RSS

Category Archives: Harakah

‘Chop’, enti ana punya!

"Chop, enti ana punya!" Walaupun hakikanya 'chop' tersebut tidak disertai dengan cincin.

“Chop, enti ana punya!” Walaupun hakikanya ‘chop’ tersebut tidak disertai dengan cincin.

“Chop, saya dulu. Saya dulu. Jadi orang lain tak boleh ambik. Yang ni saya punya!”

Teringat zaman kanak-kanak dulu. Main chop-chop. Satu istilah yang digunakan untuk mendapatkan barang atau tempat duduk. ‘Siapa cepat dia dapat’. Macam tulah lebih kurang.

 Tapi tak sangka pula, setelah dewasa ada juga yang meneruskan ‘permainan ini’.

Kalau pada zaman kanak-kanak dulu, ‘chop’ untuk dapatkan barang yang ingini. Tetapi setelah dewasa ‘chop’ itu masih digunakan tetapi dengan istilah yang berbeza dan ‘barang’ yang lebih luar biasa.

 Bila dewasa istilah ‘chop’ bertukar kepada merisik. Barangnya pula bertukar kepada ‘perempuan/wanita’. Atau bagi yang lebih berani, si wanita pula yang pergi ‘chop’ lelaki. Apapun, keberanian si wanita tidak perlu dipersoalkan kerana ia tidak bertentang dengan syarak. Biarlah wujud istilah ‘perigi cari timba’ sekalipun.

‘Chop’ di era dewasa ini sangat berbeza dengan era kanak-kanak. ‘Permainan Chop’ orang dewasa diiringi tanggungjawab. Sama ada sebelum, semasa apatah lagi selepasnya.

 “Jadi tak boleh lah ‘chop’ awal-awal?”

Bukan tak boleh tapi ‘AWAS’ takut nanti terjebah dengan cinta Ukhti Barbie dan Akhi Ken atau Cinta Anta Anti. Sungguh, perkara ini akan berlaku sekiranya mujahadah tidak teguh. Kalaupun teguh, sukar sekali untuk istiqamah sehingga selesai akad nikah.

Jadi kalau tidak bersedia memikul amanah dan tidak tahu anda mampu istiqamah untuk terus bermujahadah, jangan sekali-kali ‘bermain chop-chop’. Mujahadah itu perlu, istiqamah perlu selalu.

Syaitan dan iblis ini kreatif dik! Sayangnya kita selalu tidak mampu menjadi lebih kreatif dari mereka. Kalaupun kita kreatif untuk ‘chop’ awal-awal kerana bimbang orang lain ‘chop’ dulu. AWAS kerana anda sedang bermain dipinggir kekreatifan syaitan. Kalau tidak ‘bermain chop’ sekalipun elaklah menjadi ‘pejuang sentimental‘. Sebagaimana persan Ust Hasrizal ” Jangan lembik. Jangan layan komik, novel, portal, blog, animasi, hatta nasyid yang menjejaskan kelelakianmu!”.

Pesan saya yang terakhir ‘jangan asuh nafsumu walau dengan apa cara sekalipun. Sama ada melalui pakaian, makanan, bacaan, penglihatan dan lain-lain.