RSS

Ibn Khaldun: Unsur Malaikat dan Unsur Haiwan Milik Manusia

28 Mar
Image

Menurut Ibn Khaldun, selaian daripada akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah SWT, unsur malaikat dan unsur haiwan yang dimiliki oleh manusia juga menjadikan manusia makhluk istimewa.

Menurut Ibn Khldun 92006) terdapat dua sebab utama yang membuatkan manusia menjadi makhluk istimewa. Pertama adalah disebabkan oleh akal fikiran yang dianugarahkan oleh Allah SWT. Kedua, adalah disebabkan dua unsur yang dimiliki oleh manusia iaitu unsur rohani dan unsur fizikal. Unsur rohani disifatkan oleh Ibn Khaldun sebagai unsur malaikat. Unsur fizikal pula disifatkan oleh Ibn Khaldun sebagai unsur haiwan. Adanya dua unsur tersebut, Allah SWT mengurniakan manusia akal fikiran untuk manusia berfikir dengan baik supaya tidak terjerumus ke lembah kejahatan yang dikatakan oleh Ibn Khaldun berasal daripada sifat kebinatangan.

 

Menurut Ibn Khaldun (2006), pada asalnya manusia memperoleh inspirasi untuk melakukan sesuatu perkara melalui perlakuan binatang. Sifat jahat yang lahir daripada diri manusia merupakan sifat kebinatangan (Ibn Khaldun, 2006: 118). Oleh itu, manusia boleh menjadi setaraf dengan binatang sekiranya tidak mampu menggunakan akal yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada manusia untuk mengawal kejahatan yang ingin dilakukan olehnya.

Maksudnya: "Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya". (Surah al-Tin 95: 4)

Maksudnya: "Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya". (Surah al-Tin 95: 4)

 

Dua unsur yang dimiliki oleh manusia membuatkan manusia berbeza dengan para malaikat dan haiwan kerana mempunyai dua unsur berbanding malaikat dan haiwan yang hanya mempunyai satu unsur. Ia menjadikan manusia makhluk yang paling mulia dan tinggi martabatnya berbanding ciptaan-Nya yang lain.

Disebabkan itu, penciptaan manusia oleh Allah SWT bukan untuk tujuan keduniaan semata-mata dan bukan juga untuk menjadi hamba kepada-Nya semata-mata. Tetapi manusia diciptakan untuk beribadah kepada-Nya dan menjadi khalifah di muka bumi (Ibn Khaldun, 2006: 197).

Image

Maksudnya: "Dan Kami berikan kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata tentang urusan (agama): maka mereka tidak berselisih melainkan sesudah datang kepada mereka pengetahuan kerana kedengkian yang ada antara mereka. Sesungguhnya Tuhanmu akan memutuskan antara mereka pada hari kiamat terhadap apa yang mereka selalu berselisih padanya".(Surah al-Jathiyah 45: 17)

Melalui firman Allah SWT di atas telah dinyatakan hanya melalui hukum syariat ia mampu memandu manusia untuk meneruskan kesinambungan peradaban dan sekali gus mengurangkan pertelingkahan sesama manusia.

Perbalahan yang sering berlaku dalam kalangan manusia  kerana ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh manusia membuatkan manusia boleh mengeluarkan pendapat masing-masing berdasarkan ilmu yang mereka miliki.

Namun begitu, perselisihan pendapat terhadap sesuatu perkara tidak dapat dielakkan kerana peringkat ilmu pengetahuan seseorang berbeza dengan yang lain. Ia membuatkan manusia sering mempunyai pendapat yang berbeza antara satu dengan yang lain. Hanya melalui perlaksanaan syariat Islam manusia boleh bersatu.

Rujukan: Ibn Khaldun (2006). Mukadimah Ibn Khaldun (terj. Dewan Bahasa dan Pustaka). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Advertisements
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: