun ini dimenangi Dr Munif Zarirruddin Fikri Nordin menerusi tesis bertajuk ‘Bahasa Kepimpinan Rasulullah S A W: Analisa Wacana Khutbah Ghazawat Al-Rasul’. Pensyarah Universiti Malaya itu menerima pingat emas, wang tunai, trofi serta sijil penyertaan yang keseluruhan bernilai RM15,000.

Pemenang Anugerah Tesis Sarjana Terbaik ialah Radieah Mohd Nor dari USM yang memperoleh hadiah bernilai RM10,000 melalui tesisnya, ‘Prinsip-Prinsip Pembangunan Berteraskan Islam Dalam Mukadimah Ibn Khaldun’.

Rujukan : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SarjanaIslamperlukajimodelpolitikMalaysia/Article

* * * * *

Setelah setahun Nina memerliku… alhamdulillah telah jadi kenyataan. Terima kasih pada Kak Nadiah untuk doa anda setahun yang lalu.

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on February 22, 2011 in Penyelidikan

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: