RSS

Category Archives: Politik dan Dakwah

Kempen di Muka Buku

Jangan lupa mengundi!

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on April 24, 2012 in Politik dan Dakwah

 

Wavin’ Flag

When I get older I will be stronger
They’ll call me freedom, just like a wavin’ flag

When I get older, I will be stronger
They’ll call me freedom just like a wavin’ flag
And then it goes back, and then it goes back
And then it goes back, oh

Born to a throne, stronger than Rome
A violent prone, poor people zone
But it’s my home, all I have known
Where I got grown, streets we would roam

Out of the darkness, I came the farthest
Among the hardest survival
Learn from these streets, it can be bleak
Accept no defeat, surrender, retreat

So we struggling, fighting to eat
And we wondering when we’ll be free
So we patiently wait for that fateful day
It’s not far away, but for now we say

When I get older I will be stronger
They’ll call me freedom just like a wavin’ flag
And then it goes back, and then it goes back
And then it goes back, oh

So many wars, settling scores
Bringing us promises, leaving us poor
I heard them say ‘love is the way’
‘Love is the answer,’ that’s what they say

But look how they treat us, make us believers
We fight their battles, then they deceive us
Try to control us, they couldn’t hold us
‘Cause we just move forward like Buffalo Soldiers

But we struggling, fighting to eat
And we wondering, when we’ll be free
So we patiently wait for that faithful day
It’s not far away but for now we say

When I get older I will be stronger
They’ll call me freedom just like a wavin’ flag
And then it goes back, and then it goes back
And then it goes back, and then is goes

When I get older I will be stronger
They’ll call me freedom just like a wavin’ flag
And then it goes back, and then it goes back
And then it goes back, and then it goes
And then it goes

And everybody will be singing it
And you and I will be singing it
And we all will be singing it

When I get older I will be stronger
They’ll call me freedom just like a wavin’ flag
And then it goes back, and then it goes back
And then it goes back, and then it goes

When I get older I will be stronger
They’ll call me freedom just like a wavin’ flag
And then it goes back, and then it goes back
And then it goes back, oh

When I get older, when I get older
I will be stronger just like a wavin’ flag
Just like a wavin’ flag, just like a wavin’ flag
Flag, flag, just like a wavin’ flag

.

 

Bagaimana Pemimpin Begitu Jugalah Rakyatnya

Ahli sejarah banyak mengisahkan, semasa zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz negara Islam dan juga negara-negara yang berjiran dengannya dilimpahi keberkatan berkad keadilan yang telah dilakukan oleh khalifah tersebut (Kitab Bidaya wa Nihaya, Ibn Kathir). Telah diriwayatkan juga warganegra Islam pada ketika itu tidak dapat mengeluarkan zakat untuk serahkan kepada asnaf fakir dan miskin kerana tidak diketahui siapa yang berhak menerimanya kerana semua mereka berada dalam keadaan tidak memerlukan zakat (Kitab Sirah Umar Abdul Aziz, Ibn Abd Hakam).

Khalifah Umar bin Abdul Aziz mampu memberi warna baru kepada manusia dengan membimbing mereka dengan tarbiyyah yang bermula dengan dirinya sendiri. Padahal semasa pemerintahan Khalifah al-Walid bin Abdul Malek, rakyatnya didapati jika bertemu mereka akan saling bertanya tentang hal hartanah dan kilang-kilang kerana al-Walid juga mengemari akan hal tersebut. Begitu juga dengan khalifah sesudah al-Walid iaitu Sulaiman bin Abd Malek yang mengemari biduanda-biduanda dan makanan-makanan. Rakyat pada ketika itu juga didapati apabila bertemu seringkali membicarakan tentang biduanda-biduanda dan makanan-makanan.

Tetapi aneh sekali apabila Khalifah Umar bin Abdul Aziz menjawad jawatan khlifah. Rakyat yang sama tidak lagi membicarakan tentang hartanah, kilang-kilang, wanita-wanita atau makanan-makanan. Sebaliknya apabila bertemu, rakyatnya akan sering bertanya “Apakah yang sudah kamu baca malan tadi? Sudah berapa juzuk al-Quran kamu hafal? Bulan ini berapa hari telah kamu berpuasa? (Kitab al-Khalifah al-Zuhud Umar bin Abd Aziz, Sayyid al-Ahli).

Sungguh, Khalifah Umar bin Abdul Aziz berjaya merubah rakyatnya sebagaimana perkara yang telah dilakukan bermula dengan dirinya. Sebagaimana pemimpin begitu jugalah rakyatnya.

Kita bagaimana? Perkara apa yang sering kita bualkan apabila bertemu? Jangan salahkan pemimpin sekiranya didapati perkara yang kita bualkan tidak membawa manfaat untuk kita bertemu dengan-Nya. Sebaliknya contohu Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Berubahlah. Mulakan dengan dirimu dahulu.

 

Rindu Pada Naqibah

Bulatan Gumbira kami di bumi sonata. Bulatan Gumbira Anda pula bagaimana? cepat2 carik bulatan gumbira anda, or u’re gonna miss all the fun ^^

Usrah anda bagaimana? Saya rindukan naqibah saya.

 
2 Comments

Posted by on January 10, 2012 in Politik dan Dakwah

 

Publisiti Bila Bertudung

Mungkin saya antara salah satu orang yang paling gembira dengan perubahan ketara secara fizikal ini oleh Kak Abby Fana yang amat saya kasihi. Kenapa? Kerana Kak Abby dari mula saya kenali adalah wanita yang cukup baik, a VERY…VERY nice person indeed…Kak Abby seorang ibu tunggal yang amat tabah… seawal kami di studio kerana bersiaran jam 5 pagi..Kak Abby adalah antara orang yang tidak pernah meninggalkan solat subuhnya….maka terdetik dalam hati kecil saya…saya yakin Kak Abby satu hari nanti akan berhijab… Secara senyap saya sering mendoakannya…. Dan percayalah antara doa yang makbul adalah doa rakan-rakan, tatkala mereka tidak tahu kita mendoakannya…

SMS KAk Abby pada saya : TQ dear for your compliment..I ‘change’ for Him, The Al Mighty.

Bergenang air mata saya. Hajjah Abby Fana..sekembali dari Mekkah, keberkatan dan hidayah Allah mengiringinya. Indahnya!Kenapa perlu KECOH orang bertudung ada yang bertanya? Teringat sewaktu menghadiri satu preview documentary mengenai Hijab tempoh hari…ada pihak yang kurang senang apabila publisiti diberikan pada wanita-wanita berhijab! Katanya di Malaysia ini, wanita behijab diberi publisiti meluas dan dipuji-dipuji. Mereka lah yang baik, yang digemari dan sebagainya! Ada yang tidak puas hati nampaknya…Jawab saya… Tahukah anda perkara ini BARU berlaku.. tidak lama dulu nak jadi cover majalah? Jangan harap! Nak baca berita? Buka tudung dulu! Pengacara? Hmmpphh tak pernah dengar pun! Malah waktu saya mula berhijab dulu ada cover majalah yang memotong gambar saya (setelah selesai photoshoot) kerana mengatakan bahawa pihak editor mereka tidak mahu wanita berhijab sebagai peghias kulit muka depan.Siapa yang didiskriminasi sebenarnya?

Jadi sudah pasti, apabila senario sekarang sudah berubah…saya selaku wanita berhijab, gembira dengan peluang yang diberikan oleh media ini! Apakah yang mereka mahukan? Media mengutuk, merendahkan dan mendiskriminasikan mereka yang berhijab? Salahkah memuji mereka cantik, manis, ayu dan kelihatan sopan? Memang mereka cantik, ayu dan sopan dengan hijab di kepala. Apakah yang hanya layak dipuji cuma wanita yang sexy, terbuka, terdedah, yang ala J.Lo pakaiannya? Maaf ya, kayu ukur kecantikan BUKAN lagi Hollywood…Bakat kini tidak lagi diukur dengan pendeknya skirt anda.. malah wanita berhijab lebih perlu menonjolkan bakat mereka….kerana apa yang ada, apa yang dilihat cumalah muka dan telapak tangan… kami memaksa anda menilai kami dengan “kemahiran” kami…our talents..our mind and what we have INSIDE us….not judging us by our looks, body and clothes. Well, that’s the general idea, at least.

Jawab saya…memang wanita yang berhijab memberikan satu ‘statement’ pada semua bahawa “saya sedang berusaha menjadi lebih baik, dan ingin saya zahirkan perubahan ni dengan pakaian saya” Memang! Tepat sekali! Tak perlu dipersoalkan..wanita yang berhijab, yang baru memakai hijab terutamanya adalah mereka yang sedang ‘berubah’… they want to become better..a better person, a better Muslimah… very clear…. namun dalam masa yang sama, tidak pula harus didiskriminasi mereka yang tidak memakainya…that has to be clear too. Ianya pilihan individu..hormatilah mereka yang berhijab dan doakanlah mereka yang belum akan nampak kecantikan dan ‘nilai’ sebenar hijab yang sebenarnya mengangkat martabat seorang wanita. Bukankan semua yang’ indah’ dan ‘mahal’ di dalam dunia ini ditutup dan dipelihara? Seperti emas dan intan permata. Seperti mutiara di dalam lautan.

Jawab saya…Wanita yang tidak bertudung? Sudah CUKUP publisiti diberikan pada mereka..lihat sahaja longgokkan majalah, berita dan pendedahan di media mengenai wanita yang tidak berhijab dan sexy! Mereka dijulang, dipuji, diberi ruang dan perhatian setiap ketika.. mereka juga sangat popular! Malah bukan media Malaysia sahaja yang membantu mereka, tapi iannya fenomena diseluruh dunia! They DONT NEED HELP, nor do they need anymore publicity.. Jadi apabila dipebesarkan mereka yang berhijab… berikanlah ruang yang sewajarnya…. kenapalah perlu ‘sakit hati’? Jika ditanya saya, memang ‘sakit’ hati orang itu… cemburu melihat kebaikan atau orang yang ‘lain’ darinya…. Terimalah perbezaan manusia dengan hati yang lapang. Hormatilah orang lain, walau caranya mungkin berbeza dengan kepercayaan kita. Allah, dunia ini sementara sahaja.

Dugaan orang yang ingin berubah adalah apabila kita dilempar ejekan oleh orang lain, yang mengungkit kisah silam dan meremahkan perubahan kita seperti “tak lama tu”. Anggaplah ianya cuma dugaan kecil sahaja yang diberi Allah kepada kita.

Saya yakin orang yang bersolat, yang konsisten dalam solatnya akan diberi hidayah oleh Allah untuk membuat pilihan yang baik. Alhamdulillah Hajjah Habsah…Kak Abby… I am very happy for you! May Allah bless you!

(Dipetik daripada Facebook Wardina Safiyyah)

Sudah lama saya tidak menonton television. Tetapi apabila membaca facebook Wardina Safiyyah, “Alhamdulillah…” itulah ucapan yang terkeluar dalam hati saya.

Satu ketika dahulu saya pernah menulis entry berkenaan harapan saya terhadap drama-drama, filem-filem dan sebagainya. Saya dapat merasakan harapan tersebut semakin menyinar. Walaupun ia masih lagi samar-samar, tetapi saya percaya suatu hari nanti akan lahir filem sebagaimana filem di Indonesia yang bertajuk Hafalan Shalat Delisa. Filem ini sebenarnya telah diadaptasi daripada sebuah novel dengan tajuk yang sama. Novel ini juga telah diterjemah daripada bahasa Indonesia kepada bahasa Malaysia oleh PTS. Ulas Habbiburrahman El-Shirazy (Penulis best seller Ayat-ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih dan lain-lain) terhadap novel tersebut;

“Buku yang indah ditulis dalam kesedaran ibadah. Buku yang mengajar kita mencintai kehidupan, juga kematian, mencintai anugerah juga musibah, dan mencintai indahnya hidayah”.

Saya percaya bestseller sebuah buku dan box officenya sebuah filem adalah apabila sesebuah buku dan filem tersebut disandarkan kepada fitrah iaitu Islam. Jadi kepada mereka yang ingin berkarya sama ada dalam bentuk penulisan seperti novel, cerpen dan blog ataupun berkarya dengan filem, drama, teater dan sebagainya, jadikanlah Islam itu sebagai landasan dalam karya anda. Insya Allah, anda tidak akan kecewa. Percayalah…


Filem Hafalan Shalat Delisa
 

Skeptical: Antara Islam Dengan Politik

Skeptical selalunya bersarang dalam mereka yang berjiwa kecil
Kita orang Islam selalu menganggap bila ada bukan Islam cuba mendekati Islam, sangka buruk kita mendahului rasa gembira kita terhadap penerimaan mereka. Kita selalu beranggapan mereka ada agenda disebaliknya terutama sekali apabila kebaikan mereka disandarkan kepada politik kepartian.

Kalaulah sikap skeptical sebegini wujud dalam diri Rasulullah s.a.w dan para khalifah Islam semasa mereka menyebarkan Islam melalui surat kepada raja-raja dan penguasa-penguasa, sudah tentu Islam tidak akan sampai kepada kita. Sejarah Islam telah membuktikan wujud penaklukan-penaklukan yang dilakukan oleh tentera Islam terhadap kerajaan bukan Islam tanpa melalui peperangan. Antaranya ialah kerajaan Toledo yang dikuasai oleh tentera Tariq bin Ziad semasa zaman kegemilangan Islam di Andaluis. Adakah Tariq bin Ziad melancarkan peperangan juga walaupun kerajaan Toledo telah menyerah kalah? Tidak sama sekali kerana Tariq bin Ziad memiliki jiwa yang besar. Bukan jiwa sebagaimana yang kita miliki.

Sirah Rasulullah s.a.w juga pernah murka kepada Usamah bin Zaid kerana membunuh individu yang mengucap syahadah ketika dalam peperangan. Kisahnya berlaku dalam Perang Khaibar. Mirdas bin Nuhaik yang merupakan kaum musyrikin mengejek-ejek Usamah bin Zaid dengan mencaci Islam dan Rasulullah. Usamah menyerangnya lalu lelaki itu lari. Akhirnya, Mirdas dapat ditangkap dan apabila dia hendak dibunuh, dia mengucap dua kalimah syahadah. Walau bagaimanapun Usamah tetap membunuhnya dengan mengandaikan Mirdas mengucap hanya kerana takut dibunuh. Apabila berita itu sampai kepada Rasulullah, Rasulullah memanggil Usamah lalu bertanya:

“Wahai Usamah, mengapa kamu membunuh orang yang mengucap dua kalimah syahadah?”
“Wahai pesuruh Allah! Dia mengucap kerana takut dibunuh!”
“Adakah kamu belah dadanya? Kamu tahu hatinya? Apa yang akan kamu jawab di hadapan Allah pada hari akhirat nanti dengan syahadah orang itu?”

Sikap skeptical kita terhadap golongan bukan Islam juga sebenarnya sangat banyak terjadi dalam sejarah Islam. Tidak sahaja berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w tetapi juga pada zaman khalifah-khalifah Islam lain. Antaranya yang berlaku pada zaman Umar bin Abdul Aziz. Umar bin Abdul Aziz telah menghapuskan ufti (cukai perlindungan yang dikenakan terhadap kafir zimmi) yang dikenakan terhadap golongan kafir zimmi (penduduk bukan Islam yang menetap bawah naungan kerajaan Islam yang tidak boleh diperangi) yang telah memeluk Islam. Hal ini kerana sebelum zaman pemerintahan Umar bin Abdul Aziz, ufti turut dikenakan ke atas golongan kafir zimmi yang telah memeluk Islam kerana beranggapan mereka memeluk Islam disebabkan tidak mahu membayar ufti.

Penghapusan ufti pada zaman Umar bin Abdul Aziz telah membuatkan ramai kafir zimmai memeluk agama Islam. Situasi tersebut menyebabkan ramai gabenor mengeluh kerana ia dikatakan kafir zimmi mengelak daripada membayar ufti dan sekali gus ia akan mengurangkan jumlah rakyat yang membayar ufti. Bagi menyangkal dakwaan tersebut Umar bin Abdul Aziz telah menjawab tuduhan tersebut dengan sepucuk surat sebagaimana berikut;

“Amma Ba’d. Sesungguhnya Allah SWT te
lah mengutus Nabi Muhammad s.a.w untuk menyerukan agama ini kepada seluruh manusia, bukan sebagai pemungut cukai dan ufti”.
Ibn Sa’d, Muhammad. (1997). Al-Tabaqat al-Kubrà.
Beirut: Dar al Kutub al-Ilmiyya
Jadi adalah tidak menghairankan jika tindakan golongan bukan Islam mendekati Islam sering disalah ertikan kerana perjalanan dakwah sejak dari zaman Rasulullah s.a.w lagi telah menunjukkan keadaannya begitu.

Bulan Sekarang Mewakili Hati Saya

Sikap skeptical kita sebegini juga membuatkan golongan bukan Islam telah menjauhkan diri daripada kita. Akhirnya ia menyebabkan golongan bukan Islam tidak berminat kepada Islam walaupun kita telah lebih 50 tahun merdeka. Sekurang-kurangnya dengan saluran politik yang sering disalahertikan, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat selaku pimpinan PAS (Parti Islam Se-Malaysia) telah berjaya memperkenalkan Islam melalui saluran politiknya. Beliau pernah berkata, kejayaan besar yang telah dimiliki oleh PAS adalah mendekatkan golongan bukan Islam kepada Islam walaupun mereka tidak Islam. Berbanding dahulu katanya, Islam dihina oleh mereka tetapi sekarang mereka percaya akan Islam walaupun masih belum menganut Islam kerana yang memberi hidayah itu adalah Allah s.w.t. Selaku manusia, tugasnya hanyalah menyebarkan dakwah.

“Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam)”.

Surah al-Qasas, ayat 56
 

Defisit Dalam Belanjawan

Akhabar, berita, blog, facebook dan pelbagai wadah penyampai maklumat yang lain telah banyak membicarakan tentang Belanjawan 2012 yang telah dibentangkan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak selaku pihak kerajaan dan belanjawan yang dibentang oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim selaku pihak pembangkang.
Bagi pihak kerajaan perbelanjaan tersebut disifatkan sebagai belanjawan yang mesra rakyat. Tetapi bagi pihak pembangkang pula belanjawan tersebut dicedok daripada belanjawan mereka (pihak pembangkang). Walau bagaimanapun, kedua-dua belanjawan tersebut masih menunjukkan belanjawan defisit. Ini bermakna negara akan berbelanja lebih daripada pendapatan yang sedia ada.

Mungkin betul secara serta merta merta untuk membuat mengurus sebuah belanjawan negara dengan pendapatan yang sedia ada, ia tidak mencukupi. Tetapi sekurang-kurangnya Pakatan Rakyat telah menawarkan jumlah defisit yang lebih rendah iaitu sebanyak 4.4% berbanding Barisan Nasinoal iaitu sebanyak 4.7%. Yang bakal menanggung hutang tersebut sebenarnya adalah rakyat Malaysia. Kerajaan sebenarnya hanyalah bertindak mengurus pendapatan yang sedia ada sebaik mungkin. Nampak gayanya daripada kedua-dua belanjawan tersebut terbukti kita selaku rakyat Malaysia empunya pendapatan negara tersebut, masih perlu meminjam untuk mengurus kehidupan seharian keluarga besar kita iaitu rakyat Malaysia.
Atau mungkin sebenarnya kita tidak perlu berhutang tetapi belanjawan tersebut yang menyebabkan kita terpakasa meminjam? Mungkin betul juga. Kalau Perdana Menteri sendiri mempunyai belanjawan sebanyak lebih RM10 bilion diperuntukkan untuknya* tidak hairanlah jika menteri-menteri, exco-exco dan sebagainya juga mempunyai elaun mencecah angka 14 digik. Dengan angka yang sedemikin rupa, tidak hairanlah Menteri Besar Kelantan dan exco-exconya boleh memotong elaun mereka untuk diserahkan kepada parti dan rakyat. Kediaman rasmi Menteri Besarnya juga dijadikan tempat penginapan bagi tetamu-tetamu yang datang berurusan dengan kerajaan negeri dan ada kalanya juga dijadikan tempat temindahan mangsa-mangsa banjir.

Tetapi berapa ramai dalam kalangan kita mampu menyerahkan kemudahan, ekaun atau ‘keuntungan-keuntungan’ yang mereka peroleh untuk kembali digunakan kepada rakyat kerana wang tersebut datangnya daripada rakyat. Bukan sepenuhnya milik mereka. Ramai yang antara kita lebih berminat untuk mengambil kesempatan berbanding mengembalikan lebihan tersebut kepada empunyanya iaitu rakyat.

Elaun cleaner, penyapu sampah, pemotong rumput, guard dan seangkatan dengannya banyak mana? Boleh ke mereka tersenyum dengan elaun yang mereka terima? Ada ke diperuntukkan elaun rumah, bekerja lebih masa dan elaun-elaun yang lain buat mereka? Ada ke bonos tahunan yang mereka terima? Bagi saya mereka lebih perlukan wang untuk kehidupan mereka. Kos sara hidup semakin tinggi sedangkan gaji minimum yang ditawarkan masih tidak dapat membantu mereka dalam keadaan anak-anak yang semakin membesar dan perlukan perbelanjaan yang lebih banyak berbanding sebelumnnya untuk makan, pakai, pembelajaran dan lain-lain.

Sifat qanaah (merasa cukup dengan apa yang ada) terlalu jauh berada dalam diri kita. Yang ada cuma sebuah kepuasan. Puas dalam berpakaian. Puas dalam merasa keenakan makanan. Puas dalam berbelanja. Puas dalam berkenderaan. Puas kita hanyalah untuk merai kehendak nafsu yang sebenarnya tidak pernah kenal erti puas.

Keadaan ini membuatkan mereka yang kaya semakin kaya dan yang miskin terus papa kedana. Sungguh memang benar. Jika pemerintah kita bersikap terus-menerus berhutang dan seronok dengan elaun yang diperoleh, rakyat juga akat mengikut sikap pemerintah. Jadi tidak hairanlah, menurut salah seorang pembentang INGRAW 2011 (The 6th ISDEV International Graduate Workshop 2011), berdasarkan kajian yang dilakukan olehnya di sebuah university tempatan semua respondennya yang merupakan kakitangan awam adalah menanggung hutang. Pihak kerajaan telah mendidik kita untuk terus berhutang.

Elaun tidak cukup untuk menampung keinginan, solusinya adalah dengan berhutang.
Jalan singkat untuk memenuhi sebuah kepuasan.

—————————-

Sebahagian Ucapan Belanjawan 2012 Barisan Nasional:

12. Bajet 2012 akan menyediakan peruntukan 232.8 bilion ringgit bagi melaksanakan semua rancangan pembangunan Kerajaan termasuk projek dan program di bawah RP-Kedua, NKEA, NKRA dan SRI kursusnya menumpukan kepada kesejahteraan rakyat. Daripada jumlah tersebut 181.6 bilion ringgit adalah bagi peruntukan perbelanjaan mengurus dan 51.2 bilion ringgit bagi perbelanjaan pembangunan…

15. Dari segi kutipan hasil kutipan Kerajaan Pusat bagi tahun 2012, jumlahnya dianggarkan meningkat 1.9 peratus kepada 186.9 bilion ringgit berbanding 183.4 bilion ringgit pada tahun 2011. Dengan mengambil kira anggaran hasil dan perbelanjaan, defisit Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2012 dijangka terus berkurang kepada 4.7 peratus daripada KDNK, berbanding 5.4 peratus pada tahun 2011.


Sebahagian Ucapan Belanjawan 2012 Pakatan Rakayat:

8. Oleh yang demikian, Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat akan memperuntukkan RM220 bilion berasaskan kepada sasaran untuk mengekang defisit pada kadar 4.4% daripada KDNK. Walaupun jumlah ini melibatkan penjimatan perbelanjaan sebanyak RM14 bilion dari kadar yang dibelanjakan oleh Barisan Nasional, kita yakin melalui pengurusan wang negara yang lebih berhemah, telus, bertanggungjawab dan berkesan, jumlah RM220 bilion ini akan memberi 20% nilai tambah kepada rakyat, berbanding apa yang dibelanjakan oleh Barisan Nasional selama ini.

9. Keseluruhan RM220 bilion ini akan digunakan sebaiknya untuk mengimbangi keperluan membaiki kerangka ekonomi negara yang kian punah di bawah Barisan Nasional dan membela rakyat dalam suasana yang semakin mendesak

10. Defisit tahun 2011 yang diunjurkan mencecah 6% dari KDNK membayangkan kegagalan Barisan Nasional menghentikan langkauan defisit belanjawan selama 13 tahun berturut-turut akibat ketirisan, rasuah dan penyelewengan. Oleh itu, fokus untuk mengurangkan defisit kepada angka 4.4% telah menjadi satu keperluan mutakhir demi kelangsungan kewangan negara di masa akan datang.

35. Laporan Bank Negara Malaysia yang terkini bertarikh 30 September 2011, berdasarkan angka hutang negara setakat suku kedua 2011 menunjukkan jumlah hutang negara telah mencecah RM437 bilion. Jika unjuran KDNK bagi 2011 dibuat berdasarkan pertumbuhan 5%, maka
kadar keberhutangan negara telah mencecah 53% dari KDNK negara. Pada tahun 2007, kadar ini hanyalah 42% dari KDNK negara.

36. Kadar keberhutangan rakyat Malaysia juga merunsingkan. Jumlah hutang oleh isi rumah Malaysia telah mencecah RM577 bilion pada akhir 2010, iaitu 77% dari KDNK sedangkan pada tahun 1997, ia hanyalah 33% dari KDNK. Maknanya, di bawah pentadbiran Menteri-menteri Kewangan yang kebetulannya semuanya Perdana Menteri sejak tahun 1998, rakyat Malaysia terpaksa berhutang lebih sehingga kadar keberhutangan meningkat sekali ganda dalam masa 13 tahun sahaja.

37. Keadaan diburukkan lagi dengan kadar defisit yang berpanjangan sejak mantan-mantan Perdana Menteri dan Perdana Menteri sekarang memegang tampuk perbendaharaan negara. Defisit negara diunjurkan mencecah 6% bagi tahun 2011, jauh tersimpang dari janji Perdana Menteri untuk mengurangkan defisit ke kadar 5.2% seperti yang dibentangkan di dalam belanjawan dan Rancangan Malaysia Kesepuluh.

37. Keadaan diburukkan lagi dengan kadar defisit yang berpanjangan sejak mantan-mantan Perdana Menteri dan Perdana Menteri sekarang memegang tampuk perbendaharaan negara. Defisit negara diunjurkan mencecah 6% bagi tahun 2011, jauh tersimpang dari janji Perdana Menteri untuk mengurangkan defisit ke kadar 5.2% seperti yang dibentangkan di dalam belanjawan dan Rancangan Malaysia Kesepuluh.

38. Malaysia tidak memerlukan perunding ekonomi antarabangsa yang mahal-mahal untuk memahami ancaman defisit dan hutang kepada kelangsungan kewangan dan kestabilan negara.

39. Rentetan krisis kewangan di Eropah dan Amerika Syarikat secara jelas mengajar kita bahawa negara-negara yang tata kelolanya lemah, berbelanja berlebihan melalui hutang dan disalahtadbir ekonominya adalah negara-negara yang paling terkesan apabila berlaku kejutan ekonomi dunia.

40. Malangnya, apabila ini berlaku, rakyatlah yang menjadi mangsa dan terpaksa menanggung beban pelbagai tindakan susulan yang diambil.

41. Oleh yang demikian, tumpuan untuk mengekang defisit sewajarnya menjadi tumpuan utama agar kita berjaya menghentikan kitaran memusnahkan akibat tabiat berhutang yang diamalkan Barisan Nasional selama ini.


*Maklumat tentang peruntukan belanjawan lebih daripada RM10 bilion ini saya peroleh daripada Belanjawan 2012 yang dibentangkan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahaim yang menyatakan sebanyak RM10 bilion belanjawan Perdana Menteri akan dipotong dan diagihkan kepada kementerian-kementerian yang memerlukannya.

 
2 Comments

Posted by on October 13, 2011 in Politik dan Dakwah