RSS

Rancang ke Syurga

Give Way - Mudahkanlah cara untus sesiapapun ke Syurga

Give Way – Mudahkanlah cara untus sesiapapun ke Syurga

Ada yang suka tulis diari. Tetapi saya bukan yang suka tulis diari. Sebab saya tak tahu apa yang saya nak tulis. Saya rasa kalau saya ada diari, saya akan tulis apa yang perlu saya buat. Bukan apa yang telah saya buat.

Bagi saya, perkara yang telah saya buat biarlah malaikat kiri dan kanan saya yang tulis. Harap-harap, malaikat kanan lebih banyak menulis daripada malaikat kiri. Kalau nak harap malaikat kiri tak tulis langsung tu macam mustahillah pula. Sebab saya manusia biasa. Bukan manusia maksum. Bukan juga malaikat. Yang pasti saya bukan Iblis.. bukan juga syaitan.

Saya suka susun perkara yang perlu saya lakukan akan datang supaya setiap kerja saya tersusun. Alhamdulillah, perkara yang telah menjadi habit ni telah memudahkan kehidupan saya terutama semasa menulis tesis.

Walaupun adakalanya tidak menepati apa yang ingin saya capai, tetapi ia merupakan guard line kepada saya untuk hasilkan tesis terbaik. Hari ni tak capai esok boleh capai. Insya Allah.

Tetapi ada juga yang kata saya ni sterotipe. Buat kerja yang sama. Biar jelah apa pun orang nak kata. Sebab sekurang-kurangnya saya telah susun kehidupan saya supaya saya boleh jadi baik.

Saya susun kehidupan saya untuk mudah masuk syurga. Saya tak mahu masuk neraka. Baunya pun saya tak mahu hidu.

Rancang ke syurga itu mudah. Tetapi nak buat itu yang susah. Ia perlukan disiplin. Carilah perkara yang mudah-mudah untuk ke syurga. Jangan yang susah-susah. Percayalah, hidup ini indah. Ambillah yang indah-indah tersebut.

Usaha untuk kita ke syurga juga memerlukan kita memudahkan orang lain ke syurga. Janganlah kita kata pada orang lain “Awak sepatutnya perlu kutip pahala daripada saya…” Kalau jumpa orang yang macam ini, tak usahlah bergaul rapat dengannya. Nanti kita susah, susah untuk masuk syurga. Carilah jalan lain yang lebih mudah untuk ke syurga. Syaitan ini kreatif. Jadi kita perlu kreatif daripada syaitan.

Permudahkanlah orang lain untuk ke syurga. Dengan itu kita juga akan mudah untuk ke syurga. Insya Allah. Ameen.

 

Tags: ,

Imam Sembahyang dan Pemimpin Negara

“Mak cik, macam mana mak cik pilih imam sembahyang” Tanya Ali.

“Mak cik pilih yang pandai baca Qur’an lah. Pilih yang tahu hukum agama. Pilih yang baik-baiklah. Imam sembahyang bukan boleh buat main-main” Jawab Mak Cik Senah bersungguh.

“Kalau imam tu mak cik rasa dah baik dah. Tapi dia buat salah dalam sembahnyag. Jemaah dah tegur dah. Tapi dia buat tak tahu je. Mak cik buat apa?” Tanya Ali lagi.

“Kita mufaraqahlah. Tinggalkan imam tu. Mana boleh ikut imam yang tak betul macam tu. Tak sah sembahyang kita” Jawab Mak Cik Senah penuh keyakinan.

“Dah tu mak cik, dalam politik pun sama lah. Kalau sembahyang lima minit je pun kena tengok betul-betul siapa yang jadi imam ni kan pulak dalam politik. Pemimpin tu perintah kita sampai lima tahun. Kalau salah, dah ditegur pun buat tak tahu je. Kena cari pemimpin lain lah kan mak cik kan?” Tanya Ali lagi.

“Salah benda yang pemimpin kita buat?” Tanya Mak Cik Senah pula.

“Kalau dalam solat ada rukun yang kita perlu tahu, dalam politik pun dah tentu ada rukun, pantang larang yang perlu kita tahu mak cik. Kalau kita tak tahu sebab tulah dengan mudahnya pemimpin boleh tipu rakyat. Mak cik, kena baca banyak-banyak. Jangan baca Utusan, tengok TV je. Semua benda kita kena baca. Kita kena tengok. Dah baca dan tengok, kita telitilah sendiri dengan akal fikiran dan iman yang kita ada. Lima tahun tu mak cik, bukan lima minit”.

 
Leave a comment

Posted by on May 23, 2013 in Uncategorized

 

Cakna Politik

Ramai yang tak suka politik.

Bosan katanya.

Asyik bergaduh je.

Ada juga yang kata politik tu hak masing-masing. Siapa yang suka dia boleh menyibukkan dirinya dengan politik. Siapa yang tak suka, ikut suka dia lah nak buat apa. Lantak lah dunia nak terbalik ke, Malaysia dah nak muflis ke, apa aku kesah. Lebih kuarang macam tulah.

Tapi ahli agama pula juga yang kata, “Eh politik tu tak boleh dipisahkan dengan agama. Sebab politik tu sebahagian dari agama. Kalau kita pisahkan politik tu dengan agama, maksudnya kita ni sekular. Politik suku, agama suku”.

Tapi ni saya pula yang kata, “Kalau tangan kita kotor, kenapa kita terpaksa bawak sekali dengan badan-badan kita ke sink untuk basuh tangan kita ni je yang kotor. Kenapa tak tangan tu je yang pergi sendiri basuh? Kalau dah tak boleh terpisah antara tangan dengan badan untuk basuh tangan yang kotor tu, dah tentu politik juga kita tak boleh nak pisahkan dengan kehidupan kita. Kita perlu cakna apa yang berlaku”.

 
Leave a comment

Posted by on May 23, 2013 in Uncategorized

 

Undi Siapa?

Pemimpin menentukan polisi

Pemimpin menentukan polisi

Polisi sesebuah negara digubal berdasarkan majoriti 2/3 undian yang dipilih dalam sidang Parlimen. Ini bermakna sesebuah pengubalan bergantung kepada undian individu yang berada di Parlimen. Begitu juga yang berlaku di Dewan Undangan Negeri di setiap negari di Malaysia.

Oleh itu, pemilihan calon amat penting kerana mereka yang akan menentukan polisi negara. Di Malaysia, parti yang bertanding lebih memiliki kuasa untuk menentukan polisi tersebut berbanding calon kerana parti yang berkuasa yang bakal menentukan polisi negara.

Jadi pembuangan undi oleh pengundi perlu menitikberatkan pemilihan parti berbanding pemilihan calon semasa mengundi. Sama ada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat, kedua-duanya merupakan parti besar yang bakal memerintah negara selepas Pilihan Raya 2013. Kedua-dua parti ini bakal menentukan polisi negara.

Berdasarkan situasi di Malaysia ini, sudah semestinya pengundian perlu ditentukan mengikut integrit, amanah, jujur dan lain perkara yang dimiliki parti tersebut bukan lagi kepada calon walaupun calon adalah amanah. Tetapi disebabkan calon tersebut bertanding mewakili parti  yang tidak amanah, maka calon tersebut tidak boleh sama sekali dipilih menjadi wakil rakyat. Sebaliknya sekiranya calon kurang amanah tetapi partinya merupakan parti yang amanah maka pemilihan perlu dilakukan kepada calon yang kerang amanah tersebut kerana calon tersebut mewakili parti yang amanah. Pucuk pimpinan parti akan menentukan segala tanggungjawab yang dipikul oleh calon yang kurang amanah tersebut melakukan kerja dengan amanah.

Selamat mengundi!

 

Tags: , , , , ,

Pilihan Raya itu Perang

Selamat Mengundi

Perang bermakna setiap perkara yang saling bertembung diakhir akan lahir pihak yang kalah dan pihak yang memang. Perang dalam Islam bertujuan hanya sebagai balasan untuk mempertahankan kesucian Islam, bangsa, keluarga dan diri sendiri daripada ancaman. Ini bermakna perang tidak semestinya hanya apabila melibatkan bom, senapang, pedang dan sebagainya. Perang boleh jadi melibatkan pertembungan ilmu pengetahuan kerana pada hari ini siapa yang menguasai ilmu pengetahuan, dia bakal menakluki dunia.

Perang juga boleh dinisbahkan kepada pilihan raya kepada perang kerana ia melibatkan amar makruf nahi mungkar. Kewajiban untuk menegakkan yang hak dan membenamkan yang mungkar terjadi semasa pilihan raya terletak di tangan pengundi. Pengundi itulah tentera-tentera di medan perang walaupun hanya menggunakan sebatang pen dan tempoh masa menggunakan pen tersebut hayalah seketika.

Oleh itu, hukum yang dikaitkan dengan perang juga boleh dikiaskan ke atas perlaksanaan pilihan raya. Hukum mengundi misalnya adalah wajib sebagaimana turun untuk berperang juga adalah wajib. Hukum tidak menggundi adalah berdosa besar sebagaimana hukum meninggalkan medan perang.

Oleh itu, hukum mendaftar menjadi pengundi juga wajib kerana tanpanya tidak mungkin seseorang itu dapat mengundi. Hal ini boleh dinisbahkan kepada hukum fiqh “Sesuatu perkara itu tidak menjadi wajib melainkan dengannya, oleh itu ia menjadi wajib”.

Selamat mengundi.

 

Tags: , ,

Ka’abah dari sisi Aiman

Aiman Atif

‎”Aiman simpan duit nak buat apa?” tanya Ummi.
“Aiman nak pergi Ka’abah” Jawab Aiman bersungguh.

*****
“Train Ummi.. train”. Aiman minta Ummi pasangkan set keretapinya.
“Nak buat apa pasang. Ummi ada kerjalah. Kejap lagi boleh”. Jawab Ummi.
“Aiman nak pergi Ka’abah”. Kata Aiman.
“Nak pergi Ka’abah dengan train?” tanya Ummi.
“Pergi Ka’abah dengan train”. Jawab Aiman.
“Boleh ke pergi Ka’abah dengan train?”. Tanya Ummi.
“Boleeeeeeeeh”. Jawab Aiman bersungguh.

 
 

Tags:

Ibrah Seorang Pengembara

Makan Tengahari di South Bank, Brisbane Australia

Makan Tengahari di South Bank, Brisbane Australia

Jika dulu di usia kanak-kanak dan remaja, saya suka aktiviti lasak. Suka mengembara. Mendaki gunung juga bukit. Meredah paya, sungai, air terjun juga laut. Memancing dan lain-lain. Berkebun dan bercucuk tanam. Semuanya ditemai ayah. Tetapi itu dahulu.

Aktiviti lasak tersebut telah lama saya tinggalkan. Saya tidak lagi berpeluang untuk melakukan perkara-perkara tersebut lagi. Namun, ia bukan alasan untuk memadamkan minat saya itu. Masih lagi suka mengembara tetapi dari sudut yang berbeza. Kalau dulu saya sendiri akan mendaki gunung dan bukit. Tetapi kini saya berpeluang membaca pengalaman individu lain yang Allah beri peluang luas kepada mereka. Melihat perspektif individu lain dalam minat yang sama. Membaca travelog kehidupan mereka. Melihat foto-foto mereka.

Kata orang semakin jauh kita mengembara, semakin luas pengalaman kita tentang kehidupan. Ya, memang benar. Mengembara membuatkan kita banyak bersabar. Melatih kita untuk tidak merungut dengan kepayaan. Melatih kita untuk mengejar waktu yang masih tersisa. Semuanya perlu dilakukan dengan pantas. Mengembara, tiada jalan mudah. Semuanya ditempuh dengan kepayahan.

Namun, dalam kepayahan itu mengajar saya erti bahawa hidup yang kita sedang tempuh ini merupakan hidup yang payah. Berdepan dengan pelbagai manusia. Ada yang bertopeng, ada yang jujur, ada yang tabah, ada yang penipu, ada yang.. ahhh.. macam-macam perangai manusia.

Ya, Allah, ya Tuhanku. Tabahkanlah aku dan zuriat keturunantu mengharungi dunia yang diselubungi pelbagai fitnah ini. Jauhkanlah kami daripada fithan dunia, fitnah di kubur dan fitnah di Padang Mahsyar nanti.

 

Tags: