RSS

Monthly Archives: August 2016

Pensyarah Bukan Kerja yang Mudah

13006731_10209800307070670_838287694295399829_n

Masa saya kecil dulu, bila cikgu bertanya dalam kelas bila besar nak jadi apa? Saya jawab saya ingin menjadi cikgu. Saya tidak tahu apakah perkerjaan lain selain cikgu. Sekeliling saya semuanya cikgu. Ayah cikgu, mak cikgu, ke sekolah pun jumpa cikgu. Cuma saya bertuah, saya dibesarkan dalam kalangan peneroka FELDA. Saya banyak bergaul dengan mereka. Ada yang kaya, ada yang miskin dan ramai dalam kalangan mereka hidupnya sederhana sahaja. Saya banyak belajar daripada kepayahan mereka. Bagi saya, kepayahan merekalah mencorak banyak perkara dalam cara fikir dan cara tindak saya. Ia jugalah yang mematangkan saya.

Walau bagaimanapun, dalam kalangan kawan-kawan saya tersebut, ada seorang yang bercita-cita ingin menjadi pensyarah. Tetapi pada ketika itu, saya langsung tidak tahu, apa itu pensyarah. Perkataan tersebut tersangat asing bagi saya. Tetapi saya diamkan sahaja. Tidak langsung perasaan ingin bertanya. “Ah.. malulah.. pensyarah pun tak tahu”. Tetapi takdir Allah, kira-kira 20 tahun kemudian, perkataan pensyaah itulah menjadi darah daging saya sekarang. Aturan Allah, siapa tahu.

As a lecturer saya diwajibkan untuk mengikuti Kursus Pengajaran dan Pembelajaran. Menurut mereka yang pernah mengikutinya, ia kursus yang membosankan. Saya sedaya upaya cuba mempositifkan pemikiran saya, supaya dua minggu saya saya perlu lalui, tidak membosankan untuk saya. Alhamdulillah, saya berjaya laluinya dengan penuh keterujaan. Terutama sekali apabila sesi perkongsiaan pengalaman Prof Liong Min Tze. Prof Liong menceritakan pengalamannya sebagai seorang pensyarah.. laluan, kepayahan, cabaran, dan pengorbanan menjadi seorang pensyarah sehingga beliau bergelar Prof dalam tempoh masa yang singkat. For me, Prof Liong is a humble person. Mengenalinya buat kali pertama semasa kursus tersebut membuatkan saya teruja untuk mengenalinya dengan lebih mendalam.

Tanggungjawab seorang pensyarah bukan semudah yang disangkaan. Sebagaimana yang dikatakan oleh Prof Liong, seorang pensyarah juga memiliki saat kemurungan sehingga kalau mati mereput dalam bilik dia (office) pun, tidak ada sesiapa yang tahu. Pensyarah memiliki tanggungjawab yang besar tetapi kudratnya tidak sebesar tanggungjawab yang sedang dia dipikul. Walau bagimanapun, kebijaksanaan seorang pensyarahlah membuatkan semuanya nampak cantik, tersusun elok dan menyeronokkan bahkan mereka yang di luar sana melihatnya dengan penuh keterujaan. Jadi tidak menghairankan sekiranya persepsi masyarakat melihat kerja pensyarah ini mudah. We are smart to hide painful okey ! 😉

Bila Prof Liong bertanyakan kepada kami as a new lecture, what a great enrichment you got in your life? Saya mula terfikir, apa yang membanggakan diri saya sebenarnya? Entahlah… sungguh saya tidak tahu. Perkara yang saya tahu, buatlah setiap perkara sehabis baik. Tetapi bila Prof Liong mengutarakan soalan tersebut, ia mula mengetuk fikiran saya, supaya membina falsafah yang lebih kukuh dalam kerjaya saya kini.

Jauh disanubari saya.. saya peroleh PhD semasa usia saya 29 tahun pada 1 April 2014. I joined USM in September at the same year. Ramai yang mengatakan, saya terlalu muda untuk memperoleh PhD dan gelaran ‘Dr.’ Ijazah Doktor Falsafah yang saya peroleh bukanlah untuk gelaran ‘Dr.’ Bukan juga untuk masyarakat lihat. Jauh sekali untuk masyarakat sanjung. Tetapi dengan Ijazah inilah memberi peluang yang luas untuk saya berkhidmat kepada agama dan masyarakat dunia.

Mendidik dan mencari solusi kepada permasalahan masyarakat merupakan keutamaan saya. Ia juga merupakan keistimewaan saya apabila berada dalam dunia akademik. Ia membuka peluang untuk saya berhubung dengan masyarakat dunia. Amanah ini dipikul dengan kejujuran tanpa mengira agama, bangsa ataupun kewarganegaraan. Memberi nilai tambah dalam kehidupan mereka. I enjoy to help them.

Saya berpegang teguh kepada firman Allah S.W.T,

11_88

Maksdunya “…aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) perbaikan selama aku masih sanggup. Dan petunjuk yang aku ikut hanya dari Allah. Hanya kepadaNya aku bertawakal dan hanya kepadaNya aku kembali.”

Ayat ini menjadi sumpah setia dan juga maruah diri saya terletak padanya.