RSS

Category Archives: Penyelidikan

Pensyarah Bukan Kerja yang Mudah

13006731_10209800307070670_838287694295399829_n

Masa saya kecil dulu, bila cikgu bertanya dalam kelas bila besar nak jadi apa? Saya jawab saya ingin menjadi cikgu. Saya tidak tahu apakah perkerjaan lain selain cikgu. Sekeliling saya semuanya cikgu. Ayah cikgu, mak cikgu, ke sekolah pun jumpa cikgu. Cuma saya bertuah, saya dibesarkan dalam kalangan peneroka FELDA. Saya banyak bergaul dengan mereka. Ada yang kaya, ada yang miskin dan ramai dalam kalangan mereka hidupnya sederhana sahaja. Saya banyak belajar daripada kepayahan mereka. Bagi saya, kepayahan merekalah mencorak banyak perkara dalam cara fikir dan cara tindak saya. Ia jugalah yang mematangkan saya.

Walau bagaimanapun, dalam kalangan kawan-kawan saya tersebut, ada seorang yang bercita-cita ingin menjadi pensyarah. Tetapi pada ketika itu, saya langsung tidak tahu, apa itu pensyarah. Perkataan tersebut tersangat asing bagi saya. Tetapi saya diamkan sahaja. Tidak langsung perasaan ingin bertanya. “Ah.. malulah.. pensyarah pun tak tahu”. Tetapi takdir Allah, kira-kira 20 tahun kemudian, perkataan pensyaah itulah menjadi darah daging saya sekarang. Aturan Allah, siapa tahu.

As a lecturer saya diwajibkan untuk mengikuti Kursus Pengajaran dan Pembelajaran. Menurut mereka yang pernah mengikutinya, ia kursus yang membosankan. Saya sedaya upaya cuba mempositifkan pemikiran saya, supaya dua minggu saya saya perlu lalui, tidak membosankan untuk saya. Alhamdulillah, saya berjaya laluinya dengan penuh keterujaan. Terutama sekali apabila sesi perkongsiaan pengalaman Prof Liong Min Tze. Prof Liong menceritakan pengalamannya sebagai seorang pensyarah.. laluan, kepayahan, cabaran, dan pengorbanan menjadi seorang pensyarah sehingga beliau bergelar Prof dalam tempoh masa yang singkat. For me, Prof Liong is a humble person. Mengenalinya buat kali pertama semasa kursus tersebut membuatkan saya teruja untuk mengenalinya dengan lebih mendalam.

Tanggungjawab seorang pensyarah bukan semudah yang disangkaan. Sebagaimana yang dikatakan oleh Prof Liong, seorang pensyarah juga memiliki saat kemurungan sehingga kalau mati mereput dalam bilik dia (office) pun, tidak ada sesiapa yang tahu. Pensyarah memiliki tanggungjawab yang besar tetapi kudratnya tidak sebesar tanggungjawab yang sedang dia dipikul. Walau bagimanapun, kebijaksanaan seorang pensyarahlah membuatkan semuanya nampak cantik, tersusun elok dan menyeronokkan bahkan mereka yang di luar sana melihatnya dengan penuh keterujaan. Jadi tidak menghairankan sekiranya persepsi masyarakat melihat kerja pensyarah ini mudah. We are smart to hide painful okey ! 😉

Bila Prof Liong bertanyakan kepada kami as a new lecture, what a great enrichment you got in your life? Saya mula terfikir, apa yang membanggakan diri saya sebenarnya? Entahlah… sungguh saya tidak tahu. Perkara yang saya tahu, buatlah setiap perkara sehabis baik. Tetapi bila Prof Liong mengutarakan soalan tersebut, ia mula mengetuk fikiran saya, supaya membina falsafah yang lebih kukuh dalam kerjaya saya kini.

Jauh disanubari saya.. saya peroleh PhD semasa usia saya 29 tahun pada 1 April 2014. I joined USM in September at the same year. Ramai yang mengatakan, saya terlalu muda untuk memperoleh PhD dan gelaran ‘Dr.’ Ijazah Doktor Falsafah yang saya peroleh bukanlah untuk gelaran ‘Dr.’ Bukan juga untuk masyarakat lihat. Jauh sekali untuk masyarakat sanjung. Tetapi dengan Ijazah inilah memberi peluang yang luas untuk saya berkhidmat kepada agama dan masyarakat dunia.

Mendidik dan mencari solusi kepada permasalahan masyarakat merupakan keutamaan saya. Ia juga merupakan keistimewaan saya apabila berada dalam dunia akademik. Ia membuka peluang untuk saya berhubung dengan masyarakat dunia. Amanah ini dipikul dengan kejujuran tanpa mengira agama, bangsa ataupun kewarganegaraan. Memberi nilai tambah dalam kehidupan mereka. I enjoy to help them.

Saya berpegang teguh kepada firman Allah S.W.T,

11_88

Maksdunya “…aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) perbaikan selama aku masih sanggup. Dan petunjuk yang aku ikut hanya dari Allah. Hanya kepadaNya aku bertawakal dan hanya kepadaNya aku kembali.”

Ayat ini menjadi sumpah setia dan juga maruah diri saya terletak padanya.

Advertisements
 

Tesis + PhD = @_@


Menurut Pak Cik Wiki (2011a) dengan dibantu oleh Uncle Google tesis adalah sebuah dokumen yang diserahkan untuk menyokong pencalonan akademik atau kelayakan profesonal seseorang berdasarkan kajian dan penemuan yang dilakukan olehnya.

Pak Cik Wiki (2011a) turut menambah, di sesetengah pusat pengajian tinggi ada kalanya tesis dikaitkan dengan calon PhD ada pula yang dikaitkan dengan calon Sarjana. Begitu juga dengan disertasi. Adakalanya disertasi dikatakan lebih pendek dan nipis ketebalannya berbanding tesis, namun ada kalanya ia dikatakan sebaliknya. Apapun kedua-duanya memerlukan kajian yang mendalam untuk sesebuah dokumen tersebut dinamakan sebagai tesis atau disertasi.

Secara mudahnya tesis atau disertasi sentiasa dikaitkan dengan kajian. Tahukah pula apakah maksud kajian? Menurut Muhammad Syukri Salleh (2011), menulis sebuah tesis Sarjana atau PhD bukanlah semudah menulis sebuah rencana akhbar atau majalah. Fakta ilmiah diperlukan dengan mengumpulkannya menggunakan kaedah saintifik. Kemudian ia dioalah dalam bentuk analitikal dan ditonjolkan penemuan baru yang boleh menutup lompang kajian dan karya yang sedia ada.

Kesimpulannya, calon PhD atau Sarjana yang menyiapkan tesis pasti akan melakukan kajian ilmiah berdasarkan kaedah saintifik.

Jadi, apakah pula PhD? Menurut Pak Cik Wiki (2011b), Phd atau nama panjangnya Doctor of Philosophy adalah adalah gelaran akademik pascasarjana yang diberikan oleh universiti kepada seseorang. Tingkat darjah akademik yang dikenali sebagai gelaran doktor falsafah berbeza-beza bergantung pada institusi pendidikan, negara dan tempoh masa, berdasarkan kajian peringkat degree sehingga ke peringkat higher-doctorates.

Bagimanapun menurut Pak Cik Wiki (2011b) lagi, istilah ‘falsafah’ tidak merujuk sematamata untuk bidang falsafah moden, tapi digunakan dalam erti yang lebih luas sesuai dengan makna aslinya Yunani, yang adalah cinta kebijaksanaan“. Sebahagian besar Eropah, dalam semua bidang selain teologi, undang-undang dan perubatan secara tradisional dikenali sebagai falsafah.

Kesimpulannya, PhD adalah gelaran yang diberikan kepada seseorang yang berjaya menyiapkan kajian ilmiahnya oleh pihak universiti terbabit.

Secara faktanya, tesis dan PhD telah dijelaskan sebagaimana yang dibincangkan sebelum ini. Walau bagaimanapun, secara spiritual dan secara mudahnya tesis dan PhD yang dialami oleh ramai calon-calon PhD sama ada yang sedang ataupun telah mengalaminya adalah sebagaimana gambar rajah di bawah.


You + Thesis = =(

But don’t worry, another pictures can help you.

Must always remember about your research.
You can do anything but don’t forget write your thesis


Insya Allah, your thesis will be done


You can do it because you have Allah

Bibliografi

Muhammad Syukri Salleh. (2010, Januari). “Anugerah Tesis Terbaik Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin” dlm. Buletin Yayasan Nurul Yaqeen, Bil.1, hlm. 16.

Pak Cik Wiki (2011a). “Thesis” dlm. Wikipedia. Dilayari daripada http://en.wikipedia.org/wiki/Thesis pada 15 Jun 2011.

Pak Cik Wiki. (2011b). “Doctor of Philosophy” dlm. Wikipedia. Dilayari daripada http://en.wikipedia.org/wiki/PhD pada 15 Jun 2011.

Pak Cik Wiki. (2011c). “Higher Doctorate” dlm. Wikipedia. Dilayari daripada http://en.wikipedia.org/wiki/Higher_doctorate#Higher_doctorates pada 15 Jun 2011.

 

Anugerah Tesis Terbaik 2010

SARJANA ISLAM PERLU KAJI MODEL POLITIK MALAYSIA 

Muhyiddin mengucapkan tahniah kepada Munif dan Radieah pada
Majlis Anugerah Tesis Terbaik Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kuala Lumpur, malam tadi.
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan golongan sarjana politik Islam mengemukakan model terbaik negara Islam yang bukan saja demokratik, tetapi stabil dan makmur.
Timbalan Perdana Menteri berkata, bagi mencapai matlamat itu, disiplin ilmu politik dan kenegaraan Islam yang dinamik dan fleksibel perlu dimantapkan.”Sudah sampai masanya sarjana Islam dalam pelbagai disiplin ilmu di universiti tempatan mengadakan usaha bersama untuk mengkaji secara mendalam model politik Malaysia sebagai negara Islam yang majmuk, makmur dan stabil. ”Melaluinya, formula bagi menjawab pelbagai persoalan yang timbul akan ditemui dan tentunya menjadi faktor kritikal segala pencapaian kita sebagai negara Islam yang majmuk dan demokratik dan formula inilah yang perlu kita pertahankan,” katanya pada majlis Anugerah Tesis Terbaik Tan Sri Muhyiddin Yassin 2010 di sini, malam tadi.Majlis berkenaan anjuran Yayasan Nurul Yaqeen dengan kerjasama Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) Universiti Sains Malaysia (USM).

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran adalah pengerusi yayasan itu. Turut hadir, isteri Muhyiddin, Puan Sri Norainee Abdul Rahman; Yang Dipertua Dewan Negara merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah yayasan, Tan Sri Abu Zahar Ujang; Pengarah Yayasan Nurul Yaqeen, Nor Zanah Jamari; Pengarah ISDEV, Prof Dr Muhammad Syukri Salleh dan Pemangku Naib Canselor USM, Prof Ahmad Shukri Mustapha Kamal.

Majlis pengiktirafan dan penganugerahan tesis terbaik dalam bidang keilmuan Islam yang bersifat rentas disiplin ini bermula pada 2009 dan dibahagikan kepada dua kategori, iaitu Anugerah Tesis Doktor Falsafah Terbaik dan Anugerah Tesis Sarjana Terbaik. Penyertaannya membabitkan penuntut tempatan sama ada di institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara.

Anugerah Tesis Doktor Falsafah Terbaik tahun ini dimenangi Dr Munif Zarirruddin Fikri Nordin menerusi tesis bertajuk ‘Bahasa Kepimpinan Rasulullah S A W: Analisa Wacana Khutbah Ghazawat Al-Rasul’. Pensyarah Universiti Malaya itu menerima pingat emas, wang tunai, trofi serta sijil penyertaan yang keseluruhan bernilai RM15,000.

Pemenang Anugerah Tesis Sarjana Terbaik ialah Radieah Mohd Nor dari USM yang memperoleh hadiah bernilai RM10,000 melalui tesisnya, ‘Prinsip-Prinsip Pembangunan Berteraskan Islam Dalam Mukadimah Ibn Khaldun’.

Rujukan : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SarjanaIslamperlukajimodelpolitikMalaysia/Article

* * * * *

Setelah setahun Nina memerliku… alhamdulillah telah jadi kenyataan. Terima kasih pada Kak Nadiah untuk doa anda setahun yang lalu.

 
Leave a comment

Posted by on February 22, 2011 in Penyelidikan

 

Melanjutkan Pembelajaran di ISDEV

Assalamu’alaikum w.b.t

Doa saya semoga semua sihat sentiasa. Semoga rahmat Allah sentiasa mengiringi perjalanan hidup kita.Entry pada kali ini khas saya tujukan buat Junior SK (kalau dipanggil dengan nama kan lagi baik) dan sesiapa yang mahu menyambung pembelajarannya di ISDEV.

Namun begitu, harus diingat bahawa ISDEV bukanlah satu pusat pengajian tetapi ia adalah satu pusat kajian yang terletak di bawah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan. Alhamdulillah, pengajian saya di peringkat master telah pun tamat. Terlalu cepat masa berlalu. Tidak sedar pun yang ia telah sampai ke penghujungnya.

Mengenai Sarjana Sains Kemasyarakatan (Pengurusan Pembangunan Islam), ia merupakan kursus yang ditawarkan dalam mod campuran (mixed mode). Walaupun ia mod campur tetapi harus diingat bahawa kursus yang ditawarkan ini lebih berat ke arah penyelidikan memandangkan ia bernilai 70% untuk disertasi (tesis pendek) dan 30% kuliah.

Terdapat empat kursus major yang ditawarkan. Empat kursus major tersebut ialah Pembangunan Berteraskan Islam, Pengurusan Institusi Pembangunan Islam, Pengurusan Pembangunan Aset Islam dan Ekonomi Politik Islam. Setiap kursus tersebut terdapat dua mata pelajaran teras sepunya yang wajib diambil oleh semua pelajar dan dua mata pelajaran untuk setiap kursus major yang ditawarkan. Ini bermakna setiap pelajar yang berdaftar perlu mengikuti empat mata pelajaran dan menyiapkan disertasi dalam tempoh pengajian tersebut. Tempoh pengajian adalah selama tiga semester.

Sesi pembelajaran dijalankan menggunakan Bahasa Melayu. Namun begitu, Bahasa Inggeris turut digunakan sekiranya kelas atau kuliah tersebut dihadiri oleh pelajar atau individu yang tidak memahami Bahasa Melayu. Keadaan ini berlaku biasanya apabila terdapat program yang dihadiri oleh post-doctoral fellow, pelajar PhD atau sarjana dari luar negara. Program yang dimaksudkan di sini adalah seperti program pengajian agama yang diadakan setiap hari Selasa dan supervision bulanan ISDEV. Wacana ilmu merupakan satu program yang menjadi kemestian di ISDEV bagi meransang pelajar-palajarnya memikirkan sesuatu yang bersifat ‘out of the box’ tetapi masih di dalam kerangka yang dibenarkan oleh syariat. Tetapi jangan bimbang. Kebanyakannya dalam Bahasa Melayu.

Program sebegini merupakan program yang wajib diikuti oleh setiap pelajar ISDEV. Ia bertujuan untuk memudahkan penyelidikan setiap pelajar berjalan dengan lebih lancar. Secara tidak langsung program sebegini telah merapatkan hubungan silaturrahim setiap warga ISDEV. Hubungan yang terjalan dapat saya katakan telah melampaui sempadan antara seorang pensyarah dengan pelajar. Sebaliknya pensyarah di ISDEV boleh berperanan sebagai seorang bapa, ibu, kakak, abang, rakan, dan teman untuk bergurau mahupun untuk meluahkan segala kekusutan.

Di ISDEV, saya tidak dididik untuk hanya mempertajamkan akal fikiran saya. Sebaliknya lebih kepada menajamkan mata hati saya. Supaya saya lebih mengerti perkara yang bersifat makrifat berbanding yang tersurat. Berkenaan dengan makrifat dan tersurat ini, boleh baca dalam entry saya yang lepas yang bertajuk Antara Yang Tersurat dan Makrifat ataupun lebih dikenali dengan pembelajaran dari hati ke hati oleh Prof Muhammad Syukri Salleh yang merupakan salah seorang pensyarah ISDEV.

Untuk pengetahuan semua. Di sini saya diajar untuk menulis… menulis untuk menyusuli langkah ulama terdahulu yang juga mengarang banyak kitab. Saya tidak sekadar diajar untuk menulis disertasi, kertas-kertas kerja atau bahan akademik yang lain tetapi juga diajar dan dididik untuk menghasilkan bahan dakwah yang lain bermula dari menghasilkan blog, menulis artikel-artikel di majalah, akhbar dan lain-lain bahan bacaan. (Namun sehingga sekarang saya masih belum menghasilkan sebarang artikel untuk diterbitkan di mana-mana majalah dan akhbar…. Amaran. jangan tiru adegan ini !!!)

Secara ringkasnya berkenaan dengan Sarjana Pengurusan Pembangunan Islam ini boleh diakses di dalam laman web ISDEV. Selain itu anda juga boleh membaca entry yang ditulis oleh Dr. Fadzila Azni Ahmad berkenaan program tersebut.

Semoga perkongsian ini memberi gambaran serba ringkas berkenaan dengan kursus yang ditawarkan di bawah Sarjana Pengurusan Pembangunan Islam.
Semoga peroleh manfaat.

Wassalam.
Radieah Mohd Nor.

 
Leave a comment

Posted by on January 19, 2010 in Penyelidikan

 

Anugerah Tesis Terbaik


“… yang dapat anugerah kat Kuala Lumpur hari tu sape? …Fadilah? Emak memulakan bicara. Ada tawa kecil bila emak menyebut nama tersebut. Maklum sajalah, nama tersebut sama dengan nama anak kedua bongsunya.
“Fadzila Azni.. pensyarah Adiah tu”.
“..yang tua tu siapa?”
“.. yang tua.. Prof Syukri. Dialah yang ajar Adiah tulis tesis”.
“Mak tahu dari mana?”. Tanya saya kehairanan. Maklum sajalah, ayah dan emak jarang sekali membeli akhbar. Setahu saya berita tentangnya hanya keluar di akhbar Utusan dan NST.
“Dalam berita TV3 ada.. TV1 pun ada”.
“Laa.. ye ke.. Adiah tengok tak ada pun. Tak sempat nak tengok semua sebab semua dah ada kat bas nak pergi makan malam tu”.
“Awak pun keluar berita. Duduk kat meja makan”.
“Ala.. ruginya tak dapat tengok. Nina, awak tengok ke?” Tanya saya kepada adik saya yang bongsu.
“Tak.. ada kat dalam bilik. Alah pelakon tambahan je pun nak kecoh.. ada dua saat keluar TV”. Jawab adik saya bersahaja.
“Eleh.. dia dengki.. pelakon tambahan pun masuk TV juga…”
Apapun tahniah saya ucapkan kepada Kak Sue (Dr. Fadzila Azni Ahmad) juga merupakan pensyarah saya kerana telah memperoleh Anugerah Tesis Terbaik Y.A.B Tan Sri Dato’ Muhiddin Bin Haji Mohd. Yasin 2009.

Anugerah tersebut telah disampaikan sendiri oleh Tan Sri di Prince Hotel & Residence Kuala Lumpur pada 23 November 2009. Anugerah ini dikendalikan oleh Yayasan Nurul Yaqeen dan Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), USM. Penyertaan anugerah ini telah disertai oleh seluruh universiti yang terdapat di Malaysia.

Untuk pengetahuan semua, Kak Sue telah dianugerahkan wang tunai sebanyak RM 5,000 dan medal emas bernilai RM10,000.

 
2 Comments

Posted by on November 25, 2009 in Penyelidikan

 

Pengurusan Kemiskinan Secara Islam

Kemiskinan menjadi agenda utama yang diberi penekanan oleh seluruh negara di dunia. Hal ini terbukti apabila wujudnya kategori-kategori negara yang dibahagikan mengikut pendapatan sesebuah negara. Negara-negara tersebut diklasifikasikan kepada Negara Maju, Negara Sedang Membangun dan Negara Mundur. Bagi Negara Mundur, mereka berusaha untuk mengeluarkan negara mereka menuju ke arah Negara Sedang Membangun. Bagi Negara Sedang Membangun pula, mereka berusaha menjadikan negara mereka Negara Maju. Negara Maju pula, mereka berusaha untuk mengembangkan negara mereka lebih maju daripada masa sekarang. Namun begitu, agenda ini seolah-olah tidak pernah ada penghujungnya. Kemiskinan tetap berlaku di mana-mana negara. Malah jurang di antara individu yang kaya dan individu yang miskin semakin luas.

Keadaan ini berlainan sekali berlaku di zaman Rasulullah s.a.w. Hal ini kerana pada zaman Rasulullah s.a.w, tidak terdapat fakta menyatakan bahawa baginda membasmi kemiskinan yang berlaku di zaman tersebut. Begitu juga di zaman pemerintahan Khalifah Al-Rasyidin. Pada kedua-dua zaman tersebut golongan yang kaya akan sentiasa membantu golongan yang miskin. Antara individu miskin yang terdapat pada zaman Rasulullah s.a.w ialah Abu Hurairah r.a dan Bilal bin Rabah r.a . Individu yang kaya di zaman Rasulullah s.a.w pula Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan Abdul Rahman bin Auf .

Pengurusan kemiskinan yang dilakukan pada masa ini dengan zaman Rasulullah s.a.w sangat berbeza kerana pada zaman ini kemiskinan dianggap suatu perkara yang harus dibasmi sedangkan pada zaman Rasulullah s.a.w perkara tersebut tidak dilakukan. Perkara sebegini menarik minat penyelidik* untuk mengkaji lebih mendalam tentang kaedah-kaedah yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w untuk mengurus golongan miskin di zaman baginda.

Kemiskinan seringkali dianggap suatu perkara yang buruk. Kemunduran pula seringkali dikaitkan dengannya. Ia seolah-olah tidak langsung terselit kebaikan di dalamnya. Berlainan pula dengan kekayaan. Kekayaan seringkali digandingkan dengan pembangunan dan kemajuan.

Namun begitu, keadaan ini tidak dianggap oleh Rasulullah s.a.w dengan pengertian yang sedemikian rupa. Sebaliknya Rasulullah s.a.w mencampur adukkan golongan miskin dan kaya di dalam sebuah masyarakat. Walaupun ia kelihatan janggal pada masa ini, masyarakat Madinah pada ketika itu diketuai oleh Rasulullah s.a.w merupakan masyarakat yang harus dijadikan model ikutan sepanjang zaman.

Kejanggalan itu berlaku kerana keunikannya. Salah satu keunikan yang dimiliki oleh masyarakat Madinah pada ketika itu adalah terletak di dalam sistem mengurus kemiskinan yang digunapakai oleh Rasulullah s.a.w . Keharmonian yang terbina di antara individu yang miskin dan individu yang kaya menggambarkan bahawa kemiskinan yang berlaku bukanlah suatu perkara yang disifatkan sebagai kemunduran sepertimana yang disifatkan pada masa ini.

Oleh itu, bagi mewujudkan kembali keharmonian dan kesepaduan yang wujud di antara golongan yang miskin dan golongan yang kaya, terminologi kemiskinan harus dikaji semula mengikut definisi yang didefinisikan oleh al-Quran dan hadith Rasulullah s.a.w. Selain itu, sistem mengurus kemiskinan yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w juga harus dikaji bagi mengembalikan semula keharmonian yang dirasai pada ketika itu.

* Enty ini merupakan sebahagian daripada proposal saya.

 
Leave a comment

Posted by on November 10, 2009 in Penyelidikan