RSS

Category Archives: Kembara di Rantau Orang

Ibrah Seorang Pengembara

Makan Tengahari di South Bank, Brisbane Australia

Makan Tengahari di South Bank, Brisbane Australia

Jika dulu di usia kanak-kanak dan remaja, saya suka aktiviti lasak. Suka mengembara. Mendaki gunung juga bukit. Meredah paya, sungai, air terjun juga laut. Memancing dan lain-lain. Berkebun dan bercucuk tanam. Semuanya ditemai ayah. Tetapi itu dahulu.

Aktiviti lasak tersebut telah lama saya tinggalkan. Saya tidak lagi berpeluang untuk melakukan perkara-perkara tersebut lagi. Namun, ia bukan alasan untuk memadamkan minat saya itu. Masih lagi suka mengembara tetapi dari sudut yang berbeza. Kalau dulu saya sendiri akan mendaki gunung dan bukit. Tetapi kini saya berpeluang membaca pengalaman individu lain yang Allah beri peluang luas kepada mereka. Melihat perspektif individu lain dalam minat yang sama. Membaca travelog kehidupan mereka. Melihat foto-foto mereka.

Kata orang semakin jauh kita mengembara, semakin luas pengalaman kita tentang kehidupan. Ya, memang benar. Mengembara membuatkan kita banyak bersabar. Melatih kita untuk tidak merungut dengan kepayaan. Melatih kita untuk mengejar waktu yang masih tersisa. Semuanya perlu dilakukan dengan pantas. Mengembara, tiada jalan mudah. Semuanya ditempuh dengan kepayahan.

Namun, dalam kepayahan itu mengajar saya erti bahawa hidup yang kita sedang tempuh ini merupakan hidup yang payah. Berdepan dengan pelbagai manusia. Ada yang bertopeng, ada yang jujur, ada yang tabah, ada yang penipu, ada yang.. ahhh.. macam-macam perangai manusia.

Ya, Allah, ya Tuhanku. Tabahkanlah aku dan zuriat keturunantu mengharungi dunia yang diselubungi pelbagai fitnah ini. Jauhkanlah kami daripada fithan dunia, fitnah di kubur dan fitnah di Padang Mahsyar nanti.

 

Tags:

Di UQ (University of Queensland)

Which one kaki Aiman, which one kaki ummi?

Which one kaki Aiman, which one kaki ummi?

Hari ke tujuh bersamaan 25 Mac 2012, terdapat sambutan pelajar baru Malaysia di UQ. Semua pelajar sama postgrad mahupun undergrad berhimpun di tepi tasik UQ. Tasiknya jauh berbeza dengan tasik USM. Tasik di sini kecantikannya adalah cantik semula jadi.

Image

Pelajar Malaysia QU berkumpul

Image

Jalan menuju tasik

Gambar tasik lupa nak ambil.

Image

Di tepi tasik ada banyak burung kakak tua.

Di sini juga banyak burung kakak tua berwarna putih susu yang berjambul kuning.

Image

Ada juga itik-itik. "Ummi tangkap itik ummi".

Semua unggas di sini tidak boleh ditanggap. Apatah lagi dibunuh. Kalau tidak boleh didakwa atau disaman. Bagi saya, undang-undang sebegini yang membuatkan unggas dan binatang seperti kola dan kanggaru hidup bebas. Lagi satu menurut Kak Zaswiza, penduduk di sini berprotokol. Maksudnya kalau undang-undang telah menetapkan begitu, mereka akan patuhinya. Ya, ada benarnya. Sebab kalau di Malaysia, burung kakak tua yang ada banyak kat tepi tasik UQ ni dah lama kena tanggap. Itik-itik kat sini pula dah lama buat gulai. Betulkan?

Jadi tidak menghairankan, terdapat pasar raya dan mini market yang tidak memiliki jurujual. Pembeli akan scan barang-barang yang dibeli dan membayarnya sendiri di kaunter khas. Emm.. “Mereka ni lebih Islamic dari kita lah. Macam mana ni?”.

 
 

Makanan Halal

Pertama kali makan ais krim

Pertama kali makan ais krim

Melemahkan orang Islam melalui makanan..

Orang Kafir sekarang mempelajarinya dari Gengis Khan, Raja Mongol, seorang penakluk Agung dunia dari Timur ke Barat. Kemudian diperluaskan oleh cucunya Hulagu Khan yang menakluk

kota Islam Baghdad dan kota-kota di sekitarnya.

“Apabila kamu hendak menakluk negara Islam, perdayakan terutama alim ulamanya supaya memakan yang tidak halal tanpa mereka sedari. Selepas itu kamu pergilah menakluk negaranya kerana apa pun terjadi, jika berdoa, doa mereka tidak akan dimakbulkan oleh tuhan alam ini”

Tercatat dalam sejarah Islam, Hulagu Khan telah berpura-pura ingin masuk Islam dan meminta dihantar 100 ulama yang paling hebat di kota Baghdad. Khalifah pada masa itu menghantarnya dan kemudian mereka disambut dengan baik serta diberikan makanan yang dicampurkan dengan

babi. Selepas mereka selesai makan, mereka ketawa terbahak-bahak akan kejayaan mereka dan seterusnya membunuh alim ulama tersebut. Kemudian barulah mereka menyerang kota Baghdad dan runtuhlah Baghdad yang megah itu dalam masa yang sekejap sahaja.

**Pengajarannya : Jangan ambil sambil lewa akan halal haram yang masuk ke perut kita dan anak-anak kita.

Copy paste from Islamic Parenting Network

Sungguh, perkara sebeginilah yang amat membimbangkan saya. Kebimbangan ini telah bermula sejak saya berada di Malaysia. Malah kini bila berada di Australia, perasaan tersebut semakin menjadi-jadi.

Ya, Allah. Engkau peliharalah diriku, keluargaku dan zuriat keturunanku daripada terlibat dengan perkara haram tersebut.

 

Dari Malaysia ke Brisbane, Australia

Berlepas Brisbane

Berlepas Brisbane

Blog ini masih baru. Dahulu saya gunakan blogspot. Tetapi timbul banyak masalah dalam mengendalikan blog tersebut walaupun telah banyak kali cuba membaikinya. Akhirnya saya buat keputusan untuk memindahkan blog tersebut kepada wordpress. Walau bagaimanapun, blog ini juga masih banyak yang perlu diperbaiki.

Image

Di KLIA

Di KLIA

Sebenarnya bukan blog saya sahaja yang telah berpindah. Saya dan keluarga juga telah berpindah. Berpindah buat sementara dari Pulau Pinang, Malaysia ke Brisbane, Australia. Merantau di bumi orang. Sepertimana blog. Dahulu saya fasih hampir kesemuanya tentang blogspot tetapi setelah berpindah ke wordpress, saya perlu banyak belajar dengan cepat supaya blog dan entrynya dapat dipublish dengan baik.

Begitu juga dengan diri saya. Saya perlu banyak belajar. Belajar untuk memahai budaya di sini. Belajar untuk cepat fasih bahasanya. Belajar untuk lebih matang berbanding sebelumnya. Belajar untuk mengutip sebanyak mungkin pengalaman. Belajar untuk mengurus masa dan kehidupan dengan sebaiknya… dan banyak lagi saya perlu belajar.

Dari Kuala Lumpur ke Brisbane. Flight dah separuh jalan menuju ke Brisbane.

Doakan saya dan keluarga semoga dipermudahkan segala urusan. Dunia dan akhirat.

Tempat khas untuk Aiman semasa dalam flight

Tempat khas untuk Aiman semasa dalam flight

 
10 Comments

Posted by on March 23, 2012 in Kembara di Rantau Orang

 

Ibrah Dari Seberang

Filem, drama dan sebagainya dalam sesebuah masyarakat sebenarnya secara tidak langsung mengambarkan mentaliti masyarakat tersebut. Jika diteliti filem-filem dan drama-drama Indonesia unsur mistik dan tahyul masih wujud. Malaysia juga begitu. Jadi adalah tidak menghairankan sekiranya di sebalik letusan Gunung Merapi di Indonesia baru-baru ini, unsur-unsur tahyul turut dikaitkan dengan peristiwa letusan tersebut. Pada hari yang sama berlaku kejadian tsunami juga di Indonesia.

Peringatan yang Allah hantar buat hamba-Nya yang berupa air (tsunami), debu halus (letusan Gunung Merapi). Objek yang lembut buat hamba-Nya. Allah s.w.t tidak hantar Burung Ababil sebagaimana peristiwa Abrahah (Surah al-Fiil, ayat 3 – 4), batu-batu daripada tanah yang dibakar dan diterbalikkan bumi dari atas ke bawah sebagaimana peristiwa Kaum Nabi Luth a.s (Surah Hud, ayat 82), suara yang keras sebagaimana kaum Tsamud yakni kaum Nabi Salleh (Surah Hud, ayat 67). Semoga ia menjadi pedoman buat kita yang masih hidup dan syahid buat mereka yang telah pergi.

Baca juga ibrah dari;
Laman Website Dr. Hasanah

Baca juga tentang langkah keselamatan ketika berlaku gempa bumi;
Dr. Faisal Tehrani

Gambar selebihnya;
Boston.com

 

Bila Sekeping Gambar Berbicara

Saya pernah terbaca satu pernyataan yang mengatakan “setiap gambar mampu memberi 1001 tafsiran”. Oleh itu, kali ini biarlah gambar pula berbicara. Sebelum itu, gambar-gambar di bawah merupakan kenangan saya, pensyarah-pensyarah dan rakan-rakan ISDEV sewaktu hendak bertolak ke Acheh.


Semoga Allah permudahkan dalam segala urusan. Ameen…

 

Antara Dua Kapal: "…Apakah Kamu Tidak Berfikir".

Grafik Muzium Tsunami dari atas. Muzium ini bentuknya seperti Kapal Apung

Kisah kali ini masih lagi mengenai peristiwa tsunami di Acheh. Antara kesan tinggalan tsunami yang masih kelihatan di Acheh ialah dua buah kapal yang masih kekal kedudukannya sehingga ke hari ini.


Gambar Kapal Apung ini tidak saya ambik kerana terlalu besar. (Panjangnya 63 meter, lebarnya 19 meter, tingginya 19 meter dan beratnya ialah 2600 tan.) Saya perlu berjalan jauh menjauhi Kapal Apung untuk mengambil keseluruhan Kapal Apung. Jadi saya batalkan hasrat saya untuk mengambil keseluruhan kapal ini

Kapal pertama lawati adalah Kapal Apung Tenaga Listik PLN (Saya tidak pandai menterjemah ke dalam Bahasa Melayu). Kapal ini menurut pemandu bas kami semasa di Acheh, jaraknya di antara tempat ia berlabuh dengan tempatnya terdampar kini adalah kira-kira 4.5km.

Keadaan kapal nelayan tersebut dan persekitarannya yang telah dibersihkan selepas tsunami

Kedudukan kapal nelayan yang masih dikekalkan di tempat asalnya sehingga kini

Kapal kedua yang kami sempat kami lawati ialah sebuah kapal nelayan. Kapal nelayan ini terdampar di sebuah rumah milik seorang pekerja cari gali minyak. Pada ketika tsunami melanda beliau tidak ada di tempat kejadian sebaliknya isteri dan anak-anak beliau menetap di situ. Namun dengan kuasa Allah mereka diselamatkan oleh-Nya bersama-sama puluhan yang lain dengan kapal nelayan yang Allah terdamparkan di atas rumah mereka.

Pak Mujiburrizal menerangkan situasi genting ketika beliau, keluarga, jiran dan mangsa tsunami yang lain menghadapi tsunami. Beliau sebenarnya pernah menganggotai kumpulan nasyid Nada Murni dan Raihan satu ketika dahulu. Kini masih aktif bernasyid dan merupakan pengacara televisyen. Rumahnya tidak musnah teruk walaupun dilanda tsunami. Menurutnya bingkai-bingkai gambar, perabot dan peralatan yang terdapat di ruang tamu dan sebahagian besar bahagian lain kekaldi tempat asal dan tidak musnah walaupun dilanda tsunami. Kedudukan rumahnya adalah di sebelah rumah yang kapal nelayan tersebut terdampar.
Apabila ditanya oleh Prof Syukri, apakah amalan yang dilakukan oleh mereka sehingga Allah menghantar bantuan dalam bentuk sedemikian rupa? menurut jiran sebelah rumahnya, Pak Mujiburrizal mereka merupakan keluarga yang pemurah. Mungkin disebabkan itu Allah menghantarkan kepada mereka sebuah kapal nelayan. Begitu juga dengan keluarga Pak Mujiburrizal tadi juga memiliki amalan yang sentiasa mereka kerjakan secara berjemaah di dalam rumah tersebut sehingga rumahnya tidaklah musnah teruk berbanding yang lain.

Kedudukan kapal nelayan dari hadapan rumah Pak Mujiburrizal yang terletak di sebelah kiri rumah ini. Rumah beliau tidak kelihatan dalam gambar di atas.

Antara kapal kecil dan kapal besar tersebut, walaupun kedua-duanya telah dibawa arus tsunami, kapal apung yang besar tadi hanya berjaya menyelamatkan seorang jurutekniknya sahaja sedangkan kapal nelayan yang kecil itu berjaya menyelamatkan 59 orang mangsa tsunami. Kuasa Allah s.w.t telah menunjukkan kepada kita bahawa yang kecil jangan disangka tidak berguna, tidak berharga dan sebagainya. Terlalu banyak tafsiran yang mampu dibuat sewaktu mentafsir kedua-dua kapal ini. Apapun hanya manusia yang mahu berfikir sahaja mampu mentafsirkannya.

Terlalu banyak peringatan Allah s.w.t tinggalkan kepada kita. Namun sayang sekali, kita jarang-jarang sekali berfikir. Sehingga Allah s.w.t telalu bertanya kepada kita dalam firman-Nya yang bermaksud “…apakah kamu tidak berfikif”.

Kunjungi juga blog Dr. Suekainah;