RSS

Category Archives: Aqidah dan Kepercayaan

Rancang ke Syurga

Give Way - Mudahkanlah cara untus sesiapapun ke Syurga

Give Way – Mudahkanlah cara untus sesiapapun ke Syurga

Ada yang suka tulis diari. Tetapi saya bukan yang suka tulis diari. Sebab saya tak tahu apa yang saya nak tulis. Saya rasa kalau saya ada diari, saya akan tulis apa yang perlu saya buat. Bukan apa yang telah saya buat.

Bagi saya, perkara yang telah saya buat biarlah malaikat kiri dan kanan saya yang tulis. Harap-harap, malaikat kanan lebih banyak menulis daripada malaikat kiri. Kalau nak harap malaikat kiri tak tulis langsung tu macam mustahillah pula. Sebab saya manusia biasa. Bukan manusia maksum. Bukan juga malaikat. Yang pasti saya bukan Iblis.. bukan juga syaitan.

Saya suka susun perkara yang perlu saya lakukan akan datang supaya setiap kerja saya tersusun. Alhamdulillah, perkara yang telah menjadi habit ni telah memudahkan kehidupan saya terutama semasa menulis tesis.

Walaupun adakalanya tidak menepati apa yang ingin saya capai, tetapi ia merupakan guard line kepada saya untuk hasilkan tesis terbaik. Hari ni tak capai esok boleh capai. Insya Allah.

Tetapi ada juga yang kata saya ni sterotipe. Buat kerja yang sama. Biar jelah apa pun orang nak kata. Sebab sekurang-kurangnya saya telah susun kehidupan saya supaya saya boleh jadi baik.

Saya susun kehidupan saya untuk mudah masuk syurga. Saya tak mahu masuk neraka. Baunya pun saya tak mahu hidu.

Rancang ke syurga itu mudah. Tetapi nak buat itu yang susah. Ia perlukan disiplin. Carilah perkara yang mudah-mudah untuk ke syurga. Jangan yang susah-susah. Percayalah, hidup ini indah. Ambillah yang indah-indah tersebut.

Usaha untuk kita ke syurga juga memerlukan kita memudahkan orang lain ke syurga. Janganlah kita kata pada orang lain “Awak sepatutnya perlu kutip pahala daripada saya…” Kalau jumpa orang yang macam ini, tak usahlah bergaul rapat dengannya. Nanti kita susah, susah untuk masuk syurga. Carilah jalan lain yang lebih mudah untuk ke syurga. Syaitan ini kreatif. Jadi kita perlu kreatif daripada syaitan.

Permudahkanlah orang lain untuk ke syurga. Dengan itu kita juga akan mudah untuk ke syurga. Insya Allah. Ameen.

Advertisements
 

Tags: ,

Undi Siapa?

Pemimpin menentukan polisi

Pemimpin menentukan polisi

Polisi sesebuah negara digubal berdasarkan majoriti 2/3 undian yang dipilih dalam sidang Parlimen. Ini bermakna sesebuah pengubalan bergantung kepada undian individu yang berada di Parlimen. Begitu juga yang berlaku di Dewan Undangan Negeri di setiap negari di Malaysia.

Oleh itu, pemilihan calon amat penting kerana mereka yang akan menentukan polisi negara. Di Malaysia, parti yang bertanding lebih memiliki kuasa untuk menentukan polisi tersebut berbanding calon kerana parti yang berkuasa yang bakal menentukan polisi negara.

Jadi pembuangan undi oleh pengundi perlu menitikberatkan pemilihan parti berbanding pemilihan calon semasa mengundi. Sama ada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat, kedua-duanya merupakan parti besar yang bakal memerintah negara selepas Pilihan Raya 2013. Kedua-dua parti ini bakal menentukan polisi negara.

Berdasarkan situasi di Malaysia ini, sudah semestinya pengundian perlu ditentukan mengikut integrit, amanah, jujur dan lain perkara yang dimiliki parti tersebut bukan lagi kepada calon walaupun calon adalah amanah. Tetapi disebabkan calon tersebut bertanding mewakili parti  yang tidak amanah, maka calon tersebut tidak boleh sama sekali dipilih menjadi wakil rakyat. Sebaliknya sekiranya calon kurang amanah tetapi partinya merupakan parti yang amanah maka pemilihan perlu dilakukan kepada calon yang kerang amanah tersebut kerana calon tersebut mewakili parti yang amanah. Pucuk pimpinan parti akan menentukan segala tanggungjawab yang dipikul oleh calon yang kurang amanah tersebut melakukan kerja dengan amanah.

Selamat mengundi!

 

Tags: , , , , ,

Pilihan Raya itu Perang

Selamat Mengundi

Perang bermakna setiap perkara yang saling bertembung diakhir akan lahir pihak yang kalah dan pihak yang memang. Perang dalam Islam bertujuan hanya sebagai balasan untuk mempertahankan kesucian Islam, bangsa, keluarga dan diri sendiri daripada ancaman. Ini bermakna perang tidak semestinya hanya apabila melibatkan bom, senapang, pedang dan sebagainya. Perang boleh jadi melibatkan pertembungan ilmu pengetahuan kerana pada hari ini siapa yang menguasai ilmu pengetahuan, dia bakal menakluki dunia.

Perang juga boleh dinisbahkan kepada pilihan raya kepada perang kerana ia melibatkan amar makruf nahi mungkar. Kewajiban untuk menegakkan yang hak dan membenamkan yang mungkar terjadi semasa pilihan raya terletak di tangan pengundi. Pengundi itulah tentera-tentera di medan perang walaupun hanya menggunakan sebatang pen dan tempoh masa menggunakan pen tersebut hayalah seketika.

Oleh itu, hukum yang dikaitkan dengan perang juga boleh dikiaskan ke atas perlaksanaan pilihan raya. Hukum mengundi misalnya adalah wajib sebagaimana turun untuk berperang juga adalah wajib. Hukum tidak menggundi adalah berdosa besar sebagaimana hukum meninggalkan medan perang.

Oleh itu, hukum mendaftar menjadi pengundi juga wajib kerana tanpanya tidak mungkin seseorang itu dapat mengundi. Hal ini boleh dinisbahkan kepada hukum fiqh “Sesuatu perkara itu tidak menjadi wajib melainkan dengannya, oleh itu ia menjadi wajib”.

Selamat mengundi.

 

Tags: , ,

Dakwah: Tidak Perlu Tunggu Diri Sempurna.

Perkara yang berbeza itu tidak semestinya pelik

Perkara yang berbeza itu tidak semestinya pelik

Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia telah sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan – Imam Hassan al-Basri

 

Tags: , ,

Bengkak Kaki

Nabi pun pernah mengalami bengkak kaki. Kita pun ada yang mengalami bengkak kaki.

Tetap bezanya bengkak kaki Nabi dengan bengkak kaki kita, Nabi bengkak kaki sebab Nabi banyak melakukan ibadah tanda Nabi bersyukur. Tapi kita bengkak kaki sebab Gout. Banyak makan makanan laut. Orang kata makanan laut ni makanan orang mewah. Ye ke?

Apapun itulah beza bengkak kaki kita dengan Nabi. Nabi bengkak kaki kerana ibadah. Kita bengkak kaki sebab ikut nafsu makan. Emmmm..

Kaki

Kaki

 

Harta vs Takwa

Jadikan harta yang dimiliki harta yang bermanfaat

Jadikan harta yang dimiliki harta yang bermanfaat

Perkara yang membezakan seseorang dengan seseorang yang lain adalah takwanya bukan harta yang dimiliki olehnya.

Dunia pandang harta. Akhirat pandang takwa.

Perumapaan Allah SWT terhadap harta

Perumapaan Allah SWT terhadap harta

 

Tags: ,

Ikhtiar Penyakit Kronik

Jangan Putus Asa. Islam sentiasa ada jalan keluarnya

Jangan Putus Asa. Islam sentiasa ada jalan keluarnya

Petua Rasulullah saaw buat yang menghidap penyakit kronik..

Sekiranya sahabat mempunyai kenalan yang menghidap penyakit kronik (kanser, kencing manis, sakit jantung, darah tinggi dll) pujuklah dia/mereka untuk mengamalkan solat pada waktu malam (walaupun sekadar satu rakaat witir) kerana dari Salman al-Farisi katanya, telah bersabda Rasulullah saaw;

“Dituntut ke atasmu melakukan solat malam kerana sesungguhnya solat malam itu merupakan antara kebiasaan orang soleh sebelum kamu, sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, penutup segala kejahatan, penghapus segala dosa dan pembasmi segala penyakit dalam badan.”

Menurut guru kami, Al Fadhil Ustaz Wan Nasir Wan Abdul Wahab, pembasmi segala penyakit dalam badan bukan sahaja merujuk kepada menyembuh penyakit tetapi turut bermaksud MENGHALAU penyakit tersebut dari menghinggapi badan si sakit semula.

Mesti cuba tau! Moga Allah menganugerahkan sifat istiqamah kepada kita semua.
by Ustaz Zahazan Mohamed

 
Leave a comment

Posted by on September 5, 2012 in Aqidah dan Kepercayaan

 

Tags: , ,