RSS

Category Archives: Usrah ISDEV

Cinta Balkis : Perkahwinan Tidak Sah


Just nak kongsi sedikit berkenaan dengan drama ‘Cinta Balkis’. Menurut Ustz Zul, salah seorang student PhD ISDEV, endingnya tidak masuk akal kerana bertentangan dengan syariat.

Perkara yang bertentangan dengan syariat adalah apabila hero dalam drama tersebut meneruskan perkahwinan dengan isteri keduanya. Perkahwinan tersebut tidak sah mengikut syarak kerana mereka adalah adik beradik tiri.

Ia dikatakan sah apabila si ayah dan ibu tirinya berkahwin selepas si hero tersebut berkahwin dengan isteri keduanya. Tetapi di dalam drama tersebut ayahnya berkahwin lain dahulu sebelum mereka berkahwin. Dari sudut syarak ia tidak sah.

Sorry, saya tidak tahu nama-nama mereka. Nama dalam drama pun saya tidak ingat. Bagi saya yang penting saya dah sampaikan perkara yang saya tahu. Wallahu’alam…

 
Leave a comment

Posted by on January 26, 2010 in Usrah ISDEV

 

Jenayah Akademik


Sudah lama sebenarnya saya ingin menulis entry berkenaan tajuk ini.. tetapi apabila menghadap laptop sahaja, langsung saya lupa tentangnya.. Alhamdulillah setelah membaca blog yang memuatkan tentang artikel yang ditulis oleh Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak selaku Naib Canselor USM, saya mula teringat tentangnya. Maklumat berkenaan jenayah akademik ini saya peroleh sewaktu ucaptama INGRAW oleh Prof Dr. Muhammad Syukri Salleh.Jenayah akademik sebenarnya bukanlah suatu perkara yang asing berlaku dalam dunia akademik terutama di dalam institusi pengajian tinggi. Bahkan ia berlaku di seluruh dunia. Jadi adalah tidak menghairankan sekiranya ramai di antara kita tidak tahu langsung bahawa perkara tersebut adalah satu jenayah.

Jenayah akademik berlaku apabila seseorang pelajar melakukan penulisan tentang kajian yang dilakukan olehnya sama ada dalam jurnal, artikel, kertas kerja dan sebagainya, nama yang diletakkan di dalam kajian tersebut turut ditulis individu yang tidak terlibat untuk menulis berkenaan kajian tersebut. Biasanya para pelajar akan meletakkan nama penyelia (supervisor) mereka.

Memang benar supervisor terlibat dalam menyelia, menasihat dan memberi tujuk ajar kepada para pelajar untuk menyiapkan kajian dan penulisan para pelajar. Tetapi konsep tersebut tidak bermakna supervisor melakukan kajian serta nama mereka boleh diletakkan sebaris dengan nama pelajar yang melakukan kajian dan penulisan. Sebaliknya supervisor pada ketika itu adalah ‘pelayan pemikiran’ pelajar atau dalam istilah biasa yang diguna pakai, mereka adalah editor atau penyunting penulisan yang pelajar lakukan. Lebih malang lagi apabila terdapat kajian yang diletakkan nama supervisor di hadapan nama pelajar. Ia mengambarkan seolah-olah supervisor merupakan penulis utama kajian tersebut sedangkan yang berlaku adalah sebaliknya… dan adalah tidak salah untuk mengatakan nama supervisor pada ketika itu tidak perlu diletakkan di dalam kajian tersebut kerana mereka bukanlah author sebaliknya adalah editor.


Mungkin ada di antara kita yang mengatakan ‘alah, tak salah pun letak nama supervisor. Supervisor dah banyak tolong kita’. Memang tidak ada yang salah. Tetapi apabila ia berlaku di dalam dunia akademik ia akan menjadi satu kesalahan yang besar. Ini kerana di dalam dunia akademik, menulis adalah suatu perkara yang wajib dilakukan… semakin banyak bahan penulisan, buku-buku, jurnal-jurnal dan pelbagai lagi bahan akademik yang berjaya anda terbitkan, semakin berkembanglah ilmu anda juga semakin cepatlah pangkat anda dinaikkan… daripada gelaran Dr. kepada Prof Madya kemudian kepada Prof Dr… mungkin juga akhirnya akan memperoleh gelaran Prof Emeritus.

Cuba bayangkan anda memperoleh pangkat dan secara tidak langsung tangga gaji anda juga akan berubah seiring dengan pangkat yang anda peroleh… adakah rezeki yang kita peroleh adalah rezeki yang benar-benar daripada hasil titik peluh kita?

Saya pernah diceritakan oleh sahabat saya.. seorang penuntut di universiti lain..yang melakukan satu kajian. Beliau menulis kajian tersebut di dalam Bahasa Malaysia. Sahabat saya ini turut meletakkan nama supervisornya di dalam kajian tersebut. Kemudian supervisornya menggunakan kajian tersebut untuk dibentangkan di luar negara. Bezanya kajian sahabat saya dialih bahasa ke dalam Bahasa Inggeris. Akhirnya dengan kajian yang bersusah payah dilakukan olehnya.. supervisor tersebut memperoleh pangkat ‘Profesor’ daripada kajian tersebut….

Satu lagi kisah yang diceritakan oleh Prof Syukri sewaktu di INGRAW tersebut.. kisah ini berlaku di luar negara… melalui hasil kajian yang dilakukan oleh dua orang pelajar dengan dibantu oleh seorang supervisor.. dengan izin Allah kajian tersebut mendapat pengiktirafan dan ingin dianugerahkan pingat dan sejumlah wang. Juruhakim tidak mengiktiraf dua orang pelajar tersebut untuk menerima anugerah tersebut memandangkan mereka adalah pelajar. Jadi mereka menganugerahkannya kepada supervisor tersebut. Disebabkan hasil kajian yang dilakukan tersebut sebenarnya dilakukan oleh dua orang pelajar tadi, pelajar tersebut membuat keputusan untuk membawa kes tersebut ke mahkamah.. Tetapi dengan adanya perbincangan sesama mereka di antara pelajar dan supervisor tadi, kes tersebut dapat diselesaikan di luar mahkamah. Ini kerana sekiranya kes tersebut menjadi kes mahkamah, banyak perkara buruk lain akan timbul. Misalnya nama baik universiti dan supervisor selaku pensyarah akan tercemar. Keputusnnya, mereka bersetuju untuk membahagian sejumlah wang tersebut sama rata di antara mereka.

Jenayah akademik mungkin dianggap remeh oleh kita.. tetapi sebenarnya dengan adanya jenayah yang sebegini, para akademik kini tidak lagi sehebat dulu seperti Prof Ungku Aziz, Prof Syed Hussen Alatas, Prof Dr Yusuf al-Qardhawi dan pelbagai nama besar yang lain. Mereka menulis, mengkaji.. hasil daripada pemikiran mereka sendiri … mereka menerbitkan buku mereka sendiri melalui pandangan, pengalaman dan luahan hati mereka sendiri. Berbeza dengan para akademik kini yang integritinya dan atitudenya semakin hilang kerana pangkat dan gelaran menjadi keutamaan… kesannya universiti kita kini tidak lagi dipandang sehebat dulu.. begitu juga dengan mahasiswanya.. kerana yang mendidik mereka kebanyakannya tidak lagi seikhlas dan setulus kasih pendidik-pendidik terdahulu.

Sebuah hadith Rasulullah s.a.w yang berbunyai;
صنفان من أمتى اذا صلحوا صلح الناس واذا فسدوا فسد الناس الأمراء والفقهاء
Maksudnya “Dua golongan dari ummatku apabila baik mereka nescaya baiklah manusia keseluruhannya dan apabila rosak mereka nescaya rosaklah keseluruhannya. Iaitu para pemerintah dan para fuqaha (alim ulama)”.

Maksud fuqaha di dalam hadis tersebut juga merangkumi maksud yang lebih luas iaitu ahli akademik… Jadi seandainya mereka telah rosak maka sudah tentu mereka akan merosakkan yang lain pula iaitu para pelajarnya.. rosak lagi merosakkan. Seperti firman Allah s.w.t yang bermaksud ‘… sesat lagi menyesatkan’.

Saya pulangkan perbincangan ini kepada anda semua terutama yang bakal menjadi ahli akademik, telah menjadi ahli akademik, ingin menjadi ahli akademik dan pelbagai status yang lain… kerana ia suatu tugas yang amat berat. Entry kali ini lebih terarah kepada disiplin ilmu dalam aliran sastera… tetapi bagi saya bezanya tidak terlampau banyak bagi disiplin ilmu dalam aliran sains… namun ia hanya pandangan saya sahaja.

Saya tidak tahu kerana saya lebih menjurus dalam aliran sastera bukan dalam bidang sains. Jadi kepada individu yang terlibat di dalam bidang sains … ia terpulang kepada anda.. Adalah lebih elok sekiranya anda dapat berkongsi maklumat dan pandangan anda berkenaan topik ini terutama bagi individu yang berada di dalam bidang sains.. tinggalkanlah komen anda… semoga ia dapat memberi manfaat kepada semua.

 
2 Comments

Posted by on October 21, 2009 in Usrah ISDEV

 

Tags: , , ,

Tinta Seorang Pejuang

Prinsip Pengurusan Pembangunan Islam Dalam Muqaddimah Ibn Khaldun, begitulah tajuk disertasi (tesis pendik) saya…satu kitab yang menarik untuk dikaji… walaupun saya bukanlah mahir berbahasa Arab. Tetapi nasihat Prof Muhammad Syukri Salleh, juga selaku supervisor saya… “jangan jadikan ia sebagai satu alasan untuk membataskan ilmu kita…”

Masih saya ingat pesanan daripada Prof sewaktu supervison pagi tadi… Hakikatnya saya masih belum bersedia untuk berjumpa dengan prof. Saya tidak tahu perkembangan yang sebagaimana harus sampaikan.. tetapi saya biarkan sahaja perasaan tersebut…yang pasti saya perlu berjumpa dengannya kerana saya tahu, saya bakal peroleh sesuatu…

Prof Dr Muhammad Syukri Salleh selaku supervisor saya
“….bila kita tahu orang tu nak belajar tentang Islam, kita bagi tahu semua benda tentang Islam. Sepatutnya tak boleh macam tu. Ibarat bila kita tahu orang tu nak secawan kopi, sepatutnya kita bagi kopi jelah.. tapi kita bagi dia kopi, teh, sirap… jenuh lah dia kalau kita buat macam tu.. bagilah apa yang diperlukan sahaja. Lain kali kita bagi yang lain pula.. sikit-sikit.. Sama juga macam kita nak buat tesis. Tulis apa yang perlu sahaja. Perlu tahu.. perlu ingat.. penyataan masalah, objektif kajian dan persoalan kajian kita apa… kalau tak semua benda kita nak tulis”.

Begitulah antara pesanan daripada Prof Syukri.

“…dalam kita nak menulis tesis ni, pergantungan dengan Allah perlu kuat. Macam saya, kalau saya baca semula tulisan yang saya tulis lima atau sepuluh tahun dulu, yang saya tulis waktu dekat dengan Allah, seronok saya baca.. rohnya ada berbanding dalam tulisan saya yang lain. Lebih cantik kalau sebelum menulis solat sunat dulu, minta pada Allah. Kalau tiba-tiba rasa buntu, berhenti dulu menulis, solat sunat dulu.. mungkin ada dosa kita sehingga Allah susahkan kita untuk menulis. Lebih cantik kalau Radieah boleh jadi macam Imam Al-Ghazali, waktu dia menulis tiba-tiba ada lalat hinggap pada dakwat dia, dia biar lalat tu terbang sendiri.. Imam Al-Ghazali tak halau.. tulah barakah…hubungannya sesama makhluk pun dia jaga”.

“Kalau Radieah kata, Radieah sibuk…saya lagi sibuk. Bulan ni sahaja dah ada lima paper untuk ditulis…. Bukan lima lebih ni…” kata Prof sambil menyemak diarinya. Saya dapat lihat melalui diari yang dilihatnya penuh dengan tulisan…seolah-olah tidak ada satu kotak pun yang kosong..

“Kalau orang lain, tidurnya tujuh..enam jam.. kita mungkin lima atau empat jam je”..

Terlampau banyak sebenarnya nasihat daripada Prof…sampai saya sendiri pun lupa. Jadi untuk saya berkongsi yang selebihnya, maaflah. Saya lupa. Peristiwa itu membuatkan Kak Sue berpesan; “Macam akak dulu, akak rekod guna MP3 apa yang Prof cakap..kalau tak mesti lupa.. nak tengok muka Prof lagi. Nak tulis lagi.. tak sempat…” Kebetulan, Kak Sue juga ada sewaktu berjumpa Prof… Tidak terfikir pula saya untuk rekod apa yang Prof cakap… Insya Allah lepas ni…

Menulis merupakan satu perjuangan… kerana ia merupakan sebuah ketetapan buat seorang pejuang.

 
2 Comments

Posted by on July 8, 2009 in Usrah ISDEV

 

Kesetiaan Si Pembawa Botol

Apabila diteliti, kebanyakan nama ulama, sahabat nabi, dan ramai lagi golongan terdahulu bukanlah nama asal mereka, contohnya Ibn Khaldun. Nama asalnya ialah Abdul Rahman Bin Muhammad Khaldun al-Hadrami. Khaldun merupakan mana keturunannya. Begitu juga imam besar yang saya ingin ceritakan riwayat hidupnya sebentar lagi.

Nama sebenar beliau ialah Nukman Bin Thabit. Dikenali dengan nama Imam Abu Hanifah kerana anak sulungnya bernama Hanifah. Selain itu, terdapat juga pendapat yang mengatakan nama tersebut diambil berdasarkan sifatnya yang suka berbuat kebajikan. Selain itu sifatnya yang suka membawa botol dakwat supaya senang untuk mencatit ilmu juga membuatkan nama Hanifah diberikan kepadanya kerana di dalam Bahasa Arab ‘Hanifah’ bermaksud botol dakwat.

Seumur hidup Imam Abu Hanifah, beliau tidak pernah menyimpan lebih dari 400 dirham dan pernah menghadiahkan sebanyak 500 dirham kepada guru anaknya kerana mengajar anaknya tentang al-Quran. Imam Abu Hanifah mempunyai seorang anak angkat yang bernama Abu Yusuf. Abu Yusuf merupakan seorang yang miskin tetapi kecerdikan dan kecerdasannya dalam menimba ilmu pengetahuan telah menarik minat Imam Abu Hanifah untuk mengambilnya menjadi anak angkat supaya kelebihan yang dimiliki oleh Abu Yusuf tidak dipersiakan.

Sifatnya yang terlalu berhati-hati membuatkan Imam Abu Hanifah tidak akan lalu di hadapan rumah orang yang diberi pinjam duit olehnya kerana bimbang ia akan menjadi riba. Sifatnya yang suka kepada ilmu dan suka menulis harus dicontohi oleh umat Islam.

Kegigihannya menulis tidak dapat kita bayangkan. Kemudahan yang ada pada ketika itu… mata pena dan dakwat di dalam botol yang hanya setiap kali menulis, mata pena tersebut hanya mampu menulis dua sehingga tiga huruf tetapi mampu manghasilkan Kitab al-Athar yang menjadi rujuk sehingga merentasi sempadan generasi. Kesetiaan mereka kepada ilmu membuatkan Allah S.W.T menerangkan hati mereka untuk memahami setitik air dari lautan ilmuNya.

Begitu juga ulama-ulama yang lain seperti Imam Malik menghasilkan kitab al-Muwatta, Imam al-Ghazali menghasilkan kitab Ihya Ulum Ad-Din dan pelbagai lagi kitab-kitab lain yang dihasilkan dengan susah payah ulama terdahulu. Pelbagai ilmu telah dimuntahkan oleh mereka sama ada sosiologi, astronomi, perubatan dan sebagainya.

Sebetulnya generasi Islam yang berada di zaman moden ini, dengan kemudahan teknologi, maklumat di hujung jari, kemudahan alat tulis dan pelbagai kemudahan yang lain seharusnya mampu menghasikan kitab-kitab yang lebih terkehadapan. Mampu memberi manfaat yang lebih luar biasa dari ulama zaman silam tetapi sebaliknya berlaku.

Jika dahulu orang bukan Islam mempelajari ilmu daripada cendiakiawan muslim, tetapi kini kita berlumba-lumba untuk mempelajari ilmu daripada mereka. Akhirnya, kita meneruskan ketamadunan mereka yang pada asalnya adalah bersumberkan daripada kita. Tidak salah untuk mempelajari sesuatu daripada mereka tetapi hati-hati. Sesungguhnya mereka tidak pernah redha akan orang mukmin selagi mana kita tidak mengikuti mereka…

 
Leave a comment

Posted by on May 29, 2009 in Usrah ISDEV

 

"Aku tidak tahu"

Sana sini perbincangan. Saya sendiri tidak tahu perkara yang
Dr. Zahari Hamat dan rakan-rakan bincangkan sewaktu setibanya kami di Danau Toba.
Bincang tentang research kot.

“Akak tak faham. Kenapa dia mulakan perbentangan dia dengan menyebut jumlah ayat dalam al-Quran yang dia kata dia kira?. Tak ada kaitan dengan tajuk dia pun”. Kakak yang duduk di sebelah saya bersuara sewaktu seminar tentang wakaf di Aula Asrama Haji Medan. Saya ingat saya seorang sahaja yang berfikiran sedemikian rupa tetapi ada juga yang sedar tentang hal tersebut.

“Entahlah, tapi yang lebih pelik dia kata dia yang kira jumlah ayat al-Quran yang diterima dari Mekah. Lagi satu, dia kata, bila kita nak berikan sesuatu pendapat jangan ambik apa yang orang cakap atau kaji tetapi terangkan apa yang kita kaji”. Saya juga kebingungan memikirkannya.
“Tapi kak, akak perasan tak sebelum dia bentang, panel yang sebelumnya banyak membentangkan pendapat orang lain…kajian orang lain. Sebab tu dia cakap macam tu kot.” Tambah saya.
“Betul juga”. Beliau mengiakan perkara yang saya katakan.

Kijang Inova merupakan kenderaan rasmi Universitas Muhammadiyyah Sumatera Utara (UMSU).
Juga merupakan kenderaan yang saya dan rakan-rakan sewaktu di sana. Papan berwarna-warni di belakangnya merupakan banner yang diperbuat daripada bunga tiruan membentuk huruf-huruf.
Banner tersebut digunakan untuk sebarang sambutan sama ada kematian, kenduri dan sebaginya.
Terdapat kedai khas yang menawarkan perkhidmatan tersebut.

“Saya tak kesah dia nak cakap atau nak perli ke..tapi masalahnya apa yang dia cakap seolah-olah al-Quran tu banyak versi…ada banyak ayat. Dia ada cakap juga, al-Quran yang ada 6666 ayat al-Quran apa…mana datangnya ayat yang lebih tu?” Saya mengemukakan ketidakpuasan hati saya.

“… Al-Quran tetap satu tapi yang kira jumlah ayat tu para ulama yang arif tentang al-Quran. Ada yang kira ikut tanda waqaf, ada yang mengira ikut tempat berhenti mengikut tanda-tanda yang wajib berhenti dan banyak lagilah cara. Contoh dalam Surah al-Baqarah. Pada awal surah ada tiga titik pada dua tempat dan bacaannya perlu berhenti pada salah satu tanda tersebut. Sebab tu jumlah ayat jadi berbeza. Tapi bila dia cakap di khalaya umum…ni yang masalah ni”. Saya cuba berhusnuzan dengan perkara yang berlaku…mungkin cara pembentang tadi begitu. Tetapi sukar sekali untuk berbuat demikian.

Bila terkenagkan peristiwa tersebut.. hati saya akan bertambah bimbang. Apabila masyarakat meletakkan seseorang itu di dalam kedudukan golongan yang bijak pandai dan menjadi rujukan tetapi perkara yang disampaikan olehnya bercanggahan sekali dengan ilmu pokok yang sepatutnya seseorang itu kuasai maka akan berlaku kekeliruan masyarakat Islam yang mengikutnya.

Namun kebimbangan saya sedikit terubat apabila ada hadirin yang bertanya tentang ayat al-Quran tersebut. Walaupun sebenarnya bagi saya masih belum tepat perkara yang sepatutnya disampaikan.

Beliau mengatakan setahu beliau ayat al-Quran ada 6666 ayat dan kemudia beliau membahagikan jumlah ayat tersebut kepada kategori-katogerinya seperti ayat hukum, ayat yang berkenaan dengan kisah para nabi dan ayat yang berkenaan dengan doa dengan menyebut jumlah ayat untuk setiap kategori tersebut. Tetapi jawapan yang sama tetap diberikan oleh pembentang tadi.

Saya masih ingat cerita yang disampaikan oleh Dr. Jasni Sulong (atau Dr Nizam Sahad, aya lupa siapa yang bercakap mengenainya) sewaktu kuliah Pembangunan Modal Insan. Suatu ketika Imam Malik pernah ditanya 40 soalan dalam satu kuliah ilmu dan 32 soalan daripada 40 soalan tersebut dijawab oleh beliau dengan jawapan “Aku tidak tahu”.

Apabila diteliti, adakah benar seorang ulama besar tidak tahu jawapan. mungkin benar…tetapi bukan Imam Malik tiada jawapan tetapi ulama tersebut lebih suka membenamkan pendapatnya sendiri daripada dikemukakan kepada umum dan soalan yang dikemukakan kepadanya bukanlah soalan yang melibatkan hal-hal yang bercanggahan dengan akidah yang boleh merosakkan iman jika tidak dijawab oleh Imam Malik.

Bagi saya, selalu-selalulah belajar untuk menyebut perkataan ‘saya tidak tahu’. Perkataan ini lebih baik berbanding menerangakn sesuatu yang ia merupakan pendapat kita… Renung-renunglah diri sendiri sebelum mengemukakan pendapat…takut dan bimbang membawa kerosakan kepada orang lain. Selalu saya ingatkan, supaya mencari titik persamaan, jangan cari titik perbezaan. Jika kita tahu sebab mengapa berlaku perbezaan, kita akan senang dengan perbezaan tersebut kerana terasnya sama. Cuma hujah yang kita kemukakan berbeza

Surah al-Rum ayat 41 juga ada mengingatkan kita, yang bermaksud; “Telah datang kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)” Ayat ini mengingatkan kita tentang bencana yang berlaku adalah disebabkan manusia itu sendiri.

Walau bagaimanapun, suatu perkara yang seharusnya kita contohi, masyarakat Indonesia sangat suka bertanya. Soalan yang ditujukan amat kritikal dan tajam. Apabila sesi soal jawab dibuka, maka akan ramai yang ingin bertanya. Fenomena ini jarang sekali berlaku di Malaysia. Kenapa? Entahlah…Malu atau malas…antara dua.. “Biarlah orang lain tanya?…sama je dengan apa yang saya nak tanya”…Tetapi sampai bila?

 
4 Comments

Posted by on May 20, 2009 in Usrah ISDEV

 

Seminggu Di Rantau Orang

Sebahagian pensyarah dan pelajar PhD serta master yang turut ke Medan.
(Gambar ini diambil semasa lawatan ke Pulau Samose di Danau Toba)

“Kak Radieah, macam mana pi Aceh, best tak? Banyak shopping?”
“Bila masa pula awak dapat berita Kak Radieah pi Aceh?..Kak Radieah pi Medan lah”.
“Awak nak Kak Radieah shopping ape? Tak ada apa pun yang nak di shoppingkan”.
Soalan shopping apa..tidak pernah hilang dari pertanyaan setiap yang bertanya.. Hakikatnya memang tidak ada yang hendak saya belikan. Kata orang Indonesia adalah diantara syurga untuk membeli-belah. Tetapi bagi diri saya, saya tidak tahu ole-ole apa yang harus saya bawa pulang. Tetapi beg pakaian saya sarat dengan buku-buku yang dibeli di kedai-kedai buku di sana.

Indonesia sebuah negara yang sederhana pembangunannya. Walaupun sederhana, saya dapati ideologi politik tidak terlalu mencorak kehidupan mereka berbanding di Malaysia. Walaupun masyarakat Indonesia merasakan kekuasaan politik penting, tetapi bagi saya tempiasnya tidak keterlaluan berbanding di Malaysia. Buktinya mereka boleh menubuhkan universiti yang dikelola oleh ahli keluarga mereka sendiri, organisasi-organisasi untuk menjaga kepentingan mereka juga wujud. Contohnya organisasi yang mengelola harta wakaf.

Jadi tidak menjadi suatu perkara yang menghairankan, sekiranya di Medan sahaja, mereka memiliki hampir puluhan, malah hampir angka ratusan universiti yang dikelola oleh komuniti mereka sendiri.

Tempias politik juga tidak mengguasai penjual dan pembeli di Indonesia. Buktinya kedai buku yang saya kunjungi, mudah sungguh untuk saya temui buku-buku berunsur agama. Di Malaysia, buku-buku tulisan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, buku-buku haraki dan sebagainya sukar sekali untuk ditemui. Hanya kedai-kedai buku tertentu sahaja yang menjual buku sedemikian rupa.

Pernah satu ketika saya bertanya kepada tuan kedai buku di salah sebuah kedai buku di Pulau Pinang, “Pak cik, buku tulisan Nik Aziz ada tak?”
“Maaflah, pak cik tak mahu terlibat dengan politik?”
Jawapan yang diberikan walaupun mengecewakan saya, tetapi saya faham situasi penjual buku seperti pak cik tadi. Di Malaysia, peniaga jika berpegang kepada ideologi politik maka pembeli yang berbeza politik dengannya tidak akan mengunjungi kedai tersebut. Akibatnya buku-buku terbaik yang seharusnya dibaca oleh masyarakat tidak mendapat tempat di kedai-kedai buku popular seperti Popular, Borders, di Queensbay Mall, Pulau Pinang dan banyak lagi kedai buku yang menjadi tumpuan umum.

Tetapi saya dapat merasakan situasi sebegini akan berkurang kerana kedai buku Popular, Bukit Jambul Pulau Pinang, misalnya telah mula menjual buku-buku karangan Tuan Guru Nik Abdul Azizi kira-kira sebulan yang lalu. Sebelum ini, sukar sekali saya temui. Terkejut juga saya apabila buku tersebut tersusun di rak kedai buku tersebut.

Saya dan rakan-rakan serta pensyarah-pensyarah yang ikut serta ke conference wakaf di Universitas Muhammadiyyah Sumatera Utara, Medan juga berkesempatan ke Danau Toba yang terletak di daerah Pharapat (how to spell). Perjalanannya dari Medan ke Danau Toba memakan masa kira-kira enam jam. Walaupun kami melalui lebuh raya, tetapi penyelenggaraan lebuh raya di sana tidak sebaik di Malaysia. Setibanya di Danau Toba, saya mengakui, alam yang dianugerahkan Allah kepada hambaNya sangat indah…sangat cantik. Tetapi ia hanya dapat dirasai dan dinikmati oleh manusia yang mahu berfikir.

Kubah ini adalah bersaiz paling kecil. Terdapat pelbagi saiz yang dipamerkan

Sepanjang perjalanan ke Danau Toba, saya dapat menyaksikan perusahaan membuat kubah masjid hampir menjadi perusahaan utama di sana. Hampir setiap tiga sehingga lima kilometer ada sahaja kubah-kubah masjid dipamerkan di tepi-tepi jalan bagi menarik pelanggan untuk membeli atau menempahnya. Pada mulanya saya agak pelik dengan situasi ini.

Tetapi apabila melihat suasana di situ, yang masjidnya hampir setiap tiga atau lima kilometer perjalanan terdapat sebuah masjid, dan keluasan masjid tersebut tidak terlalu besar yang mampu memuatkan kira-kira 50 sehingga 100 jemaah dalam satu-satu masa. Masjid yang banyak dibina secara tidak langsung memungkinkan perusahaan kubah masjid berkembang di sana. Malah tidak menjadi suatu perkara yang pelik sekiranya di sesebuah pasaraya terdapat masjid yang turut mendirikan solat Jumaat, seperti yang saya telah ceritakan di dalam entry yang lepas.

Danau Toba airnya hujau. Di waktu petang airnya berombak ditiup angin kencang.

Kata orang ‘hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri’. Tetapi saya suka untuk menterbalikkan peribahasa tersebut menjadi ‘hujan batu di negeri orang, hujan emas di negeri sendiri’… Rakyat Malaysia tinggal di dalam keadaan yang sangat selesa. Seharusnya keselesaan tersebut digunakan sebaik mungkin untuk menegakkan Islam di bumiNya. Tetapi masalah yang timbul kita terlalu alpa dengan nikmat keselesaan tersebut…kita kufur dengan nikmatNya.

 
Leave a comment

Posted by on May 15, 2009 in Usrah ISDEV

 

Petanda Kebahagiaan Dunia

Sedang saya menelaah pelajaran untuk menghadapi kertas peperiksaan seterusnya saya satu persatu slide presentation saya baca, saya bertemu dengan satu slide tentang athar (kata-kata sahabat) yang mengingatkan saya tentang peristiwa pagi tadi (14 April 2009).

Alhamdulillah walaupun baru sahaja habis kertas peperiksaan pertama, saya berkesempatan menziarahi seorang sahabat yang ibu kesayangannya telah pergi ke rahmatullah. Saya difahamkan arwah pening kepala akibat darah tinggi yang dihidapinya sehingga menyebabkan arwah terjatuh dan kepalanya terhentak. Akibat daripada hentakan tersebut berlakunya darah beku di otak sehingga menghalang darah mengalir ke seluruh bahagian otak. Keadaan tersebut membuatkan arwah koma dan membawa kepada kematiannya.

Melihat wajah si ibu, saya dan rakan-rakan yang berkesampatan menziarahinya, kami dapat merasakan bahawa senyuman di bibir yang terlukis di wajahnya petanda seni kehidupan yang dilukisnya telah dilukis dengan baik untuk dipersembahkan kepada Maha Pencipta sewaktu dipanggil kelak.

Melihat kepada ramainya individu yang datang menziarahai jenazahnya, amalan yang membuatkan individu yang masih hidup menggagumi dan menyebut-nyebutnya serta anak-anak yang soleh dan solehah ditinggalkannya menjadi bukti kepada kami kebahagiaan yang arwah miliki. Semoga rohnya dicucuri dengan rahmatNya… Amin.

Saya juga masih ingat akan cerita Dr Nizam. Dr. menceritakan bahawa beliau berpengalaman mengangkat jenazah yang sangat berat sehinggakan beliau merasakan tidak terpikul dan ingin melepaskannya dan pernah juga mengangkat jenazah yang sangat ringan sehingga terdetik dihatinya ‘moga-moga jenazahku adalah ringan sepertimana jenazah yang sedang aku pikul ini’. Semoga jenazah kita semua nanti tidak berat tetapi ringan kerana rahmat Allah mengiringi kita sama ada sewaktu kita masih hidup mahupun kembali kepadaNya. Jika diharapkan amalan…jauh sekali.

Kembali kepada slide yang saya maksudkan. Saya copy paste slide Dr Nizam Sahar untuk anda semua.. Slide ini saya kongsikan bersama supaya menjadi kayu ukur untuk hidup kita, sama ada kita bahagia atau sebaliknya…

Dari Ibnu Abbas ra, ada 7 petanda kebahagiaan dunia, iaitu :
1. Qalbun syakirun atau hati yang selalu bersyukur
2. Al azwaju shalihah, iaitu pasangan hidup yang soleh
3. Al auladun abrar, iaitu anak yang soleh
4. Al biatu sholihah, iaitu lingkungan yang kondusif untuk iman kita

(hidup dalam persekitaran masyarakat yang soleh dan solehah)
5. Al malul halal, atau harta yang halal
6. Tafakur fi dien, atau semangat untuk memahami agama
7. Umur yang barakah

Moga-moga seni kehidupan kita dapat kita aturkan dengan seni yang menarik. Perkara yang penting bukan menarik di pandang manusia yang kita harapkan tetapi menarik, indah, cantiknya… ialah apabila di pandang oleh Allah S.W.T.

 
1 Comment

Posted by on April 15, 2009 in Usrah ISDEV