RSS

Category Archives: Luahan Hati

Berterabur

 

Surat yang diterima pun perlu diurus dengan baik, apatah lagi entry-entry blog.

Surat yang diterima pun perlu diurus dengan baik, apatah lagi entry-entry blog.

Bila lihat semula entry lama-lama dalam blog ini baru saya perasan sudah terlalu lama blog ini tidak diselenggara. Susunan gambarnya yang berterabur akibat berpindah dari blogsport ke wordpress sampai kini masih berterabut. Tidak kemas. Tidak tersusun.

Bila nak kemaskan?

Bila nak atur semua entry supaya nampak cantik dan tertarik untuk dibaca?

Entah.. saya malas.

Itulah jawapan saya buat masa sekarang.

Mungkin akan datang saya ada kesempatan untuk memperkemaskannya semula.

Hidup ini ada kalanya kita malas nak fikir..

Bukan malas nak fikir sebenarnya.

Tapi biarkan buat seketika.

Buat dulu yang mana mampu buat.

Betulkan?

Apapaun – always happy!!!

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on January 17, 2013 in Luahan Hati

 

Tags: ,

Doa Tidak Terlafaz

Maksud ‘solat’ dari sudut bahasa ialah ‘doa’. Melalui maksud tersebut sekurang-kurangnya kita (setiap umat Islam) akan berdoa lima kali sehari semalam. Selepas solat pula, kita akan menadah tangan untuk berdoa, jika tidak kita boleh dikategorikan dalam golongan orang yang sombong kepada Allah s.w.t.
“Dan berkata Rabbmu. berdoalah kepadaKu. Nescaya akan Aku perkenankan” maksud Surah al-Mukmin, ayat 60. Janji Allah s.w.t kepada kita. Tetapi setiap kali kita menadah tangan, kita membaca doa bukan berdoa. Melafazkannya di mulut tetapi tidak diikuti dengan hati. Umpama burung kakak tua, yang pandai bercakap… pandai melafazkan kata-kata tetapi tidak mamahami perkara yang dikatakannya.

Tetapi berlaku juga, di saat terlalu ingin berdoa.. terlalu ingin mengadu padaNya, tiada perkataan yang mampu dilafazkan. Hanya tangan mampu diangkat mengadu simpati… harap Engkau memahami lemahnya diri ini…

* * * * * *

Ya Allah…
Jadikanlah agamaku…
agama Nabi Muhammad s.a.w.

Islamku…
Islam orang Muslimin.

Imanku…
Iman orang Mukminin.

Solatku…
Solat yang khusyuk.

Amalku…
Amalan yang soleh.

Niatku…
Niat yang ikhlas.

Dosaku Ya Allah…
Dosa yang terampun.

Kehidupanku…
Kehidupan para ulama.

Dan matiku…
Matinya para syuhada.

Dan masukkanlah daku ke dalam syurga…
bersama para anbiya dengan rahmatMu…
Wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…

 
Leave a comment

Posted by on January 29, 2010 in Luahan Hati

 

Menyusuli Langkah Ulama

Alhamdulillah, pada penghujung tahun lepas saya berkesempatan untuk mengikuti satu symposium di Universiti Malaya anjuran Akademi Pengajian Islam di sana. Simposium ini adalah berkenaan dengan tamadun Islam di Nusantara. Rata-rata pembentang kertas kerja tentang sumbangan ulama terhadap perkembangan Islam di Malaysia.
Tuan Tabal menjadi ulama yang diberi penekanan dalam symposium tersebut. Karya yang dihasilkan oleh ulama tersebut dikatakan hampir menyamai karya agong ulama terdahulu seperti Imam al-Ghazali, Ibn Khaldun, Ibn Katsir dan sebagainya.

Namun begitu, saya teringat akan kata-kata yang dikatakan oleh Prof Dr Yusuf al-Qardhawi yang dimuatkan di dalam kitabnya yang berjudul ‘al-Waktu fi Haya al-Muslim’ (Waktu di Dalam Kehidupan Muslim). Beliau menyatakan bahawa umat Islam kini seringkali berbangga dengan masa lalu. Berbangga dengan kegemilangan Islam yang berlaku. Berbangga dengan ulama-ulama terdahulu. Tetapi sayang, tidak ada perkara yang dapat kita banggakan untuk masa sekarang. Tidak ada perkara yang kita lakukan untuk dibanggakan. Kita tidak sedar yang kita dilalaikan dengan perasaan kita sendiri. Kebanggaan tersebut telah membuatkan kita terus ketinggalan di belakang berbanding penganut bukan Islam.

Secara kebetulan malam tadi di dalam ‘Halaqah’ telah membincangkan tajuk ‘Muhammad bin Idris’. Panel jemputannya ialah Ust Badlishah Alaudin dan Ust Zahazan Mohamed. Kedua-dua panel jemputan ini telah mengupas dengan cukup baik berkenaan dengan kehidupan Muhammad bin Idris atau lebih dikenali sebagai Imam as-Syafie.

Perkara yang saya ingin kongsikan di sini, seorang daie, seorang ulama, seorang murabbi harus mempunyai banyak kemahiran. Dakwah tidak seharusnya hanya bergerak melalui percakapan ataupun perbuatan. Tetapi jika kita teliti dari ulama zaman silam mereka turut menulis kitab-kitab yang tidak sahaja berguna untuk zaman tersebut sebaliknya ia telah melampaui sempadan generasi.


Selain itu seorang daie juga harus memiliki kemahiran berbahasa. Jika diteliti setiap daie harus menguasai perkara yang dikuasai massa. Nabi Musa a.s misalnya hidup pada zaman di mana sihir menjadi mainan masyarakat pada ketika itu. Oleh itu, Allah s.w.t mengurniakan mukjizat kepada Nabi Musa a.s untuk mengatasi sihir di zaman tersebut. Begitu juga dengan Nabi Muhammad s.a.w yang hidup di zaman masyarakat menganugerahkan syair-syair. Oleh itu, Allah s.w.t menganugerahkan al-Quran untuk mematahkan syair-syair dan juga panduan untuk kita apabila baginda tiada.

Bahasa memainkan peranan penting untuk berhubung. Bermain dengan bahasa sama ada sewaktu menulis, bercakap dan sebagainya adalah sangat penting. Bagi saya, umat Islam bukan bukan sahaja harus menguasai kemahiran berbahasa tetapi harus menguasai banyak perkara yang dikuasai oleh kuasa besar dunia. Kemahiran dalam perniagaan, menguasai ekonomi dunia, teknologi, perundangan, perubatan dan sebagainya. Tetapi malangnya umat Islam ketinggalan dalam semua bidang tersebut.

Ulama terdahulu telah berusaha untuk mengislamisasikan perkara yang cuba merosakkan aqidah umat Islam di zaman tersebut. Misalnya pada zaman Imam al-Ghazali, Ibn Taimiyyah, al-Kindi dan ramai lagi, mereka telah cuba mengislamisasikan bidang falsafah atau mantiq yang telah dipelopori olah Aristotle, Plato dan sebagainya. Pada zaman tersebut ilmu falsafah telah menguasai pemikiran umat Islam sehingga ayat al-quran turut ditafsirkan mengikut akal fikiran manusia terutama mengenail ayat mutasyabihat. Mereka telah berjaya mengislamisasikannya.

Bagaimana pula dengan sains dan teknologi kini yang telah menguasai dunia. Harapan saya kepada sesiapa yang telah berada di dalam bidang tersebut, jangan tinggalkannya hanya kerana kita tidak mampu menghubungkannya dengan Yang Maha Pencipta. Takut-takut nanti ia terus hanyut kerana kita tinggalkannya. Berusahalah kerana Allah tidak tanya hasilnya… yang Dia tanya usaha kita. Wallahu’alam…

Sama-samalah kita susuli langkah ulama terdahulu… berdakwah, menulis dan mengislamisasikan pelbagai bidang untuk kepentingan ummah. Ameen ya Rabbal a’lamin..

 
Leave a comment

Posted by on January 18, 2010 in Luahan Hati

 

Bi Taufiq…

Selamat Menempuh Peperiksaan..bi taufiq wa najah…
 
Leave a comment

Posted by on November 2, 2009 in Luahan Hati

 

Terima Kasih

The Wedding Cake
Terima kasih kepada ISDEV kerana mengadakan majlis dan hadiah yang telah diberikan kepada kami.
 
Leave a comment

Posted by on November 2, 2009 in Luahan Hati

 

Disebalik Rintihan Hati Natrah

“Hukum syariah adalah untuk memelihara keamanan dan
kesinambungan peradaban” – Mukadimah Ibn Khaldun
Entry sebelum ini mengisahkan tentang pemergian Michael Jackson yang lahirnya bukan beragama Islam tetapi meninggal di dalam Islam, insya Allah. Begitu juga dengan Sheikh Fathi Yakan yang merupakan ulama terkenal yang menulis pelbagai kitab bahkan memiliki sebuah universiti yang bertujuan untuk mentabiyyah umat Islam. Tetapi entry kali ini menyentuh tentang pemergian Natrah dan cukup luar biasa tragedi yang dilalui olehnya.

Suatu ketika dahulu saya tidak mengenalinya. Tetapi apabila ada sebuah lagu nasyid yang dinasyidkan oleh sebuah kumpulan nasyid sewaktu di pertandingan sekolah menengah dahulu, saya mula merasakan perlu untuk mengetahui sejarah tentangnya. Sejarah yang disembunyikan daripada dicatatkan dalam teks-teks buku sejarah di sekolah.

Keghairahan saya untuk mengetahui sejarah tersebut membuatkan rakan sebilik saya membawa majalah-majalah lama yang menceritakan detik menyayat hati tersebut. Saya mula membelek-belek majalah tersebut. Saya tidak begitu mengingatinya.

Tetapi yang masih saya ingati, Natrah merupakan anak kepada ibu bapa yang berketurunan Belanda. Namun sewaktu penjajahan berlaku Natrah diserahkan kepada ibu angkatnya yang berketurunan Melayu. Kemudian nama asal Natrah ditukar kepada nama Islam (Natrah) yang pernah mencoret sejarah hitam kepada sistem perundangan Islam negara.

Rusuhan Natrah telah berlaku di Singapura berlaku pada tahun 12 Disember 1950 (sewaktu itu Singapura masih sebahagian daripada Malaysia) disebabkan mahkamah memutuskan Natrah perlu dikembalikan kepada ibu bapanya yang sebenar dan mereka berhak menentukan agama Natrah.

Keputusan mahkamah tersebut membuatkan orang Islam bangkit menentang keputusan mahkamah. Bahkan seorang ustaz pernah menceritakan kepada saya, pada waktu itu orang Islam sanggup mengayuh basikal daripada Terangganu ke Singapura semata-mata untuk menyelamatkan aqidah Natrah.

Kejayaan ibu bapa Natrah terhadap kes tersebut menyebabkan Natrah dibawa ke sebuah gereja yang terletak di Belanda. Lalu diberi minum holly water oleh paderi di gereja tersebut. Saya diberitahu sewaktu Natrah diisytiharkan keluar daripada Islam, seluruh gereja di Bumi ini membunyikan locengnya tanda mereka telah berjaya mengalahkan Islam.

Tetapi berita ini tidaklah terlalu digemparkan kerana bimbang mengganggu sentimen perkauman…inilah hakikat Malaysia. Antara kasih sayang Allah dengan kasih sayang manusia, Malaysia memilih untuk memperoleh kasih sayang manusia, walaupun kasih sayang Allah itu membatasi kasih sayang seluruh makhlukNya, tetapi kasih sayang manusia tetap menjadi pilihan.
Luahan hati seorang ustaz menambah mengecewakan saya. Katanya di atas meja pejabat agama Islam negeri (saya tidak ingat sama ada pejabat agama Islam atau mahkamah) terdapat ribuan borang permohonan untuk menukar agama daripada Islam kepada Kristian, Hindu dan sebagainya…yang itu yang mengisi borang.. yang tidak mengisi borang bagaimana pula? Murtad, syirik kepada Allah tidak berlaku hanya disebabkan mengisi borang. Ia cukup mudah berlaku sama ada dengan perbuatan, lidah atau hati kita…nauzubillahi minzalik..

Kita tidak lagi pedulikan isu murtad ini seperti mana kemurtadan yang terpaksa dilalui oleh Natrah. Mungkin kerana Natrah dipaksa untuk murtad membuatkan kita peduli akannya, tetapi mereka yang lain sukarela untuk murtad kita biarkan sahaja. Bahkan hari ini umat Islam sendiri menubuhkan pertubuhan-pertubuhan yang menjurus ke arah kesesatan…bahkan boleh jadi ke arah kemurtadan. Mereka berselindung di sebalik tujuan untuk menegakkan hak asasi manusia. Contohnya Sister In Islam (SIS) dan Suruhanjaya Antara Kepercayaan/Interfaith Commission (IFC).

Apa pun kata-kata mereka di bawah sebagai renungan bersama, yang saya copy paste daripada blog Akhi Muhammad Fadhullah Ismail.

William Ewart Gladstone (1809- 1898) bekas Perdana Menteri Britain zaman Queen Victoria “Selagi mereka ( umat Islam ) berpegang dengan kitab ini, selama itulah mereka bangkit dan kita tidak dapat menundukkan mereka. Oleh itu pisahkan mereka dari Kitab ini”. – ( ucapan beliau sambil mengangkat Al-Qur’an dalam Parlimen Britain ketika membincangkan penentangan umat Islam terhadap penjajahan )

Theodore Hertzel – pencetus idea penubuhan negara Yahudi ( penulis buku Negara Yahudi : 1895 ) “Misi kalian bukanlah mengeluarkan mereka dari Islam, walaupun yang terakhir ini merupakan keberhasilan yang paling gemilang. Tapi lebih pada usaha bagaimana menjauhkan mereka dari Islam..jadikanlah mereka sebagai orang Islam yang tidak kenal agamanya sendiri, orang Islam yang gemar berfoya-foya, suka dengan kemaksiatan, hidup semata-mata untuk cari harta dan jabatan..jika umat Islam sudah menjadi seperti ini, maka misi kalian sudah berhasil..laksanakan dan tunaikan misi kalian ini dengan penuh kesedaran – ucapan di Persidangan Yahudi di Basle, Switzerland : 1897.

Lord Cromer – Gabernor Inggeris di Mesir & Sudan telah menulis ” Bahawasanya tanah jahan yang diberi kemerdekaan itu perlu diserahkan kepada anak negeri yang dapat melangsungkan dasar-dasar dan polisi yang menjaga kepentingan dan keselamatan Barat “

Mereka telah berjaya memisahkan kita daripada Islam, maka disebakan itu kita tidak lagi ambil peduli akan isu yang melibatkan runtuhnya aqidah umat Islam si seluruh dunia. Kita telah ditimpa penyalit ‘wahan‘ seperti mana yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w… penyakit cinta akan dunia, takut akan mati…

 
2 Comments

Posted by on July 13, 2009 in Luahan Hati

 

Nilai Kasih Ibu

Entah kenapa tajuk entry kali ini saya tulis begitu. Tetapi yang pasti nasyid yang sedang berkumandang ini (25 Jun 2009) saya tujukan buat ibu saya. Walaupun saya tahu ibu tidak akan mendengarnya.. lagi pun hanya sekadar lagu..tidak memberi makna. Walaupun hari ibu telah lama berlalu.. bagi saya, setiap hari adalah Hari Ibu.

Saya masih ingat ibu saya pernah bercerita bahawa saya dilahirkan pada hari pagi Ahad kira-kira jam 3.45 pagi. Tetapi rasa sakit yang ibu saya tanggug bermula di awal pagi Sabtu. Sehari suntuk ibu saya sakit. Kesian ibu…

Jari jemari saya terhenti seketika. Entah apa yang saya harus seritakan tentang ibu. Jadi saya putuskan untuk berkongsi dengan anda semua tentang satu sajak pendek yang ditulis oleh sahabat saya, Muhammad Amin Mohd Saifulizam, juga merupakan rakan sekuliah saya pada saat ini..

Ibu…
Derhakalah aku jika dalam diriku,
tak kau temui inginmu..

Ibu…
Derhakalah aku jika dalam hidupmu,
tak kau temui legamu..


Ibu…

Derhakalah aku jika dalam mahumu,
tiada mahuku..
Tapi derhakakah aku ibu..
jika pada diriku ada risaumu..

Tetap yang pasti ibu… Maafkanlah anakmu…
 
Leave a comment

Posted by on June 25, 2009 in Luahan Hati