RSS

Rancang ke Syurga

19 Jun
Give Way - Mudahkanlah cara untus sesiapapun ke Syurga

Give Way – Mudahkanlah cara untus sesiapapun ke Syurga

Ada yang suka tulis diari. Tetapi saya bukan yang suka tulis diari. Sebab saya tak tahu apa yang saya nak tulis. Saya rasa kalau saya ada diari, saya akan tulis apa yang perlu saya buat. Bukan apa yang telah saya buat.

Bagi saya, perkara yang telah saya buat biarlah malaikat kiri dan kanan saya yang tulis. Harap-harap, malaikat kanan lebih banyak menulis daripada malaikat kiri. Kalau nak harap malaikat kiri tak tulis langsung tu macam mustahillah pula. Sebab saya manusia biasa. Bukan manusia maksum. Bukan juga malaikat. Yang pasti saya bukan Iblis.. bukan juga syaitan.

Saya suka susun perkara yang perlu saya lakukan akan datang supaya setiap kerja saya tersusun. Alhamdulillah, perkara yang telah menjadi habit ni telah memudahkan kehidupan saya terutama semasa menulis tesis.

Walaupun adakalanya tidak menepati apa yang ingin saya capai, tetapi ia merupakan guard line kepada saya untuk hasilkan tesis terbaik. Hari ni tak capai esok boleh capai. Insya Allah.

Tetapi ada juga yang kata saya ni sterotipe. Buat kerja yang sama. Biar jelah apa pun orang nak kata. Sebab sekurang-kurangnya saya telah susun kehidupan saya supaya saya boleh jadi baik.

Saya susun kehidupan saya untuk mudah masuk syurga. Saya tak mahu masuk neraka. Baunya pun saya tak mahu hidu.

Rancang ke syurga itu mudah. Tetapi nak buat itu yang susah. Ia perlukan disiplin. Carilah perkara yang mudah-mudah untuk ke syurga. Jangan yang susah-susah. Percayalah, hidup ini indah. Ambillah yang indah-indah tersebut.

Usaha untuk kita ke syurga juga memerlukan kita memudahkan orang lain ke syurga. Janganlah kita kata pada orang lain “Awak sepatutnya perlu kutip pahala daripada saya…” Kalau jumpa orang yang macam ini, tak usahlah bergaul rapat dengannya. Nanti kita susah, susah untuk masuk syurga. Carilah jalan lain yang lebih mudah untuk ke syurga. Syaitan ini kreatif. Jadi kita perlu kreatif daripada syaitan.

Permudahkanlah orang lain untuk ke syurga. Dengan itu kita juga akan mudah untuk ke syurga. Insya Allah. Ameen.

Advertisements
 

Tags: ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: