RSS

Category Archives: Uncategorized

Keberkatan dalam Kerjaya

KAMERA 054

Mengenali kawan yang jujur dan amanah perlukan masa. Antara rakan yang saya rasakan memiliki sifat itu.

Sebelum saya mula bekerja di tempat sekarang, dua kali telah saya tolak tawaran kerja. Bila difikirkan semula, aneh. Aneh kerana mereka berusaha mahu saya bekerja dengan mereka.

Kali pertama saya menolak kerja sebagai akauntan di sebuah syarikat yang mengilagkan barangan muslim. Pada mulanya memang saya menghadiri temuduga syarikat tersebut. Tetapi lain jawatan yang saya ditemuduga lain pula jawatan yang diberikan. Yang paling aneh apabila pengarah syarikat itu sendiri datang berjumpa saya di USM bertanya mengapa saya tidak mahu menerima tawaran tersebut. Saya katakan saya tidak ada kemahiran dalam bab kira-kira. Pengarah tersebut katakan, ia mudah sahaja untuk belajar tetapi yang penting pengarah itu cakap saya jujur dan amanah. ‘Jujuh dan amanah’ yang tu perkataan paling pelik sebab dia kenal saya hanya beberapa jam sahaja. Macam mana dia boleh tahu saya ni jujur dan amanah. Tetapi saya tetap tolak tawaran tersebut keraja saya ingin menyambung pelajaran saya.

Belum sempat saya habis pengajian saya telah ditawarkan untuk mengajar di Brunei. Gajinya melebihi RM20 000 sebulan. Tapi tawaran tersebut saya tolak kerana memikirkan tentang keluarga. Kemudian selepas tamat pengajian saya hantar CV saya kepada empat tempat. Tiga daripadanya saya terima jawapan. Mereka ingin temuduga saya. Walau bagaimanapun, saya telah menghadiri temuduga pertama dan telah mengesahkan yang saya bakal bekerja di sana. Gajinya sederhana berbanding satu lagi tempat yang lain. Bezanya RM2000. Banyak… Tetapi saya tetap mahu bekerja di tempat gaji yang saya bekerja sekarang. Sebabnya hanya kerana ilmu. Bagaimana saya mahu di tempat yang saya patut ajar perkara yang bukan daripada ilmu saya. Saya perlu jujur dengan ilmu yang saya ada. Kalau gajinya beribu sekalipun tetapi saya tidak jujur dan amanah dalam menyampaikan ilmu tersebut, bagaimana keberkatan itu akan hadir dalam gaji saya. Bagaimana pula sekiranya saya gunakan untuk membelanjakan gaji tersebut untuk membesarkan anak-anak saya. Cukuplah.. saya hanya mahukan sebuah keberkatan..

Ada juga yang marah pada saya sebab menolak tawaran yang lebih besar. Macam-macam perkara yang dilemparkan pada saya. Antaranya mengatakan saya menolak sebab mahu tempat yang high class… banyak menang award jadi sebab itu saya menolak tempat tersebut… Apapun terima kasih. Saya inginkan sebuah keberkatan, amanah dan kejujuran dalam kerjaya saya. Itu sahaja..¬† ūüėČ

Ada banyak lagi kalau nak cerita tentang tawaran kerja yang pernah ditawarkan kepada saya. Tapi cukuplah itu sahaja..

 
Leave a comment

Posted by on September 11, 2014 in Uncategorized

 

Lunch Time

Makanlah apapun asalkan halal

Lunch time!!!

Kalau ye pun, tok sahlah tunjuk tengah lunch ape
.
Bukan ye apa. Kita mungkin makan sedap atau masak sedap. Lepas tu post kat FB bagi orang tengok.

Tapi kita pernah fikir tak, mungkin ada yang sedang baca status kita ni, mereka yang tidak berkemampuan untuk makan sebagaimana menu yang kita makan.

Atau mungkin ada si suami/apah/anak dan lain-lain (ape-ape jelah) yang tengok, kemudian membandingkan dengan masakan isterinya/emaknya/neneknya/kakaknya/kawannya (dan lain-lain).

Akhirnya mungkin akan jadi begini;

“Yelah, dia ada duit, bolehlah dia makan sedap-sedap. PTPTN pun dah kering. Maggi pun belum tentu dapat makan”

atau..

“Yelah isteri dia pandai masak. Isteri aku.. emmm”

atau..

“Anak orang kaya bolehlah makan sedap-sedap. Aku anak orang miskin. Nak makan ayam pun belum tentu dapat. Ayam bila besar je jual. Bukan setakan ayam, telur ayam pun tak merasa. Semuanya dijual… Tambah pendapatan…”

atau..

“Tak nak bagi aku sikit rasa. Kat mana nak cari. Tanyalah kat comment FB”.

atau..

Rekalah ayat sendiri..
Apapun, pernahkah anda berfikir.

Rasa syukur tu perlu.
Tapi adakalanya perlu disembunyikan.
“Betul. Tak tipu”.

Emm..
Bukan ke kalau bau yang kita masak tu, bila orang lain bau, kita kena bagi masakan tu… entah tak tahu. Serious tak tahu!!

 
Leave a comment

Posted by on May 28, 2014 in Uncategorized

 

Kaya vs Miskin

Harga Sekeping Ijazah Adalah Pengalaman

Satu ketika dulu semasa bergelar student.. Saya pinjam PTPTN just RM9000 je.¬†Ada orang tanya “Cukup ke?”¬†Saya tak jawap pun. Diam je.

Ada juga orang kata, “Mak ayah dia cikgu, pinjam RM9000 pun tak apa. Mak ayah boleh tanggung?”¬†Saya diam juga.

Tapi hari ni saya nak jawap.¬†“Duit pinjaman tu saya tak boros. Kalau time makan, saya ambil sayur dengan kuah je. Kalau teringin nak makan ayam masak kurma. Saya ambil kuah ayam amasak kurma tu je. Kalau teringin nak makan ayam, Saya ambil sup kaki ayam atau makan hati ayam”.

“Walaupun mak ayah saya cikgu, tapi mereka banyak tanggungan. Adik beradik saya ramai. Semua masih sekolah. Universiti pun ada. Mana cukup duit”.

“Ayah saya lepas balik sekolah, sebelah petang pergi menoreh getah pula. Bukan senang”.

Tapi saya bersyukur.

Sebab saya tak pernah makan magie walaupun tak ada duit. Kawan saya hanya makan biskut je. Patut pun setiap kali saya ajak makan, dia kata dah makan. Bila saya selidik, dia just makan biskut kering. Empat keping sarapan, empat keping untuk tengah hari dan empat keping untuk malam. Air? Air paip yang dimasak menggunakan kettle saya.

Walaupun hidup saya sebagai student susah, ada orang lagi susah. Jadi saya tak rasa macam saya susah.

Saya dah biasa didik dalam keadaan susah. Saya dibesarkan di FELDA. Saya banyak kawan-kawan susah waktu saya sekolah rendah dulu. Saya seronok kawan dengan orang susah. Saya tengok mak ayah mereka bagi belanja 10 sen sehari sedangkan saya 50 sen. Kalau fikirkan dengan logik akal, nak makan apa dengan duit sebanyak tu. Tapi saya tengok kawan sepermainan saya dulu tak pernah merungut dengan wang sebanyak 10 sen tu.

Alhamdulillah, sekarang saya dah terdidik dan biasa jadi susah. Bila biasa hidup dalam keadaan susah, kita tak berapa kisah dengan kemewahan yang melimpah. Tapi bila orang yang dah biasa mewah, pasti akan rasa susah apabila terpaksa hidup dalam keadaan serba payah. Jadi tak hairanlah kalau ada orang uang boleh berlagak kaya sedangkan pada hakikatnya dia papa. Bagi saya, orang akan lebih menghormati kita kalau kita kaya tetapi menyembunyikan kekayaan kita berbanding orang yang miskin tetapi berpura-pura kaya.

 

Tags: , , , ,

Glamour

 Red carpet hanya untuk orang glamour. Pastikan akhirat nanti jalan atas red carpet.

Red carpet hanya untuk orang glamour. Pastikan akhirat nanti jalan atas red carpet.

GLAMOUR: Kalau nak menumpang glamour, saya lah manusia yang paling glamour.

Di layar television:

Saya ada Dai‚Äôe Nor Adibah Rozain, juara program Da’i Pendakwah Milenia, TV3.

–¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬† Jiran betul-betul sebelah rumah saya waktu di Jengka.

–¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬† Ayahnya guru bahasa Inggeris waktu saya di sekolah rendah.

–¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬† Ibunya tukang jahit baju saya semasa masih menetap di Jengka.

–¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬† Bersekolah dari sekolah rendah dan menengah di sekolah yang sama dengan saya.

Saya ada Ainun Mardhiah Ismail, petang ni jam 1.00 di program al-Hidayah TV3.

–¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬† Duduk sekampung waktu di Jengka.

–¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬† Bersekolah dari sekolah rendah dan menengah juga di sekolah yang sama dengan saya.

Saya juga ada Ustaz Taha Omar dalam slot program Assalamu’alikum di TV al-Hijrah.

–¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬† ¬†Rakan PhD saya di ISDEV sekarang.

Saya juga ada Wardina Safiyyah.

–¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬† Dulu waktu di Australia, saya berusrah dengan ibunya.

Yang tu di layar television, saya belum cerita lagi dalam bidang akademik, penerbitan buku dll. Rangking dan status university saya sekarang, supervisor dan co-supervisor, rakan-rakan yang ramai menerbitkan buku. Kalau nak senarai panjang senarainya.

Apapun itu berlaku kalau saya ingin GLAMOUR. Tapi untuk apa saya menumpang glamour mereka? Sebab akhirat nanti kita tidak boleh menumpang glamour mereka. Tak ada nilai di sisi Allah SWT.

Bagi saya mereka semua GLAMOUR di sisi Allah SWT. Jadi Allah SWT juga anugerahkan GLAMOUR yang berada di sisi-Nya untuk masyarakat pandang dan nilai.

Berkat di bulan Ramadhan ini, carilah jalan untuk jadi GLAMOUR dan istiqamahlah dengannya. Apapun, GLAMOUR di sisi Allah SWT itu lebih bermakna berbanding GLAMOUR di sisi manusia.

 

Tags: ,

Imam Sembahyang dan Pemimpin Negara

“Mak cik, macam mana mak cik pilih imam sembahyang” Tanya Ali.

“Mak cik pilih yang pandai baca Qur’an lah. Pilih yang tahu hukum agama. Pilih yang baik-baiklah. Imam sembahyang bukan boleh buat main-main” Jawab Mak Cik Senah bersungguh.

“Kalau imam tu mak cik rasa dah baik dah. Tapi dia buat salah dalam sembahnyag. Jemaah dah tegur dah. Tapi dia buat tak tahu je. Mak cik buat apa?” Tanya Ali lagi.

“Kita mufaraqahlah. Tinggalkan imam tu. Mana boleh ikut imam yang tak betul macam tu. Tak sah sembahyang kita” Jawab Mak Cik Senah penuh keyakinan.

“Dah tu mak cik, dalam politik pun sama lah. Kalau sembahyang lima minit je pun kena tengok betul-betul siapa yang jadi imam ni kan pulak dalam politik. Pemimpin tu perintah kita sampai lima tahun. Kalau salah, dah ditegur pun buat tak tahu je. Kena cari pemimpin lain lah kan mak cik kan?” Tanya Ali lagi.

“Salah benda yang pemimpin kita buat?” Tanya Mak Cik Senah pula.

“Kalau dalam solat ada rukun yang kita perlu tahu, dalam politik pun dah tentu ada rukun, pantang larang yang perlu kita tahu mak cik. Kalau kita tak tahu sebab tulah dengan mudahnya pemimpin boleh tipu rakyat. Mak cik, kena baca banyak-banyak. Jangan baca Utusan, tengok TV je. Semua benda kita kena baca. Kita kena tengok. Dah baca dan tengok, kita telitilah sendiri dengan akal fikiran dan iman yang kita ada. Lima tahun tu mak cik, bukan lima minit”.

 
Leave a comment

Posted by on May 23, 2013 in Uncategorized

 

Cakna Politik

Ramai yang tak suka politik.

Bosan katanya.

Asyik bergaduh je.

Ada juga yang kata politik tu hak masing-masing. Siapa yang suka dia boleh menyibukkan dirinya dengan politik. Siapa yang tak suka, ikut suka dia lah nak buat apa. Lantak lah dunia nak terbalik ke, Malaysia dah nak muflis ke, apa aku kesah. Lebih kuarang macam tulah.

Tapi ahli agama pula juga yang kata, “Eh politik tu tak boleh dipisahkan dengan agama. Sebab politik tu sebahagian dari agama. Kalau kita pisahkan politik tu dengan agama, maksudnya kita ni sekular. Politik suku, agama suku”.

Tapi ni saya pula yang kata, “Kalau tangan kita kotor, kenapa kita terpaksa bawak sekali dengan badan-badan kita ke sink untuk basuh tangan kita ni je yang kotor. Kenapa tak tangan tu je yang pergi sendiri basuh? Kalau dah tak boleh terpisah antara tangan dengan badan untuk basuh tangan yang kotor tu, dah tentu politik juga kita tak boleh nak pisahkan dengan kehidupan kita. Kita perlu cakna apa yang berlaku”.

 
Leave a comment

Posted by on May 23, 2013 in Uncategorized