RSS

Category Archives: Kemudi Rumah Tangga

‘Chop’, enti ana punya!

"Chop, enti ana punya!" Walaupun hakikanya 'chop' tersebut tidak disertai dengan cincin.

“Chop, enti ana punya!” Walaupun hakikanya ‘chop’ tersebut tidak disertai dengan cincin.

“Chop, saya dulu. Saya dulu. Jadi orang lain tak boleh ambik. Yang ni saya punya!”

Teringat zaman kanak-kanak dulu. Main chop-chop. Satu istilah yang digunakan untuk mendapatkan barang atau tempat duduk. ‘Siapa cepat dia dapat’. Macam tulah lebih kurang.

 Tapi tak sangka pula, setelah dewasa ada juga yang meneruskan ‘permainan ini’.

Kalau pada zaman kanak-kanak dulu, ‘chop’ untuk dapatkan barang yang ingini. Tetapi setelah dewasa ‘chop’ itu masih digunakan tetapi dengan istilah yang berbeza dan ‘barang’ yang lebih luar biasa.

 Bila dewasa istilah ‘chop’ bertukar kepada merisik. Barangnya pula bertukar kepada ‘perempuan/wanita’. Atau bagi yang lebih berani, si wanita pula yang pergi ‘chop’ lelaki. Apapun, keberanian si wanita tidak perlu dipersoalkan kerana ia tidak bertentang dengan syarak. Biarlah wujud istilah ‘perigi cari timba’ sekalipun.

‘Chop’ di era dewasa ini sangat berbeza dengan era kanak-kanak. ‘Permainan Chop’ orang dewasa diiringi tanggungjawab. Sama ada sebelum, semasa apatah lagi selepasnya.

 “Jadi tak boleh lah ‘chop’ awal-awal?”

Bukan tak boleh tapi ‘AWAS’ takut nanti terjebah dengan cinta Ukhti Barbie dan Akhi Ken atau Cinta Anta Anti. Sungguh, perkara ini akan berlaku sekiranya mujahadah tidak teguh. Kalaupun teguh, sukar sekali untuk istiqamah sehingga selesai akad nikah.

Jadi kalau tidak bersedia memikul amanah dan tidak tahu anda mampu istiqamah untuk terus bermujahadah, jangan sekali-kali ‘bermain chop-chop’. Mujahadah itu perlu, istiqamah perlu selalu.

Syaitan dan iblis ini kreatif dik! Sayangnya kita selalu tidak mampu menjadi lebih kreatif dari mereka. Kalaupun kita kreatif untuk ‘chop’ awal-awal kerana bimbang orang lain ‘chop’ dulu. AWAS kerana anda sedang bermain dipinggir kekreatifan syaitan. Kalau tidak ‘bermain chop’ sekalipun elaklah menjadi ‘pejuang sentimental‘. Sebagaimana persan Ust Hasrizal ” Jangan lembik. Jangan layan komik, novel, portal, blog, animasi, hatta nasyid yang menjejaskan kelelakianmu!”.

Pesan saya yang terakhir ‘jangan asuh nafsumu walau dengan apa cara sekalipun. Sama ada melalui pakaian, makanan, bacaan, penglihatan dan lain-lain.

 

Tumbesaran Bertentangan dengan Tarbiyyah

Tumbesaran perlu seiring tarbiyyah

Tumbesaran perlu seiring tarbiyyah

Ramai ibu bapa akan berbangga sekiranya memiliki anak-anak. Semakin membesar mereka, ibu bapa semakin gembira. Melihat anak mereka mula pandai berjalan, pandai berkata-kata.

“Besar dah anak ummi ni”. Biasanya perkataan itu akan selalu keluar daripada mulut ibu bapa melihat anak-anak mereka yang semakin membesar dan pandai malakukan itu dan ini.

Ya.. benar. Anak yang kecil akan membesar. Itu kerja Allah. Allah telah takdirkan untuk anak-anak tersebut membesar dengan sempurna. Alhamdulillah..

Masalahnya sekarang, tumbesaran anak-anak tersebut tidak seiring dengan tarbiyyah yang seharusnya anak-anak tersebut peroleh. Tidak dapat dinafikan ada ibu bapa yang memberi tarbiyyah sedari kecil kepada anak mereka.Namun, tarbiyyah yang diberikan tidak seimbang antara dunia dan akhirat.

Jadi, selaku orang dewasa, sama ada yang belum berkahwin, yang telah berkahwim, yang telah memiliki anak atau yang telah memiliki anak-anak yang telah pun memiliki anak, kita perlu sentiasa muhasabah. Perlu sentiasa kita ingat bahawa setiap kali kita melihat anak-anak itu membesar atau kita mengatakan “dah besar dah anak ummi ni”, kita perlu tanya pada diri kita, adakah tumbesaran yang sempurna telah Allah anugerahkan seiring dengan tarbiyyah yang kita berikan?

 
Aside
Komputer kita boleh kita selalu upgrade. Tetapi pendidikan anak-anak kita selalu terlupa upgrade.rade.

Komputer kita boleh kita selalu upgrade. Tetapi pendidikan anak-anak kita selalu terlupa upgrade.

Renew, update, upgrade and whatever word yang seangkatan dengannya, selaku individu yang berstatus ibu atau bapa, anda perlu melakukannya untuk kebaikan dan kesejahteraan anak anda. Adalah amat memelikkan apabila teknologi yang kita miliki seperti komputer, I-Pad, laptop, telefon dan sebagainya mampu kita upgrade supaya ia mengikut peredaran zaman tetapi untuk anak-anak, kita gagal melakukannya. Selalunya yang kita upgrade atau update, pakaian, makan minum dan permainan mereka. Tetapi dari sudut pentarbiyyahan atau pendidikan kita gagal untuk berbuat demikian.

Masa yang sangat pantas bergerak ditambah pula dengan dunia teknologi yang sangat pantas berkembang tidak lagi mengizinkan ibu bapa hanya mendidik anak mereka dengan cara mereka berdasarkan zaman mereka. Bahkan hal ini telah diingatkan oleh Saidina Ali;

“Didiklah anak-anak kamu mengikut zaman mereka dan bukan zaman kamu dilahirkan”.

Contoh paling mudah, ibu bapa akan dikatakan ketinggalan zaman sekiranya masih mendidik anak mereka membaca dengan memperkenalkan huruf. Pada masa ini sukatan pelajaran peringkat sekolah telah berubah daripada memperkenalkan huruf kepada memperkenalkan bunyi huruf. Huruf yang saya maksudkan di sini adalah termasuk huruf hijaiyah / jawi (ا, ب,ت) atau rumi (A, B, C). Ia dinamakan Kaedah Fonik/ Fonetik bagi bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Bagi huruf hijaiyah, huruf tersebut terus diperkenalkan dengan baris tanpa memperkenalkan huruf-hurufnya. Ini bermakna anak-anak terus dapat membaca berdasarkan bunyi huruf bukan lagi perlu mengeja.

Berdasarkan penelitian saya telah terdapat kaedah terbaru dengan mengabungkan kaedah membaca berdasarkan mengeja dengan kaedah foneik (klik sini). Jadi, sekiranya ibu bapa masih menggunakan kaedah lama mengajar anak mereka membaca, ia bukan sahaja membazir masa dan tenaga anda tetapi ia juga akan merugikan anak anda.

Oleh itu, upgrade selalu pengetahuan anda tentang dunia anak-anak anda. Perlu kita ingat dunia mereka akan lebih mencabar daripada dunia yang kita lalui sekarang. Jadi persediaan yang anda lakukan terhadap mereka juga seharusnya perlu jauh terkehadapan berbanding kita.

 

Jadi tidak hairanlah ramai ibu bapa yang berusaha memberi pendidikan terbaik kepada anak-anak mereka bukan sahaja di rumah tetapi setelah mereka mula bersekolah sebagaimana Ust Hasrizal;

Jika kita perlukan satu sebab Duniawi untuk menjadi kaya, jadikanlah pendidikan anak-anak sebagai salah satu daripadanya. Saya mulakan kerjaya di Malaysia dengan gaji RM800 sebulan semasa sudah ‘beranak dua’ dan bekerja keras agar menjelang usia mereka 7 tahun, mereka tidak saya serahkan kepada pendidikan percuma yang diformulakan oleh sebuah pemerintahan IGNOCRACY. Kerajaan yang mahu mengekalkan kelumpuhan berfikir rakyat (IGNORANCE). Pendidikan anak-anak adalah JIHAD. Duit adalah senjata kasar, di samping AZAM sebagai senjata halus.

Abi Perlu Update, Ummi Perlu Upgrade

 

Mencipta Suasana

Pastikan anakmu soleh!!!

Saya tidak mahu mengulas panjang tentang video di atas. Anda sendiri yang bakal mencorak cara fikir, gaya hidup, matlamat hidup anak anda.Susana dunia yang hari ini amat mencabar buat kita dan juga generasi akan datang. Apapun adakah kita yang mencipta suasana atau suasana yang mempengaruhi kita?

Sebagai seorang mukmin seharusnya kita yang mencipta suasana, mencoraknya dengan meletakkan setiap pandangan Allah adalah pandangan utama. Sebaliknya jangan sekali-kali kita terpengaruh dengan suasana yang meletakkan nafsu di hadapan setiap pertimbangan kita.

Prof. Dr. Muhaya Mohammad “Didik anakmu ucap kalimah lailahailallah dan menjadi ahli syurga” – klik sini untuk dengar kupasan tentangnya.

Cipta suasana untuk mendidik kita dan orang sekeliling kita terutama anak-anakmu mengenal Allah dan menyayangi-Nya. Begitu juga dengan Rasulullah s.a.w. Cipta juga suasana supaya kita semua perihatin dan sayang terhadap saudara-saudara Islam kita terutama saudara mara kita yang berada di Palestin. Cipta juga suasana yang membolehkan kita dan orang sekeliling kita peka terhadap agenda musuh kita.

Sukar untuk mencipta suasana tetapi penting untuk menciptanya. Jangan biarkan anakmu lebih mengenali kartun Ultraman, Batman, Superman dan lain-lain sehingga si kecil ini mengatakan watak kartun tersebut lebih berkuasa daripada Allah.

Ummi tak bagi Aiman tengok TV sebab Ummi sayang Aiman

Saya pernah menontonya di Youtube. Apabila seorang guru prasekolah bertanya kepada anak muridnya yang sedang leka menyelak buku Ultramannya sambil menceritakan kehebatan Ultraman kepada rakan-rakannya yang lain. Si guru bertanya “Amin (bukan nama sebenar) antara Ultraman dan Allah mana lagi kuat?” Dengan pantas dan bersemangat Si Anak Kecil itu menjawab “Ultraman”. Puas guru tersebut merangkan bahawa Allah lebih kuat tetapi Si Anak Kecil itu tetap menjawab bahawa Ultraman lebih kuat.

Anda yang cipta suasana untuk anak anda. Jadi tidak perlulah hairan sekiranya anak anda menyatakan Ultraman itu lebih berkuasa daripada Allah. Anda yang mendidiknya. Usahlah terkejut!!!

Saya hanya memberi contoh yang memang benar-benar berlaku apabila kita tidak mampu mencipta dan peka dengan suasana. Ciptalah suasana untuk Islam itu sentiasa dalam hati, pertuturan dan tindak tanduk kita. Kita juga perlu dan mesti peka juga dengan suasana yang dicipta oleh musuh kita.

 

Cabaran Didik Anak di Hujung Usia Dunia

Set flash card Aiman yang ketiga. Set sebelum ini hancur dimakannya
Ibu bapa perlu kreatif untuk mengasuh anak terutama sekali pada dunia akhir zaman ini. Hiburan yang berleluasa menjadikan ia tidak lagi dipandang hina bahkan ia diraikan dan dibesarkan. Jadi tidak hairanlah ramai ibu bapa yang sanggup menghantar anak kecil mereka berlatih bermain alat muzik.Tidak cukup dengan itu, ada juga yang menghantar anak mereka ke rancangan uji bakat berbentuk hiburan. Bahkan mereka diraikan dan dibanggakan sekiranya anak kecil ini berjaya melepasi saringan untuk melayakkan mereka menjadi pemenang dalam rancangan hiburan tersebut.Meluntur setiap kekerasan si anak dengan kelembutan bukan mudah. Kesibukan ibu bapa dengan kerjaya masing-masing juga membuatkan kesabaran mereka untuk mendidik anak-anak tercabut dek rasa letih dengan kerjaya yang akhirnya karenah anak tidak lagi diambil peduli sebaliknya digantikan dengan kekerasan sewaktu mendidik si anak.Kekreatifan syaitan melebihi kekreatifan ibu bapa juga membuatkan didikan ke atas anak-anak lebih bersifat keduniaan yang akhirnya membuatkan si anak lebih mengenali watak-watak kartun mereka berbanding Maha Pencipta.


Yahudi mendidik anak mereka dengan penuh kemewahan dan pembaziran.
Mereka juga didik anak tanpa segan silu dan tidak ada rasa malu.
Nasrani pula mengajar anaknya bertentanggan dengan fitrah kemanusiaa.
Majusi pula mendidik anak mereka dengan sifat suka memberontak.

Masalah dihujung abad seharusnya ditangani oleh ibu bapa sebaik mungkin kerana di tangan mereka terdapat berus pencorak kain si anak. Walaupun tidak menjadi Nasrani, Yahudi atau Majusi tetapi sesungguhnya telah ramai daripada kita telah mengikut jejak langkah Nasrani, Yahudi dan Majusi tadi.

—————
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Anak-anak dilahirkan dalam keadaan fitrah. Maka ibu bapanyalah yang menjadikannya sama ada Yahudi, Majusi atau Nasrani.” (Hadis riwayat Bukhari).

 

Mendidik Anak: Visi dan Misi

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan yang bermaksud :“Siapa yang mempelajari al-Quran ketika masih muda, maka al-Quran itu menyatu dengan daging dan darahnya. Dan siapa yang mempelajarinya ketika dewasa, ilmu itu akan lepas darinya dan tidak melekat pada dirinya, maka dia mendapatkannya pada hal dua kali“. (Diriwayatkan oleh Baihaqi, Dailam dan Hakim).
Satu ketika dahulu dalam era sebelum dan awal kemerdekaan negara, ibu bapa akan cuba mendidik anak mereka pandai membaca al-Quran. Bahkan apabila ada di antara anak mereka yang pandai membaca al-Quran mereka akan sentiasa disebut-sebut.Namun era tersebut telah berlalu. Sesiapa yang pandai membaca al-Quran tidak lagi dipandang setinggi dahulu. Tetapi mereka yang pandai membaca al-Quran secara bertaranum pula menjadi tumpuan umum. Bahkan terdapat banyak pertandingan-pertandingan membaca al-Quran secara bertaranum tumbuh bak cendawan selepas hujan.Walau bagaimanapun, fenomena membaca la-Quran secara bertaranum di era 80an sehingga kini dibapati semakin tidak dihiraukan. Kini memiliki anak hufaz adalah satu kebanggaan kepada ibu bapa. Ia turut menjadi sebutan masyarakat Islam setempat apabila ada dalam kalangan masyarakat mereka ada yang menjadi hafiz atau hafizah.Namun adakah setakat itu sahaja al-Quran tersebut harus dipandang? Andai setakat itu sahaja impian kita terhadap generasi akan datang, kita sebenarnya tidak berpandangan jauh dan tidak memiliki misi yang tinggi untuk memperjuangkan Islam. Sebaliknya visi atau misi ibu bapa Islam atau muslim hanya berada dalam lingkungan pandangan masyarakat atau lebih kepada pandangan untuk mencari glamor.Memang benar 30 juzu’ al-Quran di dalam dada itu penting. Tetapi jika sekadar memperoleh title ‘al-hafiz’ atau ‘al-hafizah’ dibelakang nama zuriat keturunan kita sebenarnya tidak mempunyai banyak bezanya dengan golongan orentalis yang turut menghafal al-Quran. Bahkan mereka memahami setiap isi al-Quran tersebut tetapi sayang kerena mereka menggunakannya untuk memusuhi Islam.

Memahami al-Quran dengan mentaddarbur kandungannya sebenarnya adalah lebih penting supaya al-Quran itu benar-benar hidup dalam masyarakat Islam. Oleh itu, tidak cukup untuk golongan ibu bapa muslim hanya mempunyai misi dan visi menjadikan anak mereka hufaz sahaja. Seharusnya mereka perlu berfikiran jauh sebagaimana ibu Sultam Muhammad al-Fateh.

Sultan Muhammad al-Fateh memiliki visi yang cukup hebat iaitu ingin menjadikan anaknya sebagai pembuka kepada Kota Konstentinopal. Dikisahkan bahawa sejak Sultan Muhammad al-Fateh lahir sehingga masih di bawah jagaan ibunya, Sultan Muhammad al-Fateh telah dibawa ke tebing bukit menghadap tebing Kota Konstentinopal setiap pagi. Sambil menghadap tebing tersebut ibu Sultan Muhammad al-Fateh berkata kepada anak kesayangannya lebih kurang begini “Wahai anakku, di sana terdapat Kota Konstentinopal dan Rasulullah s.a.w pernah bersabda “Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera”. Ketahuilah anakku, engkaulah orangnya”. Setiap hari ibunya tanpa bosan melakukan sedemikian rupa sehingga Sultan Muhammad al-Fateh boleh berjalan.

Bagaimana pula dengan ibu bapa muslim hari ini? Hadith yang mana menjadi matlamat kita? Bagi saya ada satu lagi hadith iaitu berkenaan kemunculan Imam Mahdi. Hadithnya bermaksud sebagaimana berikut; “Kaum kerabatku atan menerima bencana dan penyingkiran selepas aku tiada kelak sehingga datang satu kaum daripada TIMUR”.(Hadith riwayat Ibn Majah).Kalaupun anak kita bukan Imam Mahdi, biarlah mereka menjadi Asbabu Rayati Sud (Pasukan Panji Hitam) pendokong, penolong kanan, tentera atau apa sahaja yang membawa maksud generasi kita yang lahir atau bakal lahir nanti adalah pendokong Islam secemerlang tentera Sultan Muhammad al-Fateh.

 

Jangan Ada Salah

Timang tinggi-tinggi sampai cucur atap
belum tumbuh gigih sudah pandai baca kitab

“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tidak mempersekutukan Allah) tetapi orang tuanya lah yang menjadikan dia seorang yahudi atau nasrani atau majusi. Sebagaimana seekor binatang yang melahirkan seekor anak tanpa cacat, apakah kamu merasakan terdapat yang terpotong hidungnya? (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Hadith yang biasa kita dengar tetapi malangnya jarang sekali kita hayati. Saya katakan kita jarang hayati kerana biasanya kita ambil mudah dengan pendidikan awal kanak-kanak. Terutama sekali apabila kanak-kanak tersebut masih diusia bayi iaitu diusia 0 bulan sehingga setahun. Bagi kita, kanak-kanak atau bayi sekecil itu tidak memahami apa-apa.

Pelik. Apabila mereka masih di alam rahim, si ibu di sarankan sentiasa membaca surah-surah tertentu untuk anak yang sedang dikandungkannya. Tetapi apabila telah melihat dunia pendidikan sebegitu tidak lagi diteruskan atau mungkin kita hentikan buat seketika kerana bagi kita selaku ibu bapa, bayi tersebut tidak mengerti apa-apa. Sekiranya begitulah fahaman kita, mengapa harus bersusah payah untuk membaca surah-surah tertentu sewaktu bayi tersebut di alam rahim lagi? Mengapa perlu dijaga pemakanan si ibu sewaktu sedang mengandungkan si bayi kerana bimbang akan tumbesaran fizikal terutama otaknya yang sedang berkembang terbantut? Tindakan sebegini seolah-olah meletakkan pendidikan di alam rahim itu lebih utama berbanding selepas kelahirannya di dunia.

Kebanyakan daripada kita tidak ada plan tindakan untuk mendidik anak. Mahukan anak sekadar untuk bermain dan bergelak tawa dengannya dengan menidakkan tarbiyyah yang seharusnnya diutamakan oleh kita selaku orang dewasa khususnya ibu bapa mereka.

“Hakikatnya, anak tidak boleh dididik secara spontan, ia memerlukan satu pelan perancangan khas untuk menjadikan lebih mudah dibentuk. Mendidik mereka seperti mengendalikan sebuah syarikat awam yang sentiasa memerlukan plan induk, teknik khas, contingency plan dan monitoring system”.- Ust Zaharuddin. (Klik untuk artikel penuh)

Oleh itu, jangan ada salah dalam mendidik anak. Perlu ada plan tindakan. So what your plan?

 
 

Anugerah Allah s.w.t Buatnya


Ramai yang mengatakan bila puasa biasanya penghasilan susu ibu akan berkurangan berbanding sewaktu tidak berpuasa. Sehinggakan ada ibu yang memberhentikan pemberian susu ibu kepada bayinya. Alasanya kerana susu tidak cukup bahkan ada juga yang mengatakan sangat letih kerana si bayi akan mengambil zat dan tenaga dari si ibu sedangkan si ibu dalam keadaan berpuasa.

Walau apapun alasannya pemberian susu ibu kepada bayi yang umurnya kurang dari dua tahun perlu diteruskan memandangkan susu tersebut merupakan hak bayi tersebut. Allah telah ciptakan susu tersebut buatnya mengapa perlu menidakkan hak tersebut.

Persoalan penat, tidak larat, susu tidak mencukupi dan sebagainya, pulangkan sahaja kepada Allah s.w.t. Insya Allah, semuanya ada ganjaran di sisi-Nya. Cadangan saya, sekiranya benar-benar tidak mampu, gantikan susu ibu dengan air zam-zam. Sebagaimana yang telah Allah s.w.t angugerahkan kepada Nabi Ismail a.s sewaktu ibunya Hajar berlari-lari mencari air di padang pasir untuk diberikan kepada Nabi Ismail a.s yang sedang menangis. Insya Allah, berkat air zam-zam ia juga akan mengenyangkan bayi anda. Sebagaimana maksud hadis di bawah;

“Air Zam-Zam akan melaksanakan pesanan dan niat yang meminumnya” Serta “Barang siapa minum supaya kenyang, dia akan kenyang. Barang siapa minum untuk menyembuhkan penyakit, dia akan sembuh.”

Hadis berikunya yang bermaksud;

“Sebaik-baik air di atas muka bumi adalah Air ZAM-ZAM, ianya mengenyangkan dan menyembuh penyakit.” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Walau bagaimanapun pemeberian susu ibu perlu diteruskan cuma diselang-selikan dengan air zam-zam sewaktu bayi anda sedang menyusu. Insya Allah, sebagai seorang ibu mithali anda akan lakukan segalanya yang terbaik untuk bayi anda walaupun pada ketika itu mungkin nyawa perlu dipertaruhkan untuk bayi anda. Betulkan?

Apapun siiru a’la barakatillah (berjalanlah engkau dengan rahmat/berkat Allah s.w.t). Semoga dipermudahkan segala urusan terutama kepada ibu yang terlalu banyak berkorban.

 
Leave a comment

Posted by on August 25, 2011 in Kemudi Rumah Tangga

 

Bicara Hati

Wahai SUAMI renungkanlah…

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah, tidaklah setabah Fatimah. Justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah…

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama. Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya. Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya. Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya. Isteri adalah murid, kamu mursyidnya. Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya.

Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya. Ketika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya. Seandai isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya.

Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita, perlunya iman dan taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha ALLAH S.W.T kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana. Justeru kamu akan tersentak dari alpa, kamu bukanlah Rasulullah s.a.w , pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallah hu wajhah. Kamu cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEH..amin…

Wahai ISTERI pula renungkanlah…

Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia. Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad S.A.W. Tidaklah setaqwa Ibrahim, tidak segagah Musa, apalagi setampan Yusuf. Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh.

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama. Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya. Suami nakhoda kapal, kamu pengemudinya. Suami bagaikan pelakon yang nakal, kamu adalah penonton kenakalannya. Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya, ketika suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya. Seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya.

Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha ALLAH s.w.t. Kerana memilik suami yang tidak segagah mana..

Justeru kamu akan tersentak dari alpa kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga, bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara. Kamu cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEHAH..amin…

Justeru itu wahai SUAMI dan ISTERI Jangan menuntut terlalu tinggi. Seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya SUAMI dan ISTERI.

Ingatlah:

Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah, andai diri tidak semulia Rasulullah S.A.W. Tidak perlu isteri secantik Balqis, andai diri tidak sehebat Sulaiman. Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf, Seandai kasih tak setulus Zulaikha …

p/s : Entry kali ini saya copy paste sahaja. Saya masih belajar untuk memahami. Jadi saya bukan orang layak untuk berbicara mengenainya. Semoga dipermudahkan Allah atas segala urusan…
 
2 Comments

Posted by on June 21, 2009 in Kemudi Rumah Tangga

 

"Soalnya, di Palestin Sekarang Sedang Berperang"


Selesai sahaja kami yang bersolat jemaah Maghrib di Masjid AL-Malik Khalid, USM…kami diminta oleh imam masjid iaitu Ust Zamrus Bin Mohd Ali untuk sama-sama mendirikan solat hajat setelah selesai solat rawatib untuk memohon kepada Allah S.W.T menyelamatkan saudara-saudara kita di Gaza, Palestin.

Sewaktu duduk tahiyyat akhir bagi menyempurnakan solat sunat, perbualan gadis-gadis kecil di belakang saya menyentuh jiwa saya sekali gus membuatkan solat saya terganggu dik perbualan mereka.

“Tadi, imam minta kita semua solat hajat”
“Mengapa ya?”
“Soalnya, di Palestin sekarang sedang berperang”
“Berperang dengan siapa ?”
“Dengan Yahudi”
“Yahudi itu jahat ya?”
“Iya, tentu sekali”

Dari perbualan tersebut saya dapat meneka bahawa anak-anak kecil ini dari tanah seberang, Indonesia. Selesai sahaja saya memberi salam, saya menoleh kebelakang untuk mengenali siapakah gerangan anak-anak kecil tadi.

Daripada kaca mata saya, saya menganggarkan usia kedua-dua kanak-kanak tersebut adalah 10 dan 6 tahun. Ingin sekali saya berbual dengan mereka tetapi saya membatalkan niat saya kerana iman telah mula mengangkat takbir untuk menunaikan solat hajat. Gadis-gadis kecil tersebut juga, saya lihat sedang memenuhkan saf untuk sama-sama mendirikan solat hajat.

Terdetik di fikiran saya “Siapa ibu bapa mereka?. Dalam usia yang masih kecil mereka telah diajar erti kasih sayang sesama muslim…sudah tahu erti pengorbanan…sudah tahu erti perjuangan… sudah tahu apa itu Palestin dan Yahudi. Kalau di Malaysia, kanak-kanak seusia mereka hanya arif tentang permainan mereka…mungkin ada yang seperti kanak-kanak Indonesia tadi…ya mungkin ada.

Jangankan kanak-kanak, remaja, dewasa dan mungkin juga yang tua…tidak pernah merasakan perang yang tercetus di Palestin juga merupakan tanggungjawab kita untuk bersama-sama dengan umat Islam di sana. Sambutan tahun baru di Malaysia disambut dengan letusan bunga api dan turut disertai dengan perta-pesta yang menjelikkan.

Kalau di sini sambutan tersebut disambut dengan letusan bunga api yang mampu membuatkan kita kagum kerana kecantikan bunga apa tersebut tetapi di sana saban hari letusan peluru, senapang, dan sebaginya kedengaran…yang hanya mampu membuatkan hati berasa bimbang, sedih dan seringkali diselimuti perasaan ketakutan. Takut anak-anak jadi yatim…takut anak-anak hilang ibu…takut anak-anak yang tidak berdosa menjadi makanan peluru yang tidak mengenal mangsanya.

Sepatutnya di Malaysia, kita juga harus bimbang. Malah lebih bimbang berbanding penduduk Islam di Palestin. Serangan pemikiran yang berlaku di Malaysia telah menampakkan hasilnya. Generasi muda telah mula meninggalkan agamanya…couple, arak, dadah, pil-pil khayal, zina, anak luar nikah, mat rempit, gotic, punk, i-Dance dan macam-macam lagi perkara telah berjaya menghancurkan aqidah generasi muda umat Islam di Malaysia.

Daripada mana serangan ini datang? Daripada Yahudi yang telah sekian lama merancang.
Bila ia akan berakhir? Ulama mengatakan bila aqidah umat Islam semakin kuat, bila ukhuwah umat Islam semakin kukuh dan bila perkara material (perkara duniawi. Contoh wang, kekayaan, strategi peperangan) umat Islam semakin banyak.