RSS

Category Archives: Bahtera Perjuangan

Pensyarah Bukan Kerja yang Mudah

13006731_10209800307070670_838287694295399829_n

Masa saya kecil dulu, bila cikgu bertanya dalam kelas bila besar nak jadi apa? Saya jawab saya ingin menjadi cikgu. Saya tidak tahu apakah perkerjaan lain selain cikgu. Sekeliling saya semuanya cikgu. Ayah cikgu, mak cikgu, ke sekolah pun jumpa cikgu. Cuma saya bertuah, saya dibesarkan dalam kalangan peneroka FELDA. Saya banyak bergaul dengan mereka. Ada yang kaya, ada yang miskin dan ramai dalam kalangan mereka hidupnya sederhana sahaja. Saya banyak belajar daripada kepayahan mereka. Bagi saya, kepayahan merekalah mencorak banyak perkara dalam cara fikir dan cara tindak saya. Ia jugalah yang mematangkan saya.

Walau bagaimanapun, dalam kalangan kawan-kawan saya tersebut, ada seorang yang bercita-cita ingin menjadi pensyarah. Tetapi pada ketika itu, saya langsung tidak tahu, apa itu pensyarah. Perkataan tersebut tersangat asing bagi saya. Tetapi saya diamkan sahaja. Tidak langsung perasaan ingin bertanya. “Ah.. malulah.. pensyarah pun tak tahu”. Tetapi takdir Allah, kira-kira 20 tahun kemudian, perkataan pensyaah itulah menjadi darah daging saya sekarang. Aturan Allah, siapa tahu.

As a lecturer saya diwajibkan untuk mengikuti Kursus Pengajaran dan Pembelajaran. Menurut mereka yang pernah mengikutinya, ia kursus yang membosankan. Saya sedaya upaya cuba mempositifkan pemikiran saya, supaya dua minggu saya saya perlu lalui, tidak membosankan untuk saya. Alhamdulillah, saya berjaya laluinya dengan penuh keterujaan. Terutama sekali apabila sesi perkongsiaan pengalaman Prof Liong Min Tze. Prof Liong menceritakan pengalamannya sebagai seorang pensyarah.. laluan, kepayahan, cabaran, dan pengorbanan menjadi seorang pensyarah sehingga beliau bergelar Prof dalam tempoh masa yang singkat. For me, Prof Liong is a humble person. Mengenalinya buat kali pertama semasa kursus tersebut membuatkan saya teruja untuk mengenalinya dengan lebih mendalam.

Tanggungjawab seorang pensyarah bukan semudah yang disangkaan. Sebagaimana yang dikatakan oleh Prof Liong, seorang pensyarah juga memiliki saat kemurungan sehingga kalau mati mereput dalam bilik dia (office) pun, tidak ada sesiapa yang tahu. Pensyarah memiliki tanggungjawab yang besar tetapi kudratnya tidak sebesar tanggungjawab yang sedang dia dipikul. Walau bagimanapun, kebijaksanaan seorang pensyarahlah membuatkan semuanya nampak cantik, tersusun elok dan menyeronokkan bahkan mereka yang di luar sana melihatnya dengan penuh keterujaan. Jadi tidak menghairankan sekiranya persepsi masyarakat melihat kerja pensyarah ini mudah. We are smart to hide painful okey ! 😉

Bila Prof Liong bertanyakan kepada kami as a new lecture, what a great enrichment you got in your life? Saya mula terfikir, apa yang membanggakan diri saya sebenarnya? Entahlah… sungguh saya tidak tahu. Perkara yang saya tahu, buatlah setiap perkara sehabis baik. Tetapi bila Prof Liong mengutarakan soalan tersebut, ia mula mengetuk fikiran saya, supaya membina falsafah yang lebih kukuh dalam kerjaya saya kini.

Jauh disanubari saya.. saya peroleh PhD semasa usia saya 29 tahun pada 1 April 2014. I joined USM in September at the same year. Ramai yang mengatakan, saya terlalu muda untuk memperoleh PhD dan gelaran ‘Dr.’ Ijazah Doktor Falsafah yang saya peroleh bukanlah untuk gelaran ‘Dr.’ Bukan juga untuk masyarakat lihat. Jauh sekali untuk masyarakat sanjung. Tetapi dengan Ijazah inilah memberi peluang yang luas untuk saya berkhidmat kepada agama dan masyarakat dunia.

Mendidik dan mencari solusi kepada permasalahan masyarakat merupakan keutamaan saya. Ia juga merupakan keistimewaan saya apabila berada dalam dunia akademik. Ia membuka peluang untuk saya berhubung dengan masyarakat dunia. Amanah ini dipikul dengan kejujuran tanpa mengira agama, bangsa ataupun kewarganegaraan. Memberi nilai tambah dalam kehidupan mereka. I enjoy to help them.

Saya berpegang teguh kepada firman Allah S.W.T,

11_88

Maksdunya “…aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) perbaikan selama aku masih sanggup. Dan petunjuk yang aku ikut hanya dari Allah. Hanya kepadaNya aku bertawakal dan hanya kepadaNya aku kembali.”

Ayat ini menjadi sumpah setia dan juga maruah diri saya terletak padanya.

Advertisements
 

Undi Siapa?

Pemimpin menentukan polisi

Pemimpin menentukan polisi

Polisi sesebuah negara digubal berdasarkan majoriti 2/3 undian yang dipilih dalam sidang Parlimen. Ini bermakna sesebuah pengubalan bergantung kepada undian individu yang berada di Parlimen. Begitu juga yang berlaku di Dewan Undangan Negeri di setiap negari di Malaysia.

Oleh itu, pemilihan calon amat penting kerana mereka yang akan menentukan polisi negara. Di Malaysia, parti yang bertanding lebih memiliki kuasa untuk menentukan polisi tersebut berbanding calon kerana parti yang berkuasa yang bakal menentukan polisi negara.

Jadi pembuangan undi oleh pengundi perlu menitikberatkan pemilihan parti berbanding pemilihan calon semasa mengundi. Sama ada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat, kedua-duanya merupakan parti besar yang bakal memerintah negara selepas Pilihan Raya 2013. Kedua-dua parti ini bakal menentukan polisi negara.

Berdasarkan situasi di Malaysia ini, sudah semestinya pengundian perlu ditentukan mengikut integrit, amanah, jujur dan lain perkara yang dimiliki parti tersebut bukan lagi kepada calon walaupun calon adalah amanah. Tetapi disebabkan calon tersebut bertanding mewakili parti  yang tidak amanah, maka calon tersebut tidak boleh sama sekali dipilih menjadi wakil rakyat. Sebaliknya sekiranya calon kurang amanah tetapi partinya merupakan parti yang amanah maka pemilihan perlu dilakukan kepada calon yang kerang amanah tersebut kerana calon tersebut mewakili parti yang amanah. Pucuk pimpinan parti akan menentukan segala tanggungjawab yang dipikul oleh calon yang kurang amanah tersebut melakukan kerja dengan amanah.

Selamat mengundi!

 

Tags: , , , , ,

Pilihan Raya itu Perang

Selamat Mengundi

Perang bermakna setiap perkara yang saling bertembung diakhir akan lahir pihak yang kalah dan pihak yang memang. Perang dalam Islam bertujuan hanya sebagai balasan untuk mempertahankan kesucian Islam, bangsa, keluarga dan diri sendiri daripada ancaman. Ini bermakna perang tidak semestinya hanya apabila melibatkan bom, senapang, pedang dan sebagainya. Perang boleh jadi melibatkan pertembungan ilmu pengetahuan kerana pada hari ini siapa yang menguasai ilmu pengetahuan, dia bakal menakluki dunia.

Perang juga boleh dinisbahkan kepada pilihan raya kepada perang kerana ia melibatkan amar makruf nahi mungkar. Kewajiban untuk menegakkan yang hak dan membenamkan yang mungkar terjadi semasa pilihan raya terletak di tangan pengundi. Pengundi itulah tentera-tentera di medan perang walaupun hanya menggunakan sebatang pen dan tempoh masa menggunakan pen tersebut hayalah seketika.

Oleh itu, hukum yang dikaitkan dengan perang juga boleh dikiaskan ke atas perlaksanaan pilihan raya. Hukum mengundi misalnya adalah wajib sebagaimana turun untuk berperang juga adalah wajib. Hukum tidak menggundi adalah berdosa besar sebagaimana hukum meninggalkan medan perang.

Oleh itu, hukum mendaftar menjadi pengundi juga wajib kerana tanpanya tidak mungkin seseorang itu dapat mengundi. Hal ini boleh dinisbahkan kepada hukum fiqh “Sesuatu perkara itu tidak menjadi wajib melainkan dengannya, oleh itu ia menjadi wajib”.

Selamat mengundi.

 

Tags: , ,

Dakwah: Tidak Perlu Tunggu Diri Sempurna.

Perkara yang berbeza itu tidak semestinya pelik

Perkara yang berbeza itu tidak semestinya pelik

Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia telah sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan – Imam Hassan al-Basri

 

Tags: , ,

Pendakian ke Puncak

Langit di Gatton, Australia. Walaupun langgitnya sentiasa biru, tetapi kalau tiba musim panas, akan sering berlaku ribut taufan. Menakutkan.

Langit di Gatton, Australia. Walaupun langgitnya sentiasa biru, tetapi kalau tiba musim panas, akan sering berlaku ribut taufan. Menakutkan.

Saya sudah di Malaysia. Tidak lagi di Australaia.

Lama saya tinggalkan blog. Tanpa menulis sebarang entry. Kadang-kadang terfikir juga.. dah berhenti berdakwah ke?

Entahlah.. Ada masanya kita penatkan?

Apapun. Jangan mengalah. Untuk sampai ke puncak, adakalanya kita bolah berlari, pada ketika itu, berlarilah. Jangan lepaskan peluang untuk berlari. Tapi dalam ada kalanya kita terpaksa merangkak atau berjalan, jangan mengeluh kerana kita terpaksa merangkak atau berjalan. Teruskan sahaja pendakian ke puncak tersebut dengan merangkak ataupun berjalan. Sekurang-kurangnya kita mampu memendekkan perjalanan kita ke puncak. Berbanding sekiranya kita menunggu semata-mata. Kalau perlu mengesot sekalipun, mengesotlah. Usah terlalu pedulikan apa orang kata. Tapi pedulikanlah apa yang Allah kata..

Gatton, Australia. Dah senja dah

Gatton, Australia. Dah senja dah

Ok, semoga dipermudahkan segala urusan.

Siiru a’la barakatillah..

 

Tags:

Harta vs Takwa

Jadikan harta yang dimiliki harta yang bermanfaat

Jadikan harta yang dimiliki harta yang bermanfaat

Perkara yang membezakan seseorang dengan seseorang yang lain adalah takwanya bukan harta yang dimiliki olehnya.

Dunia pandang harta. Akhirat pandang takwa.

Perumapaan Allah SWT terhadap harta

Perumapaan Allah SWT terhadap harta

 

Tags: ,

Makanan vs Peniaga Makanan

Bukan pilih apa yang kita ingin makan tetapi pilih siapa yang buat makanan. Sebab makanan yang masuk menjadi darah daging bakal penempa hati kita. Hati yang lembut atau keras salah satu sebabnya adalah hasil daripada makanan yang kita makan.

Bukan pilih makanan tetapi pilih peniaga makanan

Bukan pilih makanan tetapi pilih peniaga makanan