RSS

Category Archives: Tazkirah dan Fikir

Kaya vs Miskin

Harga Sekeping Ijazah Adalah Pengalaman

Satu ketika dulu semasa bergelar student.. Saya pinjam PTPTN just RM9000 je. Ada orang tanya “Cukup ke?” Saya tak jawap pun. Diam je.

Ada juga orang kata, “Mak ayah dia cikgu, pinjam RM9000 pun tak apa. Mak ayah boleh tanggung?” Saya diam juga.

Tapi hari ni saya nak jawap. “Duit pinjaman tu saya tak boros. Kalau time makan, saya ambil sayur dengan kuah je. Kalau teringin nak makan ayam masak kurma. Saya ambil kuah ayam amasak kurma tu je. Kalau teringin nak makan ayam, Saya ambil sup kaki ayam atau makan hati ayam”.

“Walaupun mak ayah saya cikgu, tapi mereka banyak tanggungan. Adik beradik saya ramai. Semua masih sekolah. Universiti pun ada. Mana cukup duit”.

“Ayah saya lepas balik sekolah, sebelah petang pergi menoreh getah pula. Bukan senang”.

Tapi saya bersyukur.

Sebab saya tak pernah makan magie walaupun tak ada duit. Kawan saya hanya makan biskut je. Patut pun setiap kali saya ajak makan, dia kata dah makan. Bila saya selidik, dia just makan biskut kering. Empat keping sarapan, empat keping untuk tengah hari dan empat keping untuk malam. Air? Air paip yang dimasak menggunakan kettle saya.

Walaupun hidup saya sebagai student susah, ada orang lagi susah. Jadi saya tak rasa macam saya susah.

Saya dah biasa didik dalam keadaan susah. Saya dibesarkan di FELDA. Saya banyak kawan-kawan susah waktu saya sekolah rendah dulu. Saya seronok kawan dengan orang susah. Saya tengok mak ayah mereka bagi belanja 10 sen sehari sedangkan saya 50 sen. Kalau fikirkan dengan logik akal, nak makan apa dengan duit sebanyak tu. Tapi saya tengok kawan sepermainan saya dulu tak pernah merungut dengan wang sebanyak 10 sen tu.

Alhamdulillah, sekarang saya dah terdidik dan biasa jadi susah. Bila biasa hidup dalam keadaan susah, kita tak berapa kisah dengan kemewahan yang melimpah. Tapi bila orang yang dah biasa mewah, pasti akan rasa susah apabila terpaksa hidup dalam keadaan serba payah. Jadi tak hairanlah kalau ada orang uang boleh berlagak kaya sedangkan pada hakikatnya dia papa. Bagi saya, orang akan lebih menghormati kita kalau kita kaya tetapi menyembunyikan kekayaan kita berbanding orang yang miskin tetapi berpura-pura kaya.

 

Tags: , , , ,

Glamour

 Red carpet hanya untuk orang glamour. Pastikan akhirat nanti jalan atas red carpet.

Red carpet hanya untuk orang glamour. Pastikan akhirat nanti jalan atas red carpet.

GLAMOUR: Kalau nak menumpang glamour, saya lah manusia yang paling glamour.

Di layar television:

Saya ada Dai’e Nor Adibah Rozain, juara program Da’i Pendakwah Milenia, TV3.

–          Jiran betul-betul sebelah rumah saya waktu di Jengka.

–          Ayahnya guru bahasa Inggeris waktu saya di sekolah rendah.

–          Ibunya tukang jahit baju saya semasa masih menetap di Jengka.

–          Bersekolah dari sekolah rendah dan menengah di sekolah yang sama dengan saya.

Saya ada Ainun Mardhiah Ismail, petang ni jam 1.00 di program al-Hidayah TV3.

–          Duduk sekampung waktu di Jengka.

–          Bersekolah dari sekolah rendah dan menengah juga di sekolah yang sama dengan saya.

Saya juga ada Ustaz Taha Omar dalam slot program Assalamu’alikum di TV al-Hijrah.

–           Rakan PhD saya di ISDEV sekarang.

Saya juga ada Wardina Safiyyah.

–          Dulu waktu di Australia, saya berusrah dengan ibunya.

Yang tu di layar television, saya belum cerita lagi dalam bidang akademik, penerbitan buku dll. Rangking dan status university saya sekarang, supervisor dan co-supervisor, rakan-rakan yang ramai menerbitkan buku. Kalau nak senarai panjang senarainya.

Apapun itu berlaku kalau saya ingin GLAMOUR. Tapi untuk apa saya menumpang glamour mereka? Sebab akhirat nanti kita tidak boleh menumpang glamour mereka. Tak ada nilai di sisi Allah SWT.

Bagi saya mereka semua GLAMOUR di sisi Allah SWT. Jadi Allah SWT juga anugerahkan GLAMOUR yang berada di sisi-Nya untuk masyarakat pandang dan nilai.

Berkat di bulan Ramadhan ini, carilah jalan untuk jadi GLAMOUR dan istiqamahlah dengannya. Apapun, GLAMOUR di sisi Allah SWT itu lebih bermakna berbanding GLAMOUR di sisi manusia.

 

Tags: ,

Rancang ke Syurga

Give Way - Mudahkanlah cara untus sesiapapun ke Syurga

Give Way – Mudahkanlah cara untus sesiapapun ke Syurga

Ada yang suka tulis diari. Tetapi saya bukan yang suka tulis diari. Sebab saya tak tahu apa yang saya nak tulis. Saya rasa kalau saya ada diari, saya akan tulis apa yang perlu saya buat. Bukan apa yang telah saya buat.

Bagi saya, perkara yang telah saya buat biarlah malaikat kiri dan kanan saya yang tulis. Harap-harap, malaikat kanan lebih banyak menulis daripada malaikat kiri. Kalau nak harap malaikat kiri tak tulis langsung tu macam mustahillah pula. Sebab saya manusia biasa. Bukan manusia maksum. Bukan juga malaikat. Yang pasti saya bukan Iblis.. bukan juga syaitan.

Saya suka susun perkara yang perlu saya lakukan akan datang supaya setiap kerja saya tersusun. Alhamdulillah, perkara yang telah menjadi habit ni telah memudahkan kehidupan saya terutama semasa menulis tesis.

Walaupun adakalanya tidak menepati apa yang ingin saya capai, tetapi ia merupakan guard line kepada saya untuk hasilkan tesis terbaik. Hari ni tak capai esok boleh capai. Insya Allah.

Tetapi ada juga yang kata saya ni sterotipe. Buat kerja yang sama. Biar jelah apa pun orang nak kata. Sebab sekurang-kurangnya saya telah susun kehidupan saya supaya saya boleh jadi baik.

Saya susun kehidupan saya untuk mudah masuk syurga. Saya tak mahu masuk neraka. Baunya pun saya tak mahu hidu.

Rancang ke syurga itu mudah. Tetapi nak buat itu yang susah. Ia perlukan disiplin. Carilah perkara yang mudah-mudah untuk ke syurga. Jangan yang susah-susah. Percayalah, hidup ini indah. Ambillah yang indah-indah tersebut.

Usaha untuk kita ke syurga juga memerlukan kita memudahkan orang lain ke syurga. Janganlah kita kata pada orang lain “Awak sepatutnya perlu kutip pahala daripada saya…” Kalau jumpa orang yang macam ini, tak usahlah bergaul rapat dengannya. Nanti kita susah, susah untuk masuk syurga. Carilah jalan lain yang lebih mudah untuk ke syurga. Syaitan ini kreatif. Jadi kita perlu kreatif daripada syaitan.

Permudahkanlah orang lain untuk ke syurga. Dengan itu kita juga akan mudah untuk ke syurga. Insya Allah. Ameen.

 

Tags: ,

Ka’abah dari sisi Aiman

Aiman Atif

‎”Aiman simpan duit nak buat apa?” tanya Ummi.
“Aiman nak pergi Ka’abah” Jawab Aiman bersungguh.

*****
“Train Ummi.. train”. Aiman minta Ummi pasangkan set keretapinya.
“Nak buat apa pasang. Ummi ada kerjalah. Kejap lagi boleh”. Jawab Ummi.
“Aiman nak pergi Ka’abah”. Kata Aiman.
“Nak pergi Ka’abah dengan train?” tanya Ummi.
“Pergi Ka’abah dengan train”. Jawab Aiman.
“Boleh ke pergi Ka’abah dengan train?”. Tanya Ummi.
“Boleeeeeeeeh”. Jawab Aiman bersungguh.

 
 

Tags:

Ibrah Seorang Pengembara

Makan Tengahari di South Bank, Brisbane Australia

Makan Tengahari di South Bank, Brisbane Australia

Jika dulu di usia kanak-kanak dan remaja, saya suka aktiviti lasak. Suka mengembara. Mendaki gunung juga bukit. Meredah paya, sungai, air terjun juga laut. Memancing dan lain-lain. Berkebun dan bercucuk tanam. Semuanya ditemai ayah. Tetapi itu dahulu.

Aktiviti lasak tersebut telah lama saya tinggalkan. Saya tidak lagi berpeluang untuk melakukan perkara-perkara tersebut lagi. Namun, ia bukan alasan untuk memadamkan minat saya itu. Masih lagi suka mengembara tetapi dari sudut yang berbeza. Kalau dulu saya sendiri akan mendaki gunung dan bukit. Tetapi kini saya berpeluang membaca pengalaman individu lain yang Allah beri peluang luas kepada mereka. Melihat perspektif individu lain dalam minat yang sama. Membaca travelog kehidupan mereka. Melihat foto-foto mereka.

Kata orang semakin jauh kita mengembara, semakin luas pengalaman kita tentang kehidupan. Ya, memang benar. Mengembara membuatkan kita banyak bersabar. Melatih kita untuk tidak merungut dengan kepayaan. Melatih kita untuk mengejar waktu yang masih tersisa. Semuanya perlu dilakukan dengan pantas. Mengembara, tiada jalan mudah. Semuanya ditempuh dengan kepayahan.

Namun, dalam kepayahan itu mengajar saya erti bahawa hidup yang kita sedang tempuh ini merupakan hidup yang payah. Berdepan dengan pelbagai manusia. Ada yang bertopeng, ada yang jujur, ada yang tabah, ada yang penipu, ada yang.. ahhh.. macam-macam perangai manusia.

Ya, Allah, ya Tuhanku. Tabahkanlah aku dan zuriat keturunantu mengharungi dunia yang diselubungi pelbagai fitnah ini. Jauhkanlah kami daripada fithan dunia, fitnah di kubur dan fitnah di Padang Mahsyar nanti.

 

Tags:

Dakwah: Tidak Perlu Tunggu Diri Sempurna.

Perkara yang berbeza itu tidak semestinya pelik

Perkara yang berbeza itu tidak semestinya pelik

Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia telah sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan – Imam Hassan al-Basri

 

Tags: , ,

Pendakian ke Puncak

Langit di Gatton, Australia. Walaupun langgitnya sentiasa biru, tetapi kalau tiba musim panas, akan sering berlaku ribut taufan. Menakutkan.

Langit di Gatton, Australia. Walaupun langgitnya sentiasa biru, tetapi kalau tiba musim panas, akan sering berlaku ribut taufan. Menakutkan.

Saya sudah di Malaysia. Tidak lagi di Australaia.

Lama saya tinggalkan blog. Tanpa menulis sebarang entry. Kadang-kadang terfikir juga.. dah berhenti berdakwah ke?

Entahlah.. Ada masanya kita penatkan?

Apapun. Jangan mengalah. Untuk sampai ke puncak, adakalanya kita bolah berlari, pada ketika itu, berlarilah. Jangan lepaskan peluang untuk berlari. Tapi dalam ada kalanya kita terpaksa merangkak atau berjalan, jangan mengeluh kerana kita terpaksa merangkak atau berjalan. Teruskan sahaja pendakian ke puncak tersebut dengan merangkak ataupun berjalan. Sekurang-kurangnya kita mampu memendekkan perjalanan kita ke puncak. Berbanding sekiranya kita menunggu semata-mata. Kalau perlu mengesot sekalipun, mengesotlah. Usah terlalu pedulikan apa orang kata. Tapi pedulikanlah apa yang Allah kata..

Gatton, Australia. Dah senja dah

Gatton, Australia. Dah senja dah

Ok, semoga dipermudahkan segala urusan.

Siiru a’la barakatillah..

 

Tags:

Bengkak Kaki

Nabi pun pernah mengalami bengkak kaki. Kita pun ada yang mengalami bengkak kaki.

Tetap bezanya bengkak kaki Nabi dengan bengkak kaki kita, Nabi bengkak kaki sebab Nabi banyak melakukan ibadah tanda Nabi bersyukur. Tapi kita bengkak kaki sebab Gout. Banyak makan makanan laut. Orang kata makanan laut ni makanan orang mewah. Ye ke?

Apapun itulah beza bengkak kaki kita dengan Nabi. Nabi bengkak kaki kerana ibadah. Kita bengkak kaki sebab ikut nafsu makan. Emmmm..

Kaki

Kaki

 

Harta vs Takwa

Jadikan harta yang dimiliki harta yang bermanfaat

Jadikan harta yang dimiliki harta yang bermanfaat

Perkara yang membezakan seseorang dengan seseorang yang lain adalah takwanya bukan harta yang dimiliki olehnya.

Dunia pandang harta. Akhirat pandang takwa.

Perumapaan Allah SWT terhadap harta

Perumapaan Allah SWT terhadap harta

 

Tags: ,

Makanan vs Peniaga Makanan

Bukan pilih apa yang kita ingin makan tetapi pilih siapa yang buat makanan. Sebab makanan yang masuk menjadi darah daging bakal penempa hati kita. Hati yang lembut atau keras salah satu sebabnya adalah hasil daripada makanan yang kita makan.

Bukan pilih makanan tetapi pilih peniaga makanan

Bukan pilih makanan tetapi pilih peniaga makanan