RSS

Dari Malaysia ke Brisbane, Australia

23 Mar
Berlepas Brisbane

Berlepas Brisbane

Blog ini masih baru. Dahulu saya gunakan blogspot. Tetapi timbul banyak masalah dalam mengendalikan blog tersebut walaupun telah banyak kali cuba membaikinya. Akhirnya saya buat keputusan untuk memindahkan blog tersebut kepada wordpress. Walau bagaimanapun, blog ini juga masih banyak yang perlu diperbaiki.

Image

Di KLIA

Di KLIA

Sebenarnya bukan blog saya sahaja yang telah berpindah. Saya dan keluarga juga telah berpindah. Berpindah buat sementara dari Pulau Pinang, Malaysia ke Brisbane, Australia. Merantau di bumi orang. Sepertimana blog. Dahulu saya fasih hampir kesemuanya tentang blogspot tetapi setelah berpindah ke wordpress, saya perlu banyak belajar dengan cepat supaya blog dan entrynya dapat dipublish dengan baik.

Begitu juga dengan diri saya. Saya perlu banyak belajar. Belajar untuk memahai budaya di sini. Belajar untuk cepat fasih bahasanya. Belajar untuk lebih matang berbanding sebelumnya. Belajar untuk mengutip sebanyak mungkin pengalaman. Belajar untuk mengurus masa dan kehidupan dengan sebaiknya… dan banyak lagi saya perlu belajar.

Dari Kuala Lumpur ke Brisbane. Flight dah separuh jalan menuju ke Brisbane.

Doakan saya dan keluarga semoga dipermudahkan segala urusan. Dunia dan akhirat.

Tempat khas untuk Aiman semasa dalam flight

Tempat khas untuk Aiman semasa dalam flight

Advertisements
 
10 Comments

Posted by on March 23, 2012 in Kembara di Rantau Orang

 

10 responses to “Dari Malaysia ke Brisbane, Australia

  1. Kak Ija

    March 23, 2012 at 12:31 pm

    Semoga beroleh apa yang dicita-citakan

     
    • -Radieah Muhammad Nor

      March 23, 2012 at 8:22 pm

      Terima kasih banyak-banyak Kak Ija.

       
  2. Mohd zanuri Ab Halim

    May 7, 2012 at 6:59 pm

    Salam kak, saya berhajat nak cuba nasib cari apa2 kerja di Brisbane & bawa keluarga bersama. Bolehkah kak beri nasihat persediaan dari aspek yg penting krn ini adalah perkara yg paling besar pernah saya buat utk keluarga saya. Saya terpaksa meninggalkan tanahair utk bina semula hidup setelah gagal dlm perniagaan. Berbekalkan sedikit wang yg ada saya harap ada peluang utk saya cuba nasib disana.

     
  3. Radieah Muhammad Nor

    May 7, 2012 at 10:41 pm

    Wa’alikumsalam w.b.t,

    Innalillah dan takziah kerana Allah bagi ujian kepada Zanuri gagal dalam perniagaa. Insya Allah, biasanya bila kita gagal, kita akan atur langkah lebih baik berbanding sebelumnya.

    Berkenaan dengan kerja di Brisbane. Di sini insya Allah rezeki ada di mana-mana. Gaji di sini juga lumayan berbanding di Malaysia walaupun hanya bekerja sebagai cleaner. Ramai student Malaysia di sini bekerja sambil belajar. Bahkan ada seorang student lelaki telah berjaya menghantar ibu dan ayahnya menunaikan haji berkat dia bekerja sebagai clener hanya semasa hujung minggu.

    Berniaga di sini juga mempunyai peluang yang besar. Sebab di sini tidak banyak pilihan untuk barangan halal. Sama ada barang berbentuk makanan mahupun untuk dipakai, misalnya shampoo, losyen, sabun mandi dan sebagainya.

    Orang Melayu Malaysia saya dapati tiada lagi yang membuka perniagaan di sini. Yang ada orang cina Malaysia. Kebanyakan barang yang dijual diimport daripada Malaysia dan Indonesia. Barang yang diimport seperti kicap, sadin, sos, perencah masakan dan lain-lain. Rugilah orang Islam kita tidak buka perniagan halal di sini.

    Saya cadangkan kalau ingin bawa keluarga, menetaplah dulu di sini seorang diri selama sebulan. Cari pekerjaan, tempat tinggal, kenderaan dan kemudahan lain sebelum membawa keluarga. Cari pengalaman dan dapatkan ilmu pengetahuan sebanyak mungkin sebelum bawa keluarga. Setelah sebulan dan kemudahan telah tersedia untuk keluarga boleh lah bawa mereka. Kalau ada anak agak sukar sebab perlukan kereta. Tapi kalau belum ada, naik bas dan kereta api sudah memadai. Di sini kemudahan pengangkutan awam amat mudah didapati dan sangat efisyen. Walau bagaimanapun kenderaan di sini murah. Barangan yang second hand juga amat berbaloi sekiranya kita ingin memilikinya. Sebab mereka sangat cermat menggunakannya berbanding kita. Ini pengalaman saya. Sekiranya ingin membeli barangan seperti itu lawati web gumtree Australia.

    Walau bagaimanapun, saya bukan individu terbaik yang boleh memberi cadangan. Saya rasa lebih baik hubungi Cikgu Adnan Abd Rahman. Boleh hubungi beliau melalui FB. Cikgu Nan dah menetap lama berbanding saya yang cuma sebulan lebih di sini.

    Semoga sedikit perkongsian tersebut memberi manfaat.

    Wassalam.

     
  4. Muhammad Nizamuddin Bin Mohamad

    December 27, 2013 at 2:57 am

    assalamualaikum kak, sy ingin mencari apa-apa PELUANGpekerjaan di brisbane, boleh x kakk tolong bagi sedikit info yg perlu utk persediaan sy ke sana? TQ

     
    • Radieah Muhammad Nor

      December 27, 2013 at 4:41 am

      Wa’alikumsalam. Saya dah lama pulang ke Malaysia. Rasanya boleh joint group PPMQ dalam FB dari sana boleh tanya mereka mengenai Brisbane. Taip ‘PPMQ’ dalam FB. Mereka merupakan Persatuan Pelajar-pelajar Melayu Queensland.

       
  5. Rina Arina Azahari

    November 14, 2015 at 11:42 am

    assalamualaikum…….
    mngkin sblum ini ramai yg bertnya adik2 kpd Radhieah….. tpi kali ini, sya seorng kakak yg tlh brkeluarga…..
    Radieah adakah masih ade peluang n ruang bgi mereka yg tlh berkeluarga berhijrah ke Brisbane…. utk berkerja… di harap awak sudi memberi info seterusnye melalui emel tertera…..
    Dahulunye…. akak pernah belajar di UK….

     
    • Radieah Muhammad Nor

      August 9, 2016 at 5:03 am

      Waálaikumsalam. Masih ada peluang. Rezeki Allah di mana-mana. Tetapi sebaliknya pergilah ke Brisbane dulu sebelum berhijrah. Lihat dulu possibility yang ada.

       
  6. cris

    May 11, 2016 at 6:06 am

    hai..u tinggal kat brisbane area mana yer?

     
    • Radieah Muhammad Nor

      August 9, 2016 at 5:04 am

      Withmore Street

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: