RSS

Category Archives: Permata Hati

Ka’abah dari sisi Aiman

Aiman Atif

‎”Aiman simpan duit nak buat apa?” tanya Ummi.
“Aiman nak pergi Ka’abah” Jawab Aiman bersungguh.

*****
“Train Ummi.. train”. Aiman minta Ummi pasangkan set keretapinya.
“Nak buat apa pasang. Ummi ada kerjalah. Kejap lagi boleh”. Jawab Ummi.
“Aiman nak pergi Ka’abah”. Kata Aiman.
“Nak pergi Ka’abah dengan train?” tanya Ummi.
“Pergi Ka’abah dengan train”. Jawab Aiman.
“Boleh ke pergi Ka’abah dengan train?”. Tanya Ummi.
“Boleeeeeeeeh”. Jawab Aiman bersungguh.

Advertisements
 
 

Tags:

Aiman Atif

Aiman

Aiman

Hari ini genap usia Aiman dua tahun. Syukur Alhamdulillah.

Tetapi di sebalik syukur itu, rasa bimbang semakin bertambah.

Bimbang…

Tarbiyyah seorang ibu untuk anaknya seusia dua tahun.. Sudah tentu belum cukup dan sudah tentu tidak sempurna.

Semoga Aiman mampu mengharungi kehidupan dunia dengan rahmat-Nya.

Apapun,

اللهم فقهه فى الدين وعلمه التأويل
Maksudnya: “Ya Allah, ajarkanlah dia ini dalam urusan agama. Dan ajarkanlah dia Takwil.”
(Dalam notakaki no 2: Hadith riwayat al-Bukhari. Sila lihat “Fath al-Bari” ms. 169, jld. 1) – Doa Rasulullah SAW kepada Abdullah ibn Abbas.

 
Leave a comment

Posted by on February 4, 2013 in Permata Hati

 

Tags: ,

Tumbesaran Bertentangan dengan Tarbiyyah

Tumbesaran perlu seiring tarbiyyah

Tumbesaran perlu seiring tarbiyyah

Ramai ibu bapa akan berbangga sekiranya memiliki anak-anak. Semakin membesar mereka, ibu bapa semakin gembira. Melihat anak mereka mula pandai berjalan, pandai berkata-kata.

“Besar dah anak ummi ni”. Biasanya perkataan itu akan selalu keluar daripada mulut ibu bapa melihat anak-anak mereka yang semakin membesar dan pandai malakukan itu dan ini.

Ya.. benar. Anak yang kecil akan membesar. Itu kerja Allah. Allah telah takdirkan untuk anak-anak tersebut membesar dengan sempurna. Alhamdulillah..

Masalahnya sekarang, tumbesaran anak-anak tersebut tidak seiring dengan tarbiyyah yang seharusnya anak-anak tersebut peroleh. Tidak dapat dinafikan ada ibu bapa yang memberi tarbiyyah sedari kecil kepada anak mereka.Namun, tarbiyyah yang diberikan tidak seimbang antara dunia dan akhirat.

Jadi, selaku orang dewasa, sama ada yang belum berkahwin, yang telah berkahwim, yang telah memiliki anak atau yang telah memiliki anak-anak yang telah pun memiliki anak, kita perlu sentiasa muhasabah. Perlu sentiasa kita ingat bahawa setiap kali kita melihat anak-anak itu membesar atau kita mengatakan “dah besar dah anak ummi ni”, kita perlu tanya pada diri kita, adakah tumbesaran yang sempurna telah Allah anugerahkan seiring dengan tarbiyyah yang kita berikan?

 
Aside
Komputer kita boleh kita selalu upgrade. Tetapi pendidikan anak-anak kita selalu terlupa upgrade.rade.

Komputer kita boleh kita selalu upgrade. Tetapi pendidikan anak-anak kita selalu terlupa upgrade.

Renew, update, upgrade and whatever word yang seangkatan dengannya, selaku individu yang berstatus ibu atau bapa, anda perlu melakukannya untuk kebaikan dan kesejahteraan anak anda. Adalah amat memelikkan apabila teknologi yang kita miliki seperti komputer, I-Pad, laptop, telefon dan sebagainya mampu kita upgrade supaya ia mengikut peredaran zaman tetapi untuk anak-anak, kita gagal melakukannya. Selalunya yang kita upgrade atau update, pakaian, makan minum dan permainan mereka. Tetapi dari sudut pentarbiyyahan atau pendidikan kita gagal untuk berbuat demikian.

Masa yang sangat pantas bergerak ditambah pula dengan dunia teknologi yang sangat pantas berkembang tidak lagi mengizinkan ibu bapa hanya mendidik anak mereka dengan cara mereka berdasarkan zaman mereka. Bahkan hal ini telah diingatkan oleh Saidina Ali;

“Didiklah anak-anak kamu mengikut zaman mereka dan bukan zaman kamu dilahirkan”.

Contoh paling mudah, ibu bapa akan dikatakan ketinggalan zaman sekiranya masih mendidik anak mereka membaca dengan memperkenalkan huruf. Pada masa ini sukatan pelajaran peringkat sekolah telah berubah daripada memperkenalkan huruf kepada memperkenalkan bunyi huruf. Huruf yang saya maksudkan di sini adalah termasuk huruf hijaiyah / jawi (ا, ب,ت) atau rumi (A, B, C). Ia dinamakan Kaedah Fonik/ Fonetik bagi bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Bagi huruf hijaiyah, huruf tersebut terus diperkenalkan dengan baris tanpa memperkenalkan huruf-hurufnya. Ini bermakna anak-anak terus dapat membaca berdasarkan bunyi huruf bukan lagi perlu mengeja.

Berdasarkan penelitian saya telah terdapat kaedah terbaru dengan mengabungkan kaedah membaca berdasarkan mengeja dengan kaedah foneik (klik sini). Jadi, sekiranya ibu bapa masih menggunakan kaedah lama mengajar anak mereka membaca, ia bukan sahaja membazir masa dan tenaga anda tetapi ia juga akan merugikan anak anda.

Oleh itu, upgrade selalu pengetahuan anda tentang dunia anak-anak anda. Perlu kita ingat dunia mereka akan lebih mencabar daripada dunia yang kita lalui sekarang. Jadi persediaan yang anda lakukan terhadap mereka juga seharusnya perlu jauh terkehadapan berbanding kita.

 

Jadi tidak hairanlah ramai ibu bapa yang berusaha memberi pendidikan terbaik kepada anak-anak mereka bukan sahaja di rumah tetapi setelah mereka mula bersekolah sebagaimana Ust Hasrizal;

Jika kita perlukan satu sebab Duniawi untuk menjadi kaya, jadikanlah pendidikan anak-anak sebagai salah satu daripadanya. Saya mulakan kerjaya di Malaysia dengan gaji RM800 sebulan semasa sudah ‘beranak dua’ dan bekerja keras agar menjelang usia mereka 7 tahun, mereka tidak saya serahkan kepada pendidikan percuma yang diformulakan oleh sebuah pemerintahan IGNOCRACY. Kerajaan yang mahu mengekalkan kelumpuhan berfikir rakyat (IGNORANCE). Pendidikan anak-anak adalah JIHAD. Duit adalah senjata kasar, di samping AZAM sebagai senjata halus.

Abi Perlu Update, Ummi Perlu Upgrade

 

Makanan Halal

Pertama kali makan ais krim

Pertama kali makan ais krim

Melemahkan orang Islam melalui makanan..

Orang Kafir sekarang mempelajarinya dari Gengis Khan, Raja Mongol, seorang penakluk Agung dunia dari Timur ke Barat. Kemudian diperluaskan oleh cucunya Hulagu Khan yang menakluk

kota Islam Baghdad dan kota-kota di sekitarnya.

“Apabila kamu hendak menakluk negara Islam, perdayakan terutama alim ulamanya supaya memakan yang tidak halal tanpa mereka sedari. Selepas itu kamu pergilah menakluk negaranya kerana apa pun terjadi, jika berdoa, doa mereka tidak akan dimakbulkan oleh tuhan alam ini”

Tercatat dalam sejarah Islam, Hulagu Khan telah berpura-pura ingin masuk Islam dan meminta dihantar 100 ulama yang paling hebat di kota Baghdad. Khalifah pada masa itu menghantarnya dan kemudian mereka disambut dengan baik serta diberikan makanan yang dicampurkan dengan

babi. Selepas mereka selesai makan, mereka ketawa terbahak-bahak akan kejayaan mereka dan seterusnya membunuh alim ulama tersebut. Kemudian barulah mereka menyerang kota Baghdad dan runtuhlah Baghdad yang megah itu dalam masa yang sekejap sahaja.

**Pengajarannya : Jangan ambil sambil lewa akan halal haram yang masuk ke perut kita dan anak-anak kita.

Copy paste from Islamic Parenting Network

Sungguh, perkara sebeginilah yang amat membimbangkan saya. Kebimbangan ini telah bermula sejak saya berada di Malaysia. Malah kini bila berada di Australia, perasaan tersebut semakin menjadi-jadi.

Ya, Allah. Engkau peliharalah diriku, keluargaku dan zuriat keturunanku daripada terlibat dengan perkara haram tersebut.

 

Mencipta Suasana

Pastikan anakmu soleh!!!

Saya tidak mahu mengulas panjang tentang video di atas. Anda sendiri yang bakal mencorak cara fikir, gaya hidup, matlamat hidup anak anda.Susana dunia yang hari ini amat mencabar buat kita dan juga generasi akan datang. Apapun adakah kita yang mencipta suasana atau suasana yang mempengaruhi kita?

Sebagai seorang mukmin seharusnya kita yang mencipta suasana, mencoraknya dengan meletakkan setiap pandangan Allah adalah pandangan utama. Sebaliknya jangan sekali-kali kita terpengaruh dengan suasana yang meletakkan nafsu di hadapan setiap pertimbangan kita.

Prof. Dr. Muhaya Mohammad “Didik anakmu ucap kalimah lailahailallah dan menjadi ahli syurga” – klik sini untuk dengar kupasan tentangnya.

Cipta suasana untuk mendidik kita dan orang sekeliling kita terutama anak-anakmu mengenal Allah dan menyayangi-Nya. Begitu juga dengan Rasulullah s.a.w. Cipta juga suasana supaya kita semua perihatin dan sayang terhadap saudara-saudara Islam kita terutama saudara mara kita yang berada di Palestin. Cipta juga suasana yang membolehkan kita dan orang sekeliling kita peka terhadap agenda musuh kita.

Sukar untuk mencipta suasana tetapi penting untuk menciptanya. Jangan biarkan anakmu lebih mengenali kartun Ultraman, Batman, Superman dan lain-lain sehingga si kecil ini mengatakan watak kartun tersebut lebih berkuasa daripada Allah.

Ummi tak bagi Aiman tengok TV sebab Ummi sayang Aiman

Saya pernah menontonya di Youtube. Apabila seorang guru prasekolah bertanya kepada anak muridnya yang sedang leka menyelak buku Ultramannya sambil menceritakan kehebatan Ultraman kepada rakan-rakannya yang lain. Si guru bertanya “Amin (bukan nama sebenar) antara Ultraman dan Allah mana lagi kuat?” Dengan pantas dan bersemangat Si Anak Kecil itu menjawab “Ultraman”. Puas guru tersebut merangkan bahawa Allah lebih kuat tetapi Si Anak Kecil itu tetap menjawab bahawa Ultraman lebih kuat.

Anda yang cipta suasana untuk anak anda. Jadi tidak perlulah hairan sekiranya anak anda menyatakan Ultraman itu lebih berkuasa daripada Allah. Anda yang mendidiknya. Usahlah terkejut!!!

Saya hanya memberi contoh yang memang benar-benar berlaku apabila kita tidak mampu mencipta dan peka dengan suasana. Ciptalah suasana untuk Islam itu sentiasa dalam hati, pertuturan dan tindak tanduk kita. Kita juga perlu dan mesti peka juga dengan suasana yang dicipta oleh musuh kita.

 

Ummi Kata Jangan


“Aiman, jangan main penyapu tu. Kotor”.
Aiman main juga sambil tersengeh menampakkan gusinya yang baru dua batang gigi tumbuh.

“Aiman jangan masuk bilik air. Tak boleh masuk. Kalau Ummi tak ada jangan masuk. Bahaya. Licin. Nanti jatuh”.
Tanpa mempedulikan apa yang Ummi kata, Aiman terus merangkak masuk ke dalam bilik air. Bahkan semakin laju Aiman merangkak apabila melihat Ummi berlari mendapatkan Aiman. Emm.. terlupa nak tutup bilik air.

Hakikatnya apa yang Ummi buat pada Aiman, perkara itulah juga perkara yang Allah buat pada hamba-Nya. Tetapi yang Allah kata jangan yang itulah selalu hamba-Nya buat.

Ummi selalu kata jangan pada Aiman, sebab Ummi sayang sangat pada Aiman. Tetapi walau sedalam manapun sayang Ummi pada Aiman, sayang Allah pada hamba-Nya mengatasi kasih sayang seluruh makhluk-Nya. Sebab tu Allah pun ada kata jangan kepada hamba-Nya sebagaimana Ummi kata jangan kepada Aiman.

Sebongkah kayu: hadiah ummi buat Aiman